Assalamualaikum...
Akhirnya entry baru menjelma.Suka kita.hihihi.Lepas post entry ni bolehla melawat kawan-kawan. Alhamdulillah. Penyakit 3 serangkai yang datang baru ni dah kurang.Ubat yang aku guna adalah minum air mineral 2 liter sehari.Haaa...amik kau.hahaha.Itu je yang aku buat.Tapinya baik penyakit 3 serangkai datang pulak jerawat 3 ketol kat dahi.Sabar jela.hahaha.
Okla.Nak dijadikan ceritanya semalam borak-borak dengan suami tersayang kat telefon Tetiba tercerita pasal lesen.Aku pon terus keluar mentol dari kepala...eh....! Lesen aku.Haaa...bukak beg tengok lesen.Pergghhh.Sabar jela.
Nampak tak bila tamat tempoh lesen percubaan memandu aku tu.Haaa...kelam kabut aku fikir macamana aku nak ke JPJ.
Untuk pengetahuan semua, pertukaran lesen percubaan ke lesen betul hanya boleh dibuat di JPJ.Pejabat pos tu kalau dah memang dapat lesen betul bolehlah perbaharui tempoh lesen kat situ.Makna kat sini aku memang kena ke JPJ.
Sampai kat JPJ ramainya la orang.Aku buat kat JPJ Sri Gading, Batu Pahat, Johor.Waktu urusan mereka hari Khamis petang dari pukul 2 sampai 3.Untunglah sejam je kerja pastu dah boleh balik.hihihi.Johor sekarang kan kerajaan cuti Jumaat dan Sabtu. Aku anak Johor dah sekarang tapinya......
Perasan nak jadi orang Selangor.mmmm.Lupa la nak suruh tukar alamat tu.Adehhh.Lesen memandu sekarang dah keras macam kad pengenalan.Tak main dah laminate semua tu.huhu.Lepas tu lesen sekarang ni pon tarikh tamat adalah tarikh birthday kita.Jadinya ingat birthday ingatlah tamat tempoh lesen memandu anda semua.hihi :)
Bayaran:
1 tahun - RM30.00
2 tahun - RM60.00
+ RM15 cas perkhidmatan.
Pasal bayaran untuk Pembaharuan lesen ni memang semua macamtu.Tapinya....bab cas perkhidmatan tu memang ada ea?Hairan seketika.Sebab suami tersayang kata dia takde pon kena bayar cas perkhidmatan ke apa.mmmm..
Tak kisahla.Apa yang pasti aku punya lesen dah penuh lepas tu dah diperbaharui tempoh nya.Sukerrr!Apa kata korang periksa lesen memandu korang pulak.Dah tamat tempoh ke belom ek???! ;)

