Followerku..

Showing posts with label Beg kertas coklat. Show all posts
Showing posts with label Beg kertas coklat. Show all posts

Tempat tempah Cop di Batu Pahat

Assalamualaikum. ...

Entry ni aku pernah janji nak keluarkan. Alahai...sampai ke sudah aku tak keluarkan. Baru-baru ni aku dapat soalan kat email tanya kat mana tempah cop kertas goodies bag aku dulu. Siapa bertanya bolehlah baca entry ni ye. :)


Bukan yang signboard kuning tu ye tapi sebelah dia. Kecik je signboard ye.huhu.


Kedudukan: Depan Pasar Pagi Batu Pahat.
Laluan: Bermula simpang 4 Jalan Rahmat. Jumpa Maybank belah kanan terus. Jalan sehala jumpa Maybank lagi belah kiri. Jumpa lampu isyarat terus lagi dan jumpa lagi 1 lampu isyarat lagi sekali baru belok kiri. Nampak pasar pagi belok kanan. Kedainya terletak deretan kedai-kedai belah kanan jalan.

Cara dikenakan harga:
1. Saiz
2. Bentuk cop. Samada nak yang terus lekat dengan ink ataupun sekadar cop tu sahaja.
3. Design. Lagi senang korang dah design siap-siap nanti bagi dia untuk copy.


Sebesar cop aku tu total cas yang aku kena RM40+. Servis pada aku ok je. Menepati masa untuk siap tempahan. Bila dah siap pon dia akan call :)

Harap info ni membantu ye buat semua B2B Batu Pahat. Dulu pon memang aku tak tahu jugak kat mana nak buat cop. Bila dah tahu aku share info ye.





Mengecop Goodies Bag Kertas Coklat

Assalamualaikum....

Harini dah Selasa.Hujung minggu ni insya Allah,aku dan ahli keluarga aku akan ke Terengganu.Kitorang hantar pengantin.Siapa kahwin?? Mestilah bukan aku.hihihi.Siapa kahwin nanti aku cerita.Doakan semoga kami semua selamat pergi dan pulang ea. :) Mekaseh...

 Cantik tak?? : p

Inilah kerja aku untuk harini dan esok.Mengecop pada goodies bag kertas coklat.Fuhhh.Penat gak.2hari boleh settle dah sebab goodies bag ni tak banyak pon.Aku buat untuk 700orang.Tekan-tekan cop tu kat beg goodies dah settle.hihihi.Orang excited penat pon ilang. :p

Ingat lagi pasal combination H yang aku ceritakan dulu?Ni la benda yer.Ok tak sama dengan jumlah undian buat dulu kan?huhuhu. En B kita berkenan dengan combination yang ni,tu pakai yang ni.adehhh.Penat je korang undi kan :p Takpe aku tetap hargai penglibatan korang dalam memberi idea.Mekaseh tau. :) 

Bila diri jadila macam tu goodies bag yer.

Stamp pad yang aku buat aku gunakan jadikan cop pada goodies bag kertas coklat tu.Tak la kosong.Berseri sikit nampak.huhuhu.

Kat mana aku buat dan harga stamp pad ni aku cerita akan datang ea.mmmm.Ok la tu kan beg goodies kertas coklat yer? Tak nak fikir dah nak tambah-tambah lain.huhuhu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...