Followerku..

Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

10 days challenge:Days 4-4 Books

Assalamualaikum...

Aku masih teruskan jugala ye 10 days challenge aku ni. Baru nak masuk hari ke empat rupanya. Lambat yela perjalanan cabaran aku ni. Alahaiiii..

Macam biasa dia minta 4 buku aku bagi 1 buku je ye. Ok langgar peraturan :p hohoho. Tak kira nak jugak buat 1 daripada aku tak buat kan...? Minta sokongan daripada semua dengan muka kesian...hihi.

Buku terbaru yang aku baca walaupun mungkin ada dah baca lama.

Kitab Sang Cupid.
Aziz Harun.


Ini bukan novel. Ini bukan sekadar cerita khayalan. Sebuah kompilasi cerpen pendek yang berkaitan cinta. CINTA ALLAH. CINTA SAHABAT. CINTA CINTA. Best. Paling best cerpen awal-awal sekali Kisah Dua Alam. See? Tajuk pon seriau baca.hohoho. Memuatkan 14 kisah cinta dan cerita cintanya sangat realistik.

Usah jijik mendengar kata cinta andai kau sendiri bercinta.......
Ayat makan dalam aku rasa ni.hahaha. Sangat enjoy ketika baca buku Kitab Sang Cupid ni. Aku pon serba sikit dah bagitau kandungan buku ni jadi bolehla buat koleksi sesiapa yang berkenan dengan koleksi cerpen yang mengajar erti cinta bukan semestinya hanya berakhir dengan sebuah kebahagiaan. ^^


Novel Aa+Bb

Assalamualaikum. ..



Akhirnya!!!
Pencarian novel Aa + Bb aku berakhir.
Alhamdulillah.

Sesungguhnya Allah memang Maha Mendengar setiap permintaan hambnya walaupun sekecil-kecil permintaan. 

Buku novel Aa+Bb ni dah masuk cetakan ke 13 ok.hahaha. Jumpa novel Aa+Bb ni di kedai buku popular Batu Pahat Mall. Stok masa tu tinggal 2 je ok. Rezeki aku. Cerita mengenai Addin dan Benz yang masing-masing kepala batu dan ego yang tinggi. Mengundang gelak tawa aku je sepanjang baca buku ni. Penulisan Hlovate. Published oleh Jejari Seni.

Jom baca novel!!
Sekarang nak cari pulak buku penulisan Bonda Nor. Selepas 1 koleksi aku miliki terasa teruja nak cari koleksi penulisan Bonda Nor yang lain. Hlovate ni tak tahu bila lagi dia nak kuar tulisannya yang terbaru. Moga kita peroleh manfaat dengan setiap penulisan para penulis yang ada yer :)

Korang suka penulis yang mana??
Meh cerita sikit...



Novel: Saya Tunggu Awak

Assalamualaikum. ..

Selamat hujung minggu semua. Aktiviti?errr...shopping or window shopping? Ke basuh kereta kat rumah takpon kemas rumah.hohoho. Aktiviti bersama keluarga la senang cerita. :)

Nak dijadikan cerita, haritu masa aku nak berangkat ke Semporna, Sabah aku sempat beli novel baru walaupun sebenarnya aku cari novel Aa+Bb penulisan Hlovate. Aku ni memilih sikit beli novel sebab dah malas nak baca hanya pasal cinta je takde intipati yang terkesan kat jiwa. Oleh kerana takde apa yang dicari aku cuba jugak cari novel yang boleh bagi aku motivasi.



Akhirnya Novel Saya Tunggu Awak penulisan Bonda Nor menjadi pilihan. Sebuah novel berbentuk tarbiah buat seorang isteri dan suami. Menarik! Setiap pengakhiran bab akan ada cebisan hadis mahupun terjemahan ayat Al-Quran yang berkaitan dengan bab tersebut.

Kisah mengenai Ustazah dan seorang motivator sebuah Universiti yang berwibawa dan diduga dengan dugaan perasaan dan kesetiaan sebagai seorang isteri. Pengolahan mengenai permasalahan rumahtangga yang berlaku pada watak seorang Ustazah sangat menarik perhatian. Ustazah pon manusia kan pastinya tak lari daripada dugaan Allah. Apakah kesudahan pergolakan hati seorang Ustazah? Bacalah novel Saya Tunggu Awak.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...