Followerku..

Resepi Roti lapis Daging Berkeju!

Assalamualaikum...

Holla!!
Resepi berkaitan cheese adalah kegemaran aku. Serius aku suka. Hujung minggu baru ni aku pon ada cuba resepi roti lapis daging berkeju. Pergghhh. Kenyang dia sampai esok. ;) Resepi asal jumpa kat facebook sebab kawan-kawan share. Cari balik dah tak jumpa. Ni ikut apa yang aku buat jela ye.

Resepi Roti lapis Daging Berkeju


Bahan:
Telur
Susu Full Crean
Roti
Daging kisar
Bawang
Lada cili ( kalau suka pedas )
Sayur campur
Rempah kari
Cheese ( ikutla nak yang petak/parut )

Cara:
Tumis bahan dengan daging kisar tu hingga masak. Tambahla garam bagi secukup rasa.
Susu dan telur digaul sekali.Celupkan roti dalam campuran. Lapiskan dengan daging dan letak cheese. Buat 3 lapisan. Akhir sekali atas roti,taburkan cheese. Siapa suka letak banyak,tabur jela banyak-banyak. Bakar pada suhu 180°C sampai nampak kering dan kekuningan sedikit. Siap!


Selamat mencuba!!
Sangat sedap hasilnya....




Tahniah buat kamu,Sahabat!

Assalamualaikum...

Lepas lebih kurang 10kali tulis padam tulis padam akhirnya aku dapatla jugak siapkan entri untuk kawan aku sorang ni. Alhamdulillah the closed one kawan aku dah selamat menjadi isteri 26.12.2015. Hari kahwin kitorang sama pada bulan Disember :)


Barakallahulakuma...
Moga Allah sentiasa merahmati kalian berdua.
Jangan gaduh je lagi lepas ni.hahaha.Apa pon,moga korang sentiasa berkasih sayang hingga Syurga..amin..


Jangan tanya kenapa aku jadi pengapit ea..pergi tanya pengantin tu apesal aku sebelah dia.adoiiii.

Bridal dia: Firmah Bridal
Photographer dia: Hatta Awang photography
*tapi semua gambar dalam ni bukan dari official photographer yer :p ni unofficial my husband and family :)

Dua benda ni macam nak gila aku layan budak ni untuk menyakinkan pilihan dia tu yang terbaik. Takut tak sudah.hahaha.

Bajuku disponsor oleh pengantin.sekian.hahaha.

Memori waktu aku ko dah rasa. Memori waktu ko kahwin pon aku dah rasa. Kenangan terindah la gamaknya gitu.
Tahniah!!! ^^

Last....


Sekali dia suruh dengan suami aku pengapit bidang terjun belah sambut menantu! 
Ok..kitorang memang okje.hahaha.
Baliknya aku dengan husband dating tempat terpatrinya luahan ikhlas sang suami..ahaks!

Ok...tu je nak kongsi.Majlis kahwin kawan baik aku dunia akhirat,susah senang..insya Allah.






Perjalanan Bas Batu Pahat ke Lumut

Assalamualaikum...

Jalan-jalan cari suami!! ;) hahaha. Ayat macam nak kena penampar je kan. Sabar jela. Tapi memang betul pon. Aku kalau jalan jauh ni sebab ye 1 je,nak jumpa suami. Setakat nak ke utara sana makan angin memang aku rasa tunggu dulu la kot (nak pergi Penang...nak jumpa kawan :'( ) hohoho. 

Haritu ada hujung minggu aku nak pergi ke Lumut. Yela kan base TLDM kat Lumut. Suami pon kena kursus tu kat Lumut. Aku cari tiket bas ekspress dari Batu Pahat(BP) ke Lumut. Takde pon yang jual. Aku telefon la bas yang berkaitan pon memang takde bas ekspress dari Batu Pahat (BP) ke Lumut.


Bertanya lebih lanjut,adanya cuma tiket bas ekspress dari Johor ke Lumut. Johor maknanya Johor Bahru(JB) ye. I is orang Johor. Orang Johor cakap JB tu Johor. ;) Diringkaskan cerita aku boleh beli tiket kat BP tapi bas ekspress ye dari Johor dan kena tunggu pulak bas ekspress kat Petronas Ayer Hitam. Nampak tak serabutnya perjalanan aku hujung minggu tu.hahaha.

Perjalanan bas ekspress kat BP ni banyak ke Kuala Lumpur dan ada ke utara tapi cuma sampai Ipoh. Alternatif bagi korang nak ke Lumut dari BP adalah naik bas ekspress ke KL baru la beli tiket lain ke Lumut. Pastinya kena gerak awal. :)

Harga tiket direct JB - Lumut 
RM60.00 - bas S&S International
Harga tiket Kluang (turun tol) - KL
RM 27.00 - bas KKKL
Harga tiket Lumut - KL (turun KL Central)
RM 27.00 - bas Nirwana
Harga tiket Batu Pahat - KL
RM 22.50 - bas S&S International
Harga tiket KL - Batu Pahat
RM 25.00 - bas KKKL (non stop)

Perjalanan tarikh: 13.02.2015

Bas ekspress lain mungkin harga lain. Tak pasti untuk itu ye. Ni aku kongsi berdasarkan pengalaman aku punya perjalanan.

Perjalanan Johor ke Lumut 8 jam naik bas ekspress ye. Patah pinggang duduk dalam bas tak gerak-gerak. Kerjanya tido bangun tido bangun jela. Apa pon itulah namanya menaiki bas ekspress. Pastinya tak sama naik kereta sendiri ;)

Pilihan paling best baik jumpa kat centre. Masing-masing baik turun Kuala Lumpur. Merayap jela kat KL tu dari penat 8 jam dalam bas. ^^ Gitula ceritanya kalau seorang utara seorang selatan. Seorang di darat seorang di laut, dalam periuk bertemu jua. Eh?! Hahaha.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...