Followerku..

Showing posts with label prosedur nikah. Show all posts
Showing posts with label prosedur nikah. Show all posts

Dokumentasi Pernikahan di Johor (2)

Assalamualaikum...

Ada kesempatan sekejap kesempatan bolehla update blog laju-laju.hihihi.Okla.As promise aku nak sambung sikit pasal dokumentasi pernikahan di Johor ni.Alhamdulillah aku dah selesai bab dokumen semua ni.Senang sebenarnya.Tak tipu :p



Sebelum ni aku keliru dengan senarai semak daripada jabatan agama kadi yang nombor 10 tu kan?? Okla untuk entry ni aku kongsi pengalaman aku ye.Sebenarnya surat nikah ibubapa kita tu diperlukan apabila anda mahu berkahwin dan wali anda adalah abang anda.Seterusnya kalau abang anda itu adalah anak sulung dalam keluarga mereka pasti mahukan surat nikah ibubapa.

Ini bertujuan untuk mengesahkan status wali perkahwinan anda itu benar-benar layak.Senang bahasa ye bukan anak luar nikahla.Kalau abang anda yang jadi wali itu bukan anak sulung dan anda juga bukan anak sulung,dokumen no 10 iaitu surat nikah ibubapa tidak perlu pon. ;)

Menjaga keturunan itu penting.Agama sangat menjaga kesucian keluarga yang akan dibina.Nanti kalau wali tu ada kemushkilan nikah kita boleh tak sah.Wali itu sangat penting yer.Ada dalam rukun nikah ;)

Kepada B2B Johor terutamanya,dan B2B negeri lain amnya,selamat membuat dokumen nikah anda!Saya dah selesai.Boleh dah kahwin!!! :P


Dokumentasi Pernikahan di Johor

Assalamualaikum...

Bertemu kembali....Salam hujung minggu semua.Happy Weekend!!! :)

Harini nak ceritakanla sikit pasal buat dokumentasi pernikahan di Johor.Sebelum ni selalu dengar orang cakap kat Johor prosedur ye banyak.Leceh sikit.Sekarang aku tengah menjalani prosedur ni.mmmm.Nampak jugakla rumitnya.hihihi.Tapi aku tenang je.Penat nak pening-pening.Ada masa lagi kan    :)


Di Johor, pendaftaran dimudahkan dengan kita boleh isi online.Sesiapa yang belum daftar, bolehla daftar.

encr.johor.gov.my

Ini laman web rasmi untuk korang daftar maklumat peribadi.Pengaktifan akaun kena telefon pejabat Nikah Rujuk di talian 07-4341141 (batu pahat sahaja).

Selepas pengaktifan, barulah boleh isi maklumat wali,pasangan, tempat nikah dan maklumat peribadi kita.

Senarai dokumen yang diperlukan pon boleh dicetak kat profile kita tu.Tapi bila tak faham kena jugak tanya pejabat kadi :) Semakin mudahkan bila online.heee :) 

Nak bagitahu jugak, kalau nak buat pemeriksaan HIV kena amik dulu borang dekat pejabat kadi baru boleh ke klinik kesihatan.Maknanya nanti ada 2 surat untuk HIV.

Sekarang ni, aku ada masalah untuk dalam senarai tu No 10.Aku macam konfius kejap.huhuhu.Nanti bila dah ada penyelesaian aku kongsi semula ea dengan korang.Mungkin boleh buat panduan semasa buat dokumentasi pernikahan.Lagi-lagi B2B warga Johor :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...