Followerku..

Gunung Lambak,Kluang

Assalamualaikum...

Sekarang dah bulan Jun 2015. Cuti sekolah pon habis dah. Maknanya dah habis jugakla separuh daripada tahun 2015. Sangat cepat masa berlalu sekarang. Tanpa sedar rasanya masih belom apa-apa pon hasrat awal tahun dulu dapat dilaksanakan.mmm......

Tak mau la fikirkan sangat sebab nanti kecewa. Macam tak redha la pulak nanti. Allah marah.huhuhu. Baikla....daripada tekanan perasaan sesorang meh aku nak bagitahu kat semua tempat menarik yang boleh sekeluarga pergi. Gunung Lambak,Kluang, Johor.


Gunung Lambak ni macam terbahagi kepada dua. Ada bahagian water park gunung lambak dan ada juga tempat rekreasi gunung lambak.


Gambar atas tu adalah water park gunung lambak. Sangat sesuai untuk bawa budak-budak main air. Kawasan ala kolam besar pastu mandi beramai-ramai. Bayaran untuk masuk kanak-kanak rm3.00 dan dewasa rm5.00. Bawah setahun tak payah bayar. PERCUMA.



Bahagian rekreasi gunung lambak pula lebih kepada aktiviti mendaki dan jogging. Serius korang sangat puas hati jogging kat sini.hahaha. Kenapa?? Sebab bentuk muka bumi dia berbukit. Terasa peluh keluar habis. Lepas tu kat hujung ada macam air pancut. Sejukkkk!!


Sesiapa yang suka mendaki,tempat ni pon sesuai sangat. Takdela tinggi tapi laluannya boleh tahan. Curam! Penat sangat kalau korang mendaki. Nak mendaki kat sini tak kena bayar. PERCUMA. Ikutla nak mendaki macamana yang pasti kena pandai jaga diri.


Tak payah risau sebab kat sini sentiasa ada group hiking yang akan buat aktiviti. Sebarang masalah pasti akan diketahui. :) Orang awam selalu ada di Gunung Lambak ni. Seronok untuk bagi badan keluar peluh hujung minggu.

Perjalanannya kalau dari pusat bandar lebih kurang setengah jam. Kalau dari Ayer Hitam dalam 1jam suku. Papan tanda disediakan kalau dari arah bandar. Ikut je papan tanda Gunung Lambak. Pasti akan jumpa. :)

So,selamat beriadah!!



3 pesanan buat ayut :

Unknown said... Reply To This Comment

mcm best je tmpt ni...bole la nnti blk jhr g sini...hihi


miraadzlia.blogspot.com

Unknown said... Reply To This Comment

kluang y..nnt sampai sana..leh la p

Cik Rose said... Reply To This Comment

Dah pernah pi masa tahun 2012.. Best jugak.. Tapi kat jambatan gantung tu, banyak monyet masa tu. Takut. Hahhaha

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...