Followerku..

Showing posts with label Peperiksaan. Show all posts
Showing posts with label Peperiksaan. Show all posts

Peperiksaan dan Penerang Hati..

Assalamualaikum...


[google]

Hahaha..jangan buat macam gamabar kat atas tu yer.Tulisan jawi hanya untuk kertas Agama Islam tau.Tu pon kalau nak (betul tak?).Nak praktik buat tulisan jawi pon biarlah kena tempat.Salah tempat lain jadinya.hihihi.



Sekarang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih berjalan kan?Buat semua calon-calon SPM,teruskan usaha anda untuk masa depan.Jangan pernah putus asa.

Apa agaknya yang selalu kita buat bila hadapi peperiksaan?Nak buat macam mana agaknya periksa ni.Taku nak periksa memang jangan cakap la.Lagi-lagi SPM kan.Kat sini tiga je nak bagitau kat semua yang mengambil peperiksaan yang patut dilakukan bila hadapi peperiksaan.Tidak kirala peperiksaan akhir tahun (ada lagi ke?),SPM,STPM,Final exam,Test ke dan apa-apa yang menjawab soalanlah yang lagi-lagi korang ada banyak paper nak kena hadapi.


1) Dah siap 1 hari tu,terus campak buku subjek hari tu dalam almari.

Kenapa? Sebab nak menggelakkan korang semua rasa kecewa.Benda dah lepas tak payah fikir.Tunggu je keputusan nanti ea.Tak payah nak selak-selak lagi ok cari jawapan.Kalau boleh kertas periksa tu pon campak sekali.hihihi.Tips yang ni aku memang buat.Berkesan untuk mengelakkan diri hilang fokus.

2) Bertenang dan Banyakkan berdoa/baca ayat-ayat Quran.

Kenapa? Sebab kalau korang gigil dalam dewan nanti nak pegang pensil pon dah tak mampu ok.Korang kan dah belajar.Sekarang masa korang nak kuarkan je segala ilmu yang ada.Bacalah segala ayat yang korang ingat/terlintas.Ni gambar bawah ni ayat penerang hati ok.Mudah-mudahan senang nak jawab periksa.Tips ni memang patut dibuat ok.

[google]

3) Jangan biarkan kertas kosong.

Kenapa? Sebab itu adalah lebih baik.Tips ni aku lebihkan untuk pelajar-pelajar Universiti.Aku kalau tak tahu sangat memang aku taram je apa yang aku ingat masa aku belajar/ulangkaji.Rugi kot tak kuarkan ilmu yang korang dah baca tu.Penat tau nak simpan lama-lama.Baik korang penuhkan je kertas tu.


Ha..cukup dah.
Apa pon buatlah yang sehabis baik.Berusaha!
All the best buat semua!
^_____^



p/s: Lama gak kot tak baca ayat penerang hati..Last Form 5,2005.Cane tu?Patut sekarang nak menghafal payah bebenor.huhu.Jom amalkan.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...