Assalamualaikum..
Jalan berlubang!
Serius sangat scary kat KL mahupun area-area Lembah Klang ni.
Lagi-lagi motorsikal (aku la tu-_-").Untuk orang yang dah biasa diorang dapatlah tahu kat mane ada lubang kat mana ada lopak dalam tak dalam.Bagi yang tak biasa guna jalan tu?
Rim bengkok la jawab yer.hahaha.Untung kalau rim je rosak.
Ok.kalau tak bengkok,jenis sayang rim gitu mesti nak mengelakkan?
Kalau orang yang baru dapat lesen P semalam mahu tak kelam-kabut mengelak.
Kalau sempat tengok side mirror takpe,kalau tak sempat?
Mangsa kemalanganlah jawab ye.
Aku serap cikit apa yang dikatakan dalam Rencana Kosmo!,sebab-sebab kenapa jalan boleh berlubang:
1) Kelemahan lapisan permukaan jalan2) Turapan jalan yang tidak sempurna3) Kesan daripada cuaca terutama hujan yang menyebabkan permukaan jalan mela merekah dengan takungan air4) Sistem saliran kurang berfungsi5) Bebanan aliran trafik yang tinggi.
Lembah Klang kot.Memang la orang sibuk lalu lalang.Tak pernah ye laluan Lembah Klang ni tak mengalami kesesakan.
Sebab dan kupasan lanjut sila baca Kosmo online tau.hihi
Berhati-hati di jalan raya terutama di Lembah Klang yer!
^___^
