Followerku..

Salam Ramadhan: Husnuzon!

Assalamualaikum...


[picture source:google]



Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

- Syeikh Abdulkadir Al Jailani


Husnuzon bermaksud berbaik sangka pada orang lain.
Tiada siapa tahu apa sebenarnya terjadi
Tiada siapa tahu maksud yang tersembunyi
Bersangka baiklah.Itu lebih baik! :)



sejak 2 menjak ni terasa berat je entry blog
mengapakah? -_-"

10 pesanan buat ayut :

nuyui a.k.a miss YUI said... Reply To This Comment

insyaALLAH..

Ikhwan Suhaimi said... Reply To This Comment

Bersangka Baik.. nmpak senang. Honestly susah..lagi2 bila berjumpa kenalan baru yang memcurigakan.

Good Entry Ayut!

Norzie hany said... Reply To This Comment

Husnuzon-berbaik sangka.tq berkongsi.

Nur Suhada said... Reply To This Comment

Perkongsian ilmu yang baik. Terima kasih! :)

Unknown said... Reply To This Comment

insyaAllah sentiasa bersangka baik dan berpikiran positif..itu lebih baik kan..

vendoline said... Reply To This Comment

mgajar diri jadi sentiasa rendah dan hina berbanding kekuasaan allah
amin

ecadwinkyasha said... Reply To This Comment

baru tahu apa tu husnuzon...insyaallah :D

unsecretostory said... Reply To This Comment

husnuzon best ayat dia . bersangka baik .
nice sharing . ALHAMDULILLAH .
INSHA ALLAH (:

Unknown said... Reply To This Comment

Nice sharing :D

IntaNBerliaN said... Reply To This Comment

husnuzon.. baru akak tau apa mksud dia.. :-)

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...