Followerku..

Showing posts with label Cerita anjing. Show all posts
Showing posts with label Cerita anjing. Show all posts

KENAPA ANJING BAHAYA?

Assalamualaikum...

Pagi tadi tengok semua suratkhabat kat kedai depan tu ada berita pasal budak 3 tahun kena gigit dengan anjing.Korang pon mesti ada ternampak kan berita ni?Kesian budak tu.Dah la kecik lagi.Pasni mesti fobia.huhu

Aku baca berita lanjut dalam Kosmo online.Menurut berita yang ditulis kat dalam tu,budak tu dah duduk kat rumah tu dan selalu bermain dengan anjing yang gigit dia ni.Tapi hari kejadian anjing tu boleh pulak nak gigit budak kecik ni.Haaaa....Pelik kan anjing ni?

        **************************************************
Anjing ni ada 1 sifat yang tidak boleh dijangka pada aku.Dulu mula-mula pindah Petaling Jaya ni,aku suka je tengok anjing.Anjing ye comel,baik,cute la senang cite.Untuk pengetahuan korang semua,PJ ni majoriti penduduk adalah bangsa Cina.Banyak tau anjing.Setiap umah memang akan ada anjing paling kurang sekor.Ada satu kawasan dekat gan tempat aku menyewa memang ada anjing lepak dan duduk situ walaupun rumah yang anjing tu lepak rumah sewa sebenarnya.Tapi student yang sewa.Setiap hari akan ada seorang auntie yang akan bagi anjing tu makan.Tapi anjing tu bukan milik auntie tu.Siap dulu teman(tengok luar pagar jer..sebab tak berani tu tetap ada) auntie tu bagi makan anjing kot.huhuhu.Tu dulu punye cite la.Tapi sekarang aku memang fobia nampak anjing.Kenapa??

Sebab tempat yang selalu aku tengok anjing tu,anjing ye dah nakal + degil.Dia boleh kejar aku pulak walaupun aku selalu je tengok anjing-anjing tu sebelum ni.Kejar aku yang tengah naik motor tau.Selamat tak sempat dia nak dekat-dekat gan aku.Jangan main-main.Kurang asam punya anjing!huhuhu.Kalau tak kena samak aku + meraung kesakitan kena gigit. -_-" Start aritu memang aku tak guna jalan tu + tak nak dah tengok anjing.Bahaya tau.FOBIA.

Ni permasalahan yang aku hadapi di tempat kerja.Boleh pulak melepak,terbongkang kat situ kan.Selamatlah anjing. -_-"

FOBIA: Mind set yang memikirkan anjing itu adalah bahaya.
Sebab: Anjing tu besar,Gigi dia tajam,Lari laju,Menyalak dia kuat.
FOBIA + FOBIA + FOBIA = TAKUT!!!

Sifat tidak dapat dijangka.Tu la anjing.Kerana sifat ni jugakla anjing itu sebenarnya merbahaya.Tapiiii....anjing ni kalau kita berani + buat tak tahu kehadirannya = anjing takkan kacau kita.Kalau sesiapa nak latih diri jadi berani silalah berdepan dengan anjing ye.Self confident korang mesti jadi tinggi punya.hahaha ^^ Setiap ciptaan Allah itu ada baiknya.Anjing ni ada sifat-sifat di atas tu sebab dia boleh dijadikan sebgai pengawal sebenarnya.Cuma kita tak biasa.Bila kita takde ilmu nak latih anjing,kita la yang letih.Jadilah anjing tu pada kita merbahaya.

Apa pon pada aku anjing ni akan tetap aku hindari.Perkara utama kenapa sebab anjing Besar + Ada gigi tajam.Seram kot....Tak kisahla nak gelak ke apa,aku tetap tak nak dekat dah.
Korang pon mesti seram kan...?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...