Followerku..

Showing posts with label Hantaran Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Hantaran Kahwin. Show all posts

Hantaran Kahwin

Assalamualaikum...


Minggu ni macam banyak pulak aku story pasal kahwin kan? ^^ Nama pon B2B.Selagi tak lepas majlis selagi tula akan ada je ceritanya.Tapi kadang-kadang malas datang satu apa pon tak menjadi kot ^^ Biasalah manusia kan.Ada turun naik mood yer.

Kisah pasal hantaran kahwin.Aku sendiri keliru pasal benda ni.Tengok kawan-kawna punya majlis macam meriah je dia punya hantaran kan.I pon tergoda ok.Semua rasa nak buat.Tapi aku fikir semula stop wasting your money ayut!huhuhu ^^ Terus terberhenti kat situ jugak fikiran kau.hahaha.Hebat tak penangan fikir pasal duit :p

Hantaran kahwin aku semestinya sangat-sangat biasa.Aku tak upah orang pon.Just akak aku yang ke 3 tu akan buat.Aku bagi barang je nanti kat dia ^^ Hantaran kahwin sebelah lelaki pon aku yang buat sendiri.Aku bagitahu awal-awal kay En B dont waste money untuk hantaran kahwin upah orang ok.Dia pon cakap ok.Tak mahu sejarah berulang kembali.hihihi ^^

Hantaran Lelaki kepada Perempuan:
1) Mas Kahwin + Barang Batal air sembahyang
2) Kek
3) Kasut
4) Telekung + Langkah bendul
5) Set Mandian
6) Coklat 
7) Sirih Junjung (perlu ke ni?)

Hantaran Perempuan kepada Lelaki:
1) Kasut
2) Sejadah + songkok
3) Kek
4) Buah
5) Set Mandian 
6) Kuih Muih 
7) Kuih Muih
8) Coklat
9) Sirih Junjung (betul ke perlu benda ni?)

Ni je list yer.Kalau aku boleh buat kuih muih tu sendiri dengan yakinnya aku akan buat sendiri ok.hahaha.Kita tengok kesudahannya nanti apa cerita kuih muih kau ni ^^ Tak banyak mana pon nak expense kat hantaran kahwin ni.Janji ada.Itu dah memadai bagi aku dalam majlis aku nanti.Berharap sangat yang list hantaran kahwin ni takkan berubah sampai hari majlis nanti ^^ Insya Allah.Amin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...