Assalamualaikum...
Setiap hari aku pon berhadapan dengan benda ni.Kadang-kadang kita pakai baju sama selang 2 minggu tapi takkan nak pakai tudung yang sama jugak.Betul kan?Complicated!hahaha.Tak kisahla.Sebenarnya bila menyentuh bab personaliti dan penampilan kita kena bijak untuk memilih.Suai padan!Tadi terjumpa tips yang dikongsikan Tudung yang Terbaik dari Ladang ni.Mungkin bagi orang yang mementingkan gaya dan fesyen, pemilihan fabrik dan warna memang amat penting (tidak pada aku kerana aku seorang yang simple).
Kulit sawo matangWarna-warna hijau dan kuning atau terbitan daripada keduanya akan membuatkan anda kelihatan lebih cerah dan menaikkan seri wajah anda.
Kulit kuning langsatGayakan tudung berwarna biru, ungu violet dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah. Sementara tudung berwarna hijau dan kuning harus dielakkan supaya tidak kelihatan kusam dan kurang bermaya.
Kulit putihPakailah tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar. Tudung berwarna merah jambu, merah hati atau merah gelap akan membuatkan anda kelihatan pucat.
Bergaya untuk mengelak diri daripada nampak pucat dan tidak bermaya adalah tidak salah bila bekerja.Penampilan kita juga kadang-kadang adalah untuk menjaga etika dan nama baik syarikat jugak bukan? Namun biarlah berpada agar nanti tidaklah orang cakap "tersalah event"!hihi.
Selamat berkerja semua.
^____^

