-Kawan Aku-

-saya tersenyum kerana kamu..-

Macam best je kan title post ni..Awak tau kan saya maksudkan awak...hahaha.OK.aku dah gedik..!Aku sebenarnya sekarang rasa gembira dengan kehidupan baru.Selapas apa yang pernah jadi dulu,banyak mengajar diri tentang erti sebuah perhubungan dan kehidupan.Perjalanan sebuah kehidupan memang akan ada turun naiknya.Belum tentu hari ini kita gembira,esok kita akan terus gembira.

CINTA.Sebuah perasaan yang membuatkan diri selalu dalam keresahan.Perasaan yang selalu membuat diri tertanya-tanya.Selalu rasa ingin bersama.Selalu rasa ingin didampingi.CINTA jugak mengajar erti sebuah kerinduan dan kasih sayang antara kaum adam dan hawa.Kadang-kadang,kita selalu persoalkan.Nape awek dia cun,tp balak dia kureng.Nape dia gan duda anak 2 tu.Nape dia dengan orang yang 10 tahun lagi tua dari dia erk.Banyakkan persoalan kalau nak cakap pasal CINTA ni.Ah..!senang cite.memang CINTA banyak kuasa yer.Dari tak suka boleh jadi suka.Dari benci leh jadi sayang.Awak hadir memang tanpa saya duga dan tak terfikir pon akan cycle back to the early of LOVE again.

SAYANG.Juga sebuah perasaan.Hadir apabila diri telah terjebak dalam cinta.Sangat susah untuk ditafsirkan dan sangat complicated permulaannya.Aku sayangkan kamu....Hanya itu yang perlu kau tahu.

FACEBOOK.Penah dangar lagu Cinta Muka by NajwaLatif.Benda ni memang sangat menyumbang.Antara dua je.Kerana banda korang bersama or kerana benda ni korang break.Pilih mana satu nak.hahaha...Tu la kuasa alam cyber sekarang ni.Walaupon syarat nak bukak akaun Facebook ni kena 18 tahun ke atas,tapi apa kesah budak-budak sekarang.Budak darjah 2 pon dah ada akaun.Tak payah contoh jauh-jauh.Anak sedara aku tu je ha.Dah pandai dah main Facebook ni.Tapi sweet je kan.Kalau kerana Facebook ni kenal-kenal dan akhirnya ke alam perkahwinan.Sangat bahagia kot.Macam pelakon Zed Zaidi gan wife dia.Akhirnya bersama jugak.Tapi pada aku,kalau perhubungan jarak jauh.Benda ni la yang aku perlukan.Awak jauhkan.Kenalah guna benda ni.Awak jangan salah anggap plak kalau nampak kawan saya ramai je.Diorang dah hadir lagi awal dari awak.Tapi tak bermakna saya lupakan awak atau lebihkan diorang.Awak pahamkan.

KENANGAN.Setiap orang pasti ada kenangan.macam aku sendiri yang hidup dah 23 tahun ni,kompem-kompem kenangan panjang berjela.ye tak??Kenangan hanya sekadar kenangan.Kehidupan adalah realiti.Awak,janganlah terasa hati dengan kenangan-kenangan silam saya ye.Kenangan itu jugaklah kadang-kadang membuatkan saya rapat dengan awak.Awak perasan tak?Saya tahu.Awak pon mesti banyak sangat kenangan kan.Yela sampai awak pon penah tipu saya kan biar saya tak tahu kenangan dalam hidup awak dan siapa awak.

Sepanjang saya kenal awak,awak selalu cakap saya buat lawak jer.Tapi awak tak kisah kan?Awak selalu jugak cakap,
                                           'saya tak boleh tak mesej awak'

walaupun saya selalu mengelak nak mesej gan awak.Tapi awak tau nape saya macamni.Awak tak penah paksa saya.Awak pon kalau saya senyap,awak mesti mesej,
                                 'nape awak senyap.awak tak apa2 kan?'

Saya memang selalu mngelak daripada awak.Tapi lama-kelamaan sebenarnya,saya selalu tengok phone walaupun tak berbunyi.Tapi saya malu nak mengaku dengan awak,saya selalu tunggu mesej awak.(ego kan saya??).Tapi saya takut sebenarnya.Saya takut awak mainkan saya.Saya tau ada orang tengah tunggu awak.Tapi awak pernah cakap,awak tak suka dia.Saya dengar jer.Awak pon penah cakap,awak perlukan saya masa hari yang awak tetibe senyap time saya cite pasal mak.Tu pon saya dengar jer.Saya tak berani lagi nak pertaruhkan hati saya kat awak.

Tapi apa yang saya tahu,Awak Buatkan Diri saya Selalu Tersenyum.Saya senyum kerana Awak.Awak ceriakan hari-hari saya.

Tanpa awak,saya memang masih boleh berjalan untuk meneruskan hari-hari saya,tapi mesti tak seindah dengan adanya kehadiran awak.

Terima kasih,awak.

Saya tak tahu sampai bila saya akan terus macamni.Kalau awak perlukan saya,saya akan temankan awak.Tapi kalau awak jumpa sesiapa yang dapat menjaga awak sampai ari tua awak,awak pergilah.Saya relakan sebab saya hanya nak awak gembira.

Awak,terima kasih yer  ^^

0 pesanan buat ayut :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...