Followerku..

Membeli Emas!

Assalamualaikum...

Harini cerita pasal emas la pulak ea.hihihi.Yang pasti bukan cerita beli barang buat batal air sembahyang nikah nanti.Ni  cerita aku beli barang kemas untuk sukakan hati sendiri jer ^^ lama dah aku terfikir nak membeli 1 barang kemas ni.Start dulu masa aku mula keje kot dah terfikir nak beli.Akhirnya baru minggu lepas aku dapat merasa membeli barang kemas tu.Suker!


Gambar pon sampai tak jelas amik.Memang kena tukar telefon ni nampak gayanya.huhuhu ^^ (B,nak tepon baru! :p)  Akhirnya dapat beli subang untuk diri sendiri....ke anting-anting ek??Apa beza subang dengan anting-anting sebenarnya?? Tak kisahla...Kira adik-beradik jela dua tu anting-anting dengan subang.

Masa aku survey sebelum beli haritu,Hari Khamis.Harga emas masa tu RM145/g.Time aku dah bulat hati nak membeli ni,aku tanya harga emas sekarang berapa.Boleh auntie tu bagitahu harga emas sekarang RM155/g.Cepat gila harga emas naik.Tergelak aku masa tu.Sabor jela.Nak dijadikan cerita balik.Hari Sabtu lepas ni,aku tanya semula harga emas.Apek tu cakap harga emas sekarang RM147/g.Eh??? 

Boleh pulak harga emas ni main-main dengan aku kan.Sabor jela.Apa pon sekarang harga emas masih rendah lagi sebenarnya.Teringat masa aku tunang haritu.Harga emas mencecah RM190/g.Cian kat En B kita.huhuhu ^^ Kesimpulannya, cepat-cepatlah buat pelaburan kepada sesiapa yang berminat.Nanti kalau kesempitan,boleh kita gadai lagi-lagi kalau gadai waktu harga emas tengah tinggi.Berbaloi.Siapa yang nak kahwin pon baiklah beli awal.Tak rugi.Nanti harga emas dah naik,garu kepala korang wahai lelaki sekalian ^^ Sekarang kalau nak mintak hadiah birthday garang kemas pon boleh tak ek??? :p



18 pesanan buat ayut :

Hafiz Hafizol said... Reply To This Comment

Kumpul emas banyak2. nanti bila hg emas mahal gila, boleh gadai. beli rumah. hahah!


Tak pernah beli pun emas nie kak oi.

Unknown said... Reply To This Comment

sy pun terfikir jugak.. apa beza subang dan anting2 eh?

Mimie said... Reply To This Comment

bestnye bli anting2 emas kan..reward diri sndri

Unknown said... Reply To This Comment

emas makin mahal kan sekarang.. hishh jijah tak pernah beli subang.. nak beli gak la..hee

Miss N™ said... Reply To This Comment

ehh...kira dah mahal yea mas tu...

Hari tu Nur tnya rm125....
sambar seutas rantai satu...rm680..

hehehe

Hazmin Hamudin said... Reply To This Comment

Sekarang ni memang harga emas rendah sikit. Cepat la beli emas. Hehe

Umm AA said... Reply To This Comment

taknampaklah gambar subang tuh..
bagus jgk kanglabur emas nie..akak dulu ms balik taksempat nak buat..

Mummydearie said... Reply To This Comment

Harga emas memang selalu turun naik macam tu. RM147 tu kira murahlah, memang boleh beli masa tu.

Anting-anting biasanya bergayutan tapi kalau subang tu melekap aje kat telinga.

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

hihi..skg hrga bwh rm145 dh =)

Izzat Eshak said... Reply To This Comment

kena hati-hati juga kadangkala kedai emas manipulate harga emas tak ikut harga semasa =)

sara said... Reply To This Comment

emm..
harga emas selalu turun tahun ni... sayang tak beli..tapi duit pulak tak de..hu..

salam perkenalan

نورعيم said... Reply To This Comment

kita xminat pakai emas. mcm mane tu? huhu.

Anonymous said... Reply To This Comment

minat pakai brg2 emas juga ye

cydayf said... Reply To This Comment

setuju2.. heheheh :)

Syamimi Saad said... Reply To This Comment

waaa, merasa beli harta sendiri ye.. :)

Cik Rose said... Reply To This Comment

iye,.. tengah murah ni, elok kalau nak membeli.. Ros pun ada jugak beli bulan lepas..
ingat lagi masa Ros nak kahwin tahun 2011, masa bulan september macam tu, p cari cincin nikah.. harga emas cecah 200 .. mahal time tu. nak tak nak, kena beli jugak..

suwara entertainment said... Reply To This Comment

Nnt klau dpt maskahwin, elok melabur dgn brgn emas..berbaloi..mcm akak dulu maskahwin hubby bg emas pure 99.9..

Unknown said... Reply To This Comment

betul2. Banyak gunanya kalau melabur dengan emas. Lagi2 time terdesak

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...