Followerku..

CPUV bulan March 2014

Assalamualaikum...



Beberapa harini ada aku pergi membalas jejak beberapa blog yang berkesempatan. Aku tengok meriah diorang dapat CPUV/BE. Disebabkan aku ni jarang jugak dah sekarang nak update blog takde la mengharap mana.

Alhamdulillah Allah beri rezeki. Ada CPUV baru yang bertandang. Bulan dua pun dah ada yang credited. CPUV Caltex bulan Januari pon dah credited. 

CPUV untuk Popular bookstore menapak tak lama kat blog ni. Bulan March tapi sudah pon credited. CPUV yang masih running Line shopping, KFC Zinger Reload, Herbal essense dan jugak Digi Project Red. Macam banyak je event yang tengah berlangsung sekarang ni kan?

Line shopping tu memang selalu jugakla masuknya kat telefon inform mengenai program diorang.Aktif sungguh. KFC tu pulak menu dia belom try. Ada yang pernah try? Sedap tak? Nak tahu apa sebenarnya yang diorang para pengiklan ni tawarkan bolehla klik mana-mana iklan yang keluar dalam blog ni. Dapat jugak tambah informasi dalam diri :)

Terima kasih Nuffnang!!
Terima kasih para pengiklan!
Terima kasih korang semua!!
:)

Novel: Saya Tunggu Awak

Assalamualaikum. ..

Selamat hujung minggu semua. Aktiviti?errr...shopping or window shopping? Ke basuh kereta kat rumah takpon kemas rumah.hohoho. Aktiviti bersama keluarga la senang cerita. :)

Nak dijadikan cerita, haritu masa aku nak berangkat ke Semporna, Sabah aku sempat beli novel baru walaupun sebenarnya aku cari novel Aa+Bb penulisan Hlovate. Aku ni memilih sikit beli novel sebab dah malas nak baca hanya pasal cinta je takde intipati yang terkesan kat jiwa. Oleh kerana takde apa yang dicari aku cuba jugak cari novel yang boleh bagi aku motivasi.



Akhirnya Novel Saya Tunggu Awak penulisan Bonda Nor menjadi pilihan. Sebuah novel berbentuk tarbiah buat seorang isteri dan suami. Menarik! Setiap pengakhiran bab akan ada cebisan hadis mahupun terjemahan ayat Al-Quran yang berkaitan dengan bab tersebut.

Kisah mengenai Ustazah dan seorang motivator sebuah Universiti yang berwibawa dan diduga dengan dugaan perasaan dan kesetiaan sebagai seorang isteri. Pengolahan mengenai permasalahan rumahtangga yang berlaku pada watak seorang Ustazah sangat menarik perhatian. Ustazah pon manusia kan pastinya tak lari daripada dugaan Allah. Apakah kesudahan pergolakan hati seorang Ustazah? Bacalah novel Saya Tunggu Awak.





Menghadiri Jemputan Kahwin Bersama!

Assalamualaikum. ..

Minggu lepas hari sabtu sebelum suami berangkat pulang ke Semporna, Sabah laa..baru seminggu rupanya.=_=" sempat lagi kitorang pergi jemputan kahwin.Errr...ke Undangan Pernikahan ek? Hahaha.

Semoga Allah sentiasa memberkati kalian berdua ye sepupuku.Aminn...

Kitorang datang untuk majlis nikah je sebab majlis sanding hari ahad esoknya. Lagipon ni majlis sepupu.Masa ni la nak jumpakan si Mohamad Hafizal tu dengan keluarga dan sanak saudara. Terkebil-kebil jugakla kena tinggal jap haritu. Cian suami kita. Mungkin belum biasa la tu. Take your time ok,dear?

Orang jauh sesekali balik masa kenduri atau jemputan kahwin jela jumpa sedara.Kalau balik duduk rumah je mahu ye tak kenal sedara.kan? Jom amalkan ziarah-menziarahi ahli keluarga dan jiran tetangga. Eratkan silaturrahim. Sesungguhnya setiap orang Islam itu adalah bersaudara :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...