Followerku..

10 days challenge:Days 4-4 Books

Assalamualaikum...

Aku masih teruskan jugala ye 10 days challenge aku ni. Baru nak masuk hari ke empat rupanya. Lambat yela perjalanan cabaran aku ni. Alahaiiii..

Macam biasa dia minta 4 buku aku bagi 1 buku je ye. Ok langgar peraturan :p hohoho. Tak kira nak jugak buat 1 daripada aku tak buat kan...? Minta sokongan daripada semua dengan muka kesian...hihi.

Buku terbaru yang aku baca walaupun mungkin ada dah baca lama.

Kitab Sang Cupid.
Aziz Harun.


Ini bukan novel. Ini bukan sekadar cerita khayalan. Sebuah kompilasi cerpen pendek yang berkaitan cinta. CINTA ALLAH. CINTA SAHABAT. CINTA CINTA. Best. Paling best cerpen awal-awal sekali Kisah Dua Alam. See? Tajuk pon seriau baca.hohoho. Memuatkan 14 kisah cinta dan cerita cintanya sangat realistik.

Usah jijik mendengar kata cinta andai kau sendiri bercinta.......
Ayat makan dalam aku rasa ni.hahaha. Sangat enjoy ketika baca buku Kitab Sang Cupid ni. Aku pon serba sikit dah bagitau kandungan buku ni jadi bolehla buat koleksi sesiapa yang berkenan dengan koleksi cerpen yang mengajar erti cinta bukan semestinya hanya berakhir dengan sebuah kebahagiaan. ^^


Lupa segala password!

Assalamualaikum...


Lama tak menulis.
Terasa kekok gila tak tahu nak mulakan dari mana. Sepi tenggelam terus blog aku ni. Nasib badanla kalau guna internet Mobile Data kan. Selebihnya aku dah macam kehilangan idea nak berkongsi dan bercerita. Semua rasa macam tak ikhlas je dari hati kalau menulis tu. hahaha. Nampak tak keikhlasan aku untuk menulis :p

Bila dah lama tak update blog, tengok Nuffnang, tengok email dan sebagaiya semestinya Password segala bagai aku dah lupa. Uwwwaarrgghh!! Dah aku kena reset semua password aku. Macamana nak reset paword email selamatlah aku masih ingat. hahaha. Bila 2 bulan tak bukak email, paham-paham jela berjela aku punya email dalam inbox.


Okla. Aku saja je jengah blog tersayang ni. Insya Allah lepas-lepas ni akan ada update lagi. Ada sesiapa nak offer diri tak untuk aku upahkan korang edit blog aku ni. Macam dah malas je nak edit sendiri. hohoho. Sila angkat tangan anda wahai designer-designer blog!! :D

sesungguhnya dalam tak ingat password bagai aku ada berita gembira!! Terkejut kiteww..hahaha. Nanti aku cerita kat entry lain yer. Just to say hai kat semua!

Tahniah owner blog kak Saila atas kelahiran baby anda!
Tahniah kepada Kak Ina juga atas kelahiran baby anda juga!
Tahniah kepada B2B sekalian yang telah selesai majlis anda!
Tahniah kepada semua yang success in your study jugak ye!

Banyak cerita kawan blog yang tertinggal.
Maaf dipinta ye kerana tak berpeluang singgah.
Tapi tetap masih ada yang aku baca ye.
Just jadi silent reader! ^^
Takut nak komen pape sebab nanti korang balas jejak blog aku tak berupdate.
Ok fine.Lari dulu! :D


10 days challenge:Day 3 - 3 Songs

Assalamualaikum...

Korang tak berjaya update berterusan kat blog...ok.Menangis sendiri lagi. Masalah bila takde broadband dan hanya menggunakan mobile data. Nak melayari Internet tu memang kena tunggu H+ la maknanya :( Sabar jela..

Day 3. Aku kena bagi 3 lagu.ok. takde masalah kalau lagu ni. Sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke 57 ni, aku nak letak lagu kemerdekaan la. Lagu kemerdekaan Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.



Lirik lagu Di sini Lahirnya Sebuah Cinta

Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

c/o
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Nyanyian: Bob 
Ciptaan: Ahmad Fedtri Yahya

Salam Merdeka daripada Ayut!!
Di sini lahirnya sebuah cinta.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...