Followerku..

Salam Merdeka: Jalur Gemilang!

Asssalamualaikum...

Hari ini genaplah sudah 55 tahun Merdeka.Alhamdulillah.
Semoga kemakmuran dan keamanan yang kita kecapi akan terus berkekalan.
Amin.

Entry kali ni lebih kepada sejarah la kot.hohoho.
Sesiapa pembaca yang amek PMR leh la jadikan rujukan tambahan
(blog tak boleh dijadikan rujukan sahih la ayut!)


[kredit:google]


Maksud lambang dan warna Bendera Malaysia

Warna Kuning: Lambang kedaulatan dan kesetiaan kepada Raja Berperlembagaan.
Warna Biru: Lambang perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Warna Merah: Keberanian,kegagahan dan bersedia rakyat menghadapi cabaran.
Warna Putih: Melambangkan kesucian, keluhuran serta kesungguhan dalam mewujudkan rakyat yang beradab,berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.

Jalur menegak: Menunjukkan laluan yang lurus, hala tuju yang sama dalam membangunkan negara.
Bulan sabit: Melambangkan Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia.
Bintang pecah 14: Menunujukkan terdapat 13 negeri dan 1 Wilayah dalam Malaysia.

Jom ingat 14 negeri itu!
Perlis,Kedah,Perak,Kelantan,Terengganu,Pahang,Pulau Pinang,Selangor,Negeri Sembilan,Melaka,Johor,Sabah,Sarawak, dan Wilayah (Labuan dan Persekutuan).
korang ingat?huhu
(aku silap tolong betulkan sebab jujurnya ingat 10 je..tang Wilayah gan Penang blur jap)


Mendapat gelaran Jalur Gemilang pada malam 31 Ogos 1997 oleh Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia ke-4 ketika itu di Dataran Merdeka.
Dah 6 orang kan Perdana Menteri kita.
Sape ingat cepat jawab!

[sumber info: Scribd , rencana Jalur Gemilang Gagah Dijulang (Arkib Negara, Ogos 2007) dan pembacaan blog2x ]

Salam Kemerdekaan ke-55 Semua..!


Ni Sejarah kira tak lama sangatla kan.Tapi tu pon dah lupa.Cane?
Yang lama-lama ingat Sultan Mahmood mangkat dijulang dengan Sejarah penemuan nama Melaka jela jawab ye.
Kena selak balik buku sejarah la jawab ye pasni.
hihihi


2 pesanan buat ayut :

Unknown said... Reply To This Comment

Selamat menyambut hari kemerdekaan.

Unknown said... Reply To This Comment

Salam Kemerdekaan :)

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...