Assalamualaikum...
Berita lanjut: KOSMO Online!
p/s: korang mampu tak 11 tahun?hohoho....BAM kenalah carik pelapis dengan segera pasni.. ^__^
Pagi ni dengar HOT FM topik Hot Chat diorang 'Cerita sebelum Kahwin'.
Siapa dengar mesti korang dapat dengar macam-macam cerita kan.
Ada kejap je kenal,dah boleh kahwin.
Ada lame kenal,baru boleh kawen.
Macam-macam.
Jadinya kat sini,
kisah Datuk Lee Chong Wei dan kekasih hatinya Wong Mew Choo memang happy ending la.
11 tahun kekasih hati menanti penuh sabar akhirnya mereka akan berkahwin pada bulan November nanti.
Tahniah buat mereka.
Tamatlah sebuah penantian.
^__^
Jaguh badminton China atau lebih mesra musuh utama, Lin Dan pon dah kahwin.
Sekarang giliran mereka pulak.
Semoga berbahagia selamanya buat mereka.
Jangan sia-siakan segala penantian yang telah dilakukan!
SELEPAS 11 tahun jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berpacaran dengan Wong Mew Choo, akhirnya kedua-dua pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan pada November depan.
Begitupun, tarikh rasmi perkahwinan tersebut masih belum dimaklumkan memandangkan Chong Wei masih berada di Odense dan baru mengakhiri misinya pada Kejohanan Badminton Siri Super Primer Terbuka Denmark kelmarin dengan muncul juara.
Sebaliknya, abang Chong Wei, Lee Chong Hoon sekadar memberitahu, majlis resepsi bagi meraikan perkahwinan tersebut akan diadakan selama dua hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 dan 10 November depan.
“Tarikh (pendaftaran perkahwinan) dan tempat perkahwinan tersebut akan dimaklumkan sendiri oleh Datuk Lee Chong Wei dan Mew Choo pada sidang akhbar akan datang,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat syarikat Chong Wei Binajaya Sdn. Bhd. di Bandar Puteri, Puchong semalam.
Chong Hoon yang mengakui gembira dengan keputusan adiknya untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini berkata, seluruh ahli keluarganya tidak sabar menunggu majlis gilang-gemilang tersebut.
“Ibu saya sangat gembira dan seluruh keluarga juga gembira dengan perkahwinan ini kerana setelah sekian lama mereka akan disatukan.
“Walaupun kami hanya ada masa selama 43 hari untuk membantu persediaan majlis perkahwinan ini tetapi kami akan cuba untuk melangsungkannya dengan sempurna.
Berita lanjut: KOSMO Online!
p/s: korang mampu tak 11 tahun?hohoho....BAM kenalah carik pelapis dengan segera pasni.. ^__^