Butik Bridal di Batu Pahat

Assalamualaikum...

Kali ni aku bersiaran lagi.Punya la lambat bersiaran kan?Takpela.Janji kuar jugak.Sebenanrnya kalau dah namanya balik kampung nak tengok laptop ataupon dekstop memang malas.Rasa nak lepak depan TV tu diam-diam jer.Tengok cerita,tengok bola,tengok makan-makan,tengok masak-masak.hahaha ^^ Meriahkan hidup aku :p

Oklah.Oleh kerana sekarang ni aku secara rasmi menetap kat Batu Pahat,jadinya memang banyak jugaklah aku dapat survey a.k.a tengok-tengok bridal yang ada kat Batu Pahat ni.Saje la nak share kat sini mana tahu ada yang mencari-cari bridal kat Batu Pahat.Dulu time belum pindah Batu Pahat,search-search jugakla kat Google tu pasal Bridal Batu Pahat ni.Sekarang ni dah tak payah Google,aku automatik terus je pergi depan pintu.hahahaha ^^

Bridal Batu Pahat pilihan pertama yang akan di promosikan adalah:

Lokasi: Pekan Ayer Hitam,Batu Pahat (Dulu-dulu).Sekarang dah berpindah ke Pura Kencana,Batu Pahat.
Pemilik: Nekman dan Rizal
Komen: Aku pernah pergi yang kat Ayer Hitam.Tempat baru belum pergi lagi sebab baru pindah.Layanan best.Mahligai Bridal N&R akan layan je apa korang bebelkan.Pakej dia memenuhi keperluan dan kemampuan.Boleh share-share idea bersama dan memang dia akan lebih ikut apa pelanggan nak ^^ Sekarang sempena pembukaaan kedai baru,Mahligai Bridal N&R ada buat promosi.Silalah berkunjung yer. 7 Julai 2013 ni Mahligai Bridal N&R dia buat Hari Terbuka ^^

Kredit gambar: Mahligai Bridal N&R

Lokasi: Pura Kencana,Batu Pahat.Tepi jalan besar je dah boleh nampak ^^
Pemilik: Kak Yam
Komen: Bridal ni adik kepada kakak ipar dah amik.Pakej pon lebih kurang sama.Make up cantik.hihihi ^^    Tengok koleksi baju dia pon banyak.Macam-macam pilihan ada.Kak Yam lebih suka jumpa face to face untuk bertanya.Jadi pergilah jengah Butik kak Yam yer^^

Suker reben belakang tu ok! ^^
Kredit gambar: Andaman Kak Yam

3) SMC Bridal House
Lokasi: Bangunan Koperasi Parit Raja,Batu Pahat.
Pemilik: Zach
Komen: Untuk butik ni aku tak pernah pergi lagi ke kedai ye.Tapi based on 3 orang kawan aku yang pernah guna khidmat SMC Bridal ni memang meletup la.hihihi ^^ Pemiliknya memang boleh buat baju sendiri yer.Baju yang dibuat memang ohsem.Suke tengok baju-baju yer.Penuh dengan beads yang menarik ^^ Pakej yang ditawarkan berpatutan.Tak rugi kalau amik pon.Memang boleh jadi meletop la kot. ^^

Kredit gambar: SMC Bridal House

Lokasi: Parit Raja,Batu Pahat
Pemilik:Liza
Komen: Setakat ni ada seorang member aku yang pernah amik dan bakal sorang lagi member aku yang amik,Aku pergi haritu majlis kawan aku dan solekan ye aku tengok cantik.Pelamin dia aku suka.hehehe ^^ tapi tengok jela kan ^^ Komen lebih-lebih tak reti.huhuhu

Kredit gambar: FB member ^^

Cukup setakat ni 4 ni kot dulu.Ada banyak lagi sebenanrnya.Nanti aku kongsikan lagi ea. ^^ Nanti try la survey-survey mana yang patut.Kadang-kadang saje je kan nak carik idea. ^^ Selamat memilih B2B sekalian ^^






Pernikahan Piere Andre dan Nur Hidayah

Assalamualaikum....




Tahniah buat pasangan.Akhirnya telah selamat diijabkabul tengahari tadi.Simple habis.Kita tunggu resepsi yer pulak nanti macamana yer.Piere memang buat sempoi abis ni waktu nikah.Pakai kot pakai songkok.Settle.Takde baju melayu semua.Sama jugak macam Farid Kamil kan?Nikah pakai kot jer.Janji lafaz selamat dilafazkan. ^^
Kahwin itu bukan menyusahkan,tapi menyenangkan ^^

Semoga berbahagia buat mereka dan selamat menjalani kehidupan berumahtangga.


Nota: Nak kahwin jugak! *~*

Sponsored Holiday : A Famosa Resort,Melaka

Assalamualaikum...


Ok.Ni la cerita percutian bersama keluarga kitorang haritu.Kitorang sekeluarga pergi ke A Famosa Resort,Melaka.Percutian pada  Jun 2013.Majoriti aktiviti kitorang semasa kat sana adalah bermain air sahaja.hihihi ^^ Lepas puas main air kitorang lepak-lepak je kat dalam bilik. ^^ Percutian keluarga memang macam ni la kan.Tak banyak jalan mana yang pasti dapat bertemu bersama itu yang best. ^^

My Family ^^

Serius nak sampai depan pintu masuk wet world ni jauh sangat-sangat daripada main entrace.Korang pon boleh sesat kot.Memang sangat luas tempat ni yer.Tapi akhirnya kitorang masuk jugak.Sampai dalam lebih kurang pukul 11.30 pagi.Parking dah penuh.Kena la parking sebelah luar dengan bayaran RM2.00.Panas la ye maknanya tempat parking kereta tu dan jauh sikit nak jalan.




Gambar pon banyak kat taman tema air ^^ 
Ok.Untuk pengetahuan ramai,A Famosa Resort ni ada banyak tempat lagi.Ada Taman Cowboy, ada Arabian Villagea,ada taman sakura dengan taman cinderella untuk amik gambar dan tempat makan yang memang ada macam-macam makanan kalau kita dah amik pakej yer ^^

Tempat penginapan pon kita boleh pilih.Diorang ada Villa,Kondominium dengan hotel.Memang banyakla pilihan ikut kita punya budget.Kalau nak tahu price memang aku tak tahu sebab percutian ni di sponsor.Aku kuar duit minyak kereta je.Terima kasih keluarga ku sayang. ^^

Maklumat lanjut boleh melawat:




Hantaran Kahwin

Assalamualaikum...


Minggu ni macam banyak pulak aku story pasal kahwin kan? ^^ Nama pon B2B.Selagi tak lepas majlis selagi tula akan ada je ceritanya.Tapi kadang-kadang malas datang satu apa pon tak menjadi kot ^^ Biasalah manusia kan.Ada turun naik mood yer.

Kisah pasal hantaran kahwin.Aku sendiri keliru pasal benda ni.Tengok kawan-kawna punya majlis macam meriah je dia punya hantaran kan.I pon tergoda ok.Semua rasa nak buat.Tapi aku fikir semula stop wasting your money ayut!huhuhu ^^ Terus terberhenti kat situ jugak fikiran kau.hahaha.Hebat tak penangan fikir pasal duit :p

Hantaran kahwin aku semestinya sangat-sangat biasa.Aku tak upah orang pon.Just akak aku yang ke 3 tu akan buat.Aku bagi barang je nanti kat dia ^^ Hantaran kahwin sebelah lelaki pon aku yang buat sendiri.Aku bagitahu awal-awal kay En B dont waste money untuk hantaran kahwin upah orang ok.Dia pon cakap ok.Tak mahu sejarah berulang kembali.hihihi ^^

Hantaran Lelaki kepada Perempuan:
1) Mas Kahwin + Barang Batal air sembahyang
2) Kek
3) Kasut
4) Telekung + Langkah bendul
5) Set Mandian
6) Coklat 
7) Sirih Junjung (perlu ke ni?)

Hantaran Perempuan kepada Lelaki:
1) Kasut
2) Sejadah + songkok
3) Kek
4) Buah
5) Set Mandian 
6) Kuih Muih 
7) Kuih Muih
8) Coklat
9) Sirih Junjung (betul ke perlu benda ni?)

Ni je list yer.Kalau aku boleh buat kuih muih tu sendiri dengan yakinnya aku akan buat sendiri ok.hahaha.Kita tengok kesudahannya nanti apa cerita kuih muih kau ni ^^ Tak banyak mana pon nak expense kat hantaran kahwin ni.Janji ada.Itu dah memadai bagi aku dalam majlis aku nanti.Berharap sangat yang list hantaran kahwin ni takkan berubah sampai hari majlis nanti ^^ Insya Allah.Amin.


Cerita makan tetamu - Catering vs Orang Kampung

Assalamualaikum...


Salam sayang buat semua yang datang ke blog tak comel aku ni ^^ Semua sihat harini?Bila dah masuk hari bekerja aku pon dah jaranglah nak berBW.Maaf semua kawan-kawan.nanti hujung minggu aku datang ea ^^ Jangan merajuk tau.huhuhu.

Nak cerita pasal persiapan untuk wedding lagi ni.Suka je kan nak cerita-cerita.Sebenanrnya untuk aku baca balik je semuala nanti.Mengimbau kenangan susah payah nak kahwin kan.hahaha ^^ Susah la sangat.Padahal diri sendiri yang menyusahkan.Kahwin kan senang ^^ Jangan takut nak buat majlis yer B2B sekalian.Dugaan itu pasti ada.Tapi kesudahannya pasti ada sesuatu yang indah.Just percaya pada Dia ^^

Kisah makan-makan ni sebenanrnya jadi isu besar jugakla.Pada aku biarlah tetamu tu dapat makan yang terbaik dan sedap-sedap.Diorang datang mendoakan aku.Aku nak la bagi yang terbaik untuk diorang.Lagi satu,sebelum ni aku pon pernah cakap kan yang buat majlis takde orang tua ni agak rumit.Keputusan tu selalu sangat atas angin.Kalau dah buat keputusan nanti ada je yang tak kena.Banyak hati nak kena jaga kan waktu ni.Tu la dugaannya. T_T

Aku memang daripada awal nak buat catering sahaja.Maknanya catering tu just masak-masak lauk lepastu hantar kat rumah.Nanti orang kampung akan serve.Tu planning aku daripada aku planning nak kahwin awal-awal dulu.Aku tak nak la jugak nanti orang kampung cakap aku lupakan diorang.Semua nak catering.Dah duduk kampung kena la jugak jaga hati orang kampung.kan?Tapi dipertengahan cerita ada pulak itu ini banyak sangat.Aku terus diam dan serahkan kepada yang sepatutnya.Tapi last two weekend, abang aku cakap, "terpulanglah kat ko,kalau nak buat catering ikut jer." Jadinya aku pegang kata-kata tu dan terus cari catering yang memenuhi budget aku.Alhamdulillah aku jumpa last weekend.Syukur.Catering aku nak tu dari Ayer Hitam je jugak.Kalau ada papehal perkara berbangkit aku boleh terus pecut MyB jumpa face to face dengan orang catering tu.

Kelebihan ambil orang kampung:
-Jimat sangat-sangat (semua B2B nak yang jimat T_T)
-Mengeratkan hubungan silaturrahim

Kekurangan:
-Kena sediakan tempat
-Kena ada orang yang memantau
-Rumah akan berkecah
-Tuan rumah kena sediakan macam-macam

Sebab aku nak Catering:
-Rumah dah takde orang kuat
-Ahli keluarga jauh untuk memantau
-Memudahkan ramai orang
-Tak banyak kena fikir

Aku memang nak jimat (menangis jap) tapi keadaan tak mengizinkan untuk aku berjimat untuk yang ini.Tidak mengapalah aku keluar lebih untuk kali ni.Lagipon aku menjemput tetamu dan mereka mendoakan untuk aku.Aku tak mahu berkira dalam benda ni.Aku akan pastikan aku jimat pada tempat lain.Tetamu aku jemput pon tak ramai.Kalau ada yang tak terjemput maaf awal-awal aku ucapkan.Selagi kad yang aku target tu tak habis,aku akan edarkan ^^

Kepada B2B sekalian,Catering vs Orang kampung memang banyak bezanya.Korang boleh jimat beribu kalau ambil orang kampung.Percayalah.Tapi penat cikit jer ^^ Choose wisely.Korang yang menentukan perjalanan majlis korang tau.Bukan orang lain ^^ 


Cerita baju kahwin...

Assalamualaikum...


Ada lagi dalam 6 bulan sebelum sampainya hari bahagia yang dinanti-nantikan. ^^ Aku rasa bila lama kelamaan,satu-satu benda aku dapat selesaikan.Bermula daripada pasal majlis sampai la persiapan.1 je masalah bila dah duduk kat Ayer Hitam.Barang-barang untuk DIY tak sebanyak kat KL ok!Semua barang kat Ayer Hitam banyak dah ready made.Kecewa cikit kat situ.mmm...

Cerita pasal baju kan.Entry kena ikut tajuk nanti lari ntah ke mana-mana nta topiknya. ^^ Ingat lagi tak aritu aku beria macam pening nak warna apa la,design macamana la dan bla..bla..bla..Mungkin Allah tahu apa yang bermain dalam hati aku ni.Haritu tengah sibuk-sibuk kerja tiba-tiba dapat mesej masuk.Memula tu biarkan jer tak tengok.Dah settle semua baru aku tengok. Bridal yang aku hired tu mesej rupanya.Dia offer untuk buat baju baru tanpa ada sebarang cas tambahan kecuali kena deposit lebih.Alhamdulillah.Akhirnya boleh buat baju baru untuk diri sendiri.En B kita lagila suka sebab dia la yang nak sangat pakai baju baru ^^

Nak buat baju macam ni!


Ni namanya idea giler ok! ^^
Aku ni nak berjalan bagai semua jumpa tetamu nak sangatlah meleret-leret tu kan.
Tapi memang baju aku nak ciri-cirinya kenalah:
Dress
Nak ada beading cantik punya

2 tu je yang penting.Yang lain cirinya pon tak tahulah.Aku ni kalau dah diberi pilihan memang sampai ke sudah takde keputusan.Si En B kita pon dah cakap awal-awal,"tak payahla banyak sangat pilihan,nanti pening sendiri nak pilih." Nampak kan kepeningan aku kalau diberi pilihan.Sampai dia pon dah tahu.Mananya tak tahu kalau dah pening memang dia la mangsa meluah perasaan. ^^ Baju atas tu nampak esklusif kan?I like baju simple-simple ni pastu nampak esklusif ^^

Harini aku nak pergi jumpa bridal tu lagi dengan kawan aku,Mawar dan seorang lagi member yang akan kahwin seminggu selepas aku kahwin.hahahaha.Bridal yang aku hired tu kat Ayer Hitam jer.Takla jauhkan ^^ Senang nak berurusan.Tak puas hati bileh je terus ke kedai.hihihi ^^ Doakan semuanya berjalan lancar untuk aku yer.Amin.Bila kitala wedding planner yer dan kitalah pengantinnya memang pening cikitlah.Lain tau kalau buat majlis bila ada Ibu Ayah dengan yang takde ni.Jadi,kahwinlah cepat-cepat.Nanti apa-apa hal Ibu Ayah boleh tolong.Paling penting tolong memberi keputusan.Memang tu sangat-sangatlah penting ^^




OST Teduhan Kasih - Hanya Aku

Assalamualaikum...




Semalam cerita pasal drama,harini cerita pasal lagu temanya pulak.Nila lagu tema untuk drama Teduhan Kasih tu.Lagu ni la hari-hari aku dengar kat tempat keje budak-budak tu nyanyi.Mungkin lirik dia yang dekat di hati kot.Mudah dan best.Mungkinlah.. ^^

Nyanyian: Hyper Act
Tajuk: Hanya Aku


Bersama janji ku sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia
Mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku
Apakah mungkin berulang janji setia
Apakah kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu
(*)
Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya Aku
Ulang (*)
Dinginmu rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku...

Teduhan Kasih - Fenomena atau Drama Semata?

Asssalamualaikum...


Siapa layan cerita ni?Haaa...mesti ramai tahu kan cerita ni.Aku yang tak layan tengok TV pon sekarang dah layan cerita ni.Fenomena tak fenomena namanya tu.huhuhu.Lepas drama Teduhan Kasih yang ala-ala menarik tak ingat,lagu tema untuk lagu ni selalu pulak bermain dibibir-bibir  anak muda sekarang.Lagila fenomena drama ni.Kalau orang tanya, 'Lagu apa tu?' Orang mesti akan jawab,'Ala....lagu tema cerita Teduhan Kasih pukul 7 kat TV3 tu la...'Teduhan kasih tu jugak disebutnya.Cian Hyper Act.hihihi ^^

Drama Teduhan Kasih adalah drama yang disiarkan oleh TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis.Masalah rancangan ni adalah masa siarannya pukul 7 malam sampai 8.Kurang tepat waktu siaran drama Teduhan Kasih ni.Tapi kalau namanya dah fenomena mesti akan ada membahagikan masa siap-siap kan?Pemegang watak utama dalam drama Teduhan Kasih ni Adi Putra dengan Sherry Ibrahim.Kisah mengenai persahabatan,cinta dan keluarga.Apakah kesudahan hubungan Ehsan (Adi Putra) dan Iffa (Sherry Ibrahim) sampai ke penghujungnya?Kita nantikan bersamalah yer.Sekrang ni ada kat tengah-tengah episod.Biasa kalau Teduhan Kasih ni dah jadi fenomena mesti semua akan ternanti-nanti apalah sudahnya cita ni.


Sinopsis:

Kisah cinta Iffa dengan kekasih hatinya Ryzal (Shah Iskandar) telah berakhir dengan perkahwinan walaupun sebenarnya mendapat tentangan ibu Ryzal.Seksaan Iffa makin bertamabah apabila kawannya sendiri Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal untuk menyakitinya.Ryzal akhirnya menjatuhkan talak satu kepada Iffa yang mana pada saat itu Ryzal tidak mengetahui yang Iffa mengandungkan anaknya.
Dalam kesusahan dan kepayahan yang menimpa Iffa, ditambah ibunya sendiri telah menghalau Iffa keluar daripada rumah,Ehsan hadir menyelamatkan Iffa daripada terus sengsara.Ehsan telah melayani Iffa seperti Isteri sendiri walaupun sebelum ini Ehsan sentiasa dikelilingi dengan perempuan cantik dan mewah.Ehsan menjaga Iffa dan anak Iffa,Adam seperti keluarga Ehsan sendiri.Apakah Iffa mampu bertahan dengan kisah silam Ehsan?Masih adakah bahagia buat Iffa?Nantikan kesudahan Drama Teduhan Kasih.


Pendapat aku,aku suka lakonan Nabila Huda.hahahahaha.Boleh gitu?^^




Khamis Yg Spontan: Sabar dan Sayang

Assalamualaikum...


Di saat rasa kesempitan,yakinlah pasti ada jalan keluarnya.
.Sabar.



*takde kaitan gambar gan ayat atas tu pon*
^^

Rezeki Kakaotalk - Alhamdulillah

Asslamualaikum...


Ya Allah.Alhamdulillah.
Serius baru aku tahu macamana perasaan orang yang dapat CPUV tak berhenti.Ni la orang jakun namanya.Tak pernah merasa baru dapat merasa.Tersenyum tak berhenti rasa yer.huhuhu.Aku dapat CPUV lagi satu 6 Jun lepas.Dapat berapa tu belakang cerita la kan.hihihi :p



Alhamdulillah.Maknanya ada 3 CPUV bertenggek kat blog ni.Nak tahu lebih lanjut pasal promosi-promosi yang ada silalah klik apa yang ada ea.hihihi :p

Terima kasih Nuffnang.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang tak jemu datang blog aku yang tak seberapa ni yer.
Nanti aku balas singgahan korang semua tau. ^^
Sayang ketat-ketat semua orang. ^^

Promosi untuk Photographer 2013

Assalamualaikum...


Hari ni nak share gan kawan-kawan B2B sekalian tentang photographer yang sekrang ni masih lagi ada buat promosi.Jom kita tengok-tengok kalau ada yang berkenan.Bak kata orang,kalau ambil photographer masa diorang tengah buat promotion adalah lebih berbaloi. ^^


Ni masih lagi berlangsung promotion yer.Tapi lebih untuk Lembah Klang punya orang ea ^^


Untuk yang ni end of year punya.Tapi masih boleh tanya-tanya kalau nak tau.Photographer dia ok tak makan orang pon.hihihi. Ni Photographer based Muar ^^


Yang ni pulak sampai akhir Jun 2013 nanti.Photograpaher based Johor.Jangan terlambat yer ^^


Setakat sampai harini,aku jumpa ni jer.Kalau jumpa lagi nanti aku update bebanyak ea ^^

Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh

Assalamualaikum....


Tadi petang saje la tengok YouTube.Tengok-tengok yang tengah trending sekarang pasal Jambatan Pulau Pinang kedua runtuh.Aku pon berfikir...Sejak bila ada yang kedua?See??Nampak sangat dah lama tak amik tahu pasal isu semasa.Ni kalau negara Malaysia tercinta ni kena serang pastu sampai darurat kot baru tahu.Aduhai...dijauhkanlah bencana-bencana yang tak baik kat negara Malaysia ni.Amin.


Pernah dengar pasal pembinaan projek ni.Rupanya dah berjalan yer.Tujuan pembinaan bagi mengurangkan kapasiti penggunaan laluan utama jambatan Pulau Pinang yang sekarang ni.Tapi yang kurang bernasib baiknya,hari Khamis yang lepas sebahagian pembinaan jambatan tersebut telah runtuh.Menurut akhbar,sebuah kereta dan seorang penunggang motosikal telah terlibat sewaktu kejadian  runtuhan tersebut.

Tadi malam aku tengok berita TV9, seorang mangsa runtuhan jambatan Pulau Pinang kedua tersebut iaitu Allayarham Tajudin Zainal Abidin meninggal dunia dan telah selamat dikebumikan.Mangsa dikatakan mengalami kecederaan yang teruk di tulang rusuk dan sebahagian badan.Mangsa meninggalkan seorang balu bersama dua orang anak perempuan berumur 11 dan 7 tahun.

Ajal itu datang tanpa kita ketahui bila.Moga keluarga mangsa terus tabah menerima dugaan yang menimpa.Harapnya lepasni kalau nak meneruskan pembinaan Jambatan Pulau Pinang kedua ni kenalah amik serius pasal keselamatan orang awam.kalau nampak ada tak kena tu cepat-cepatlah amik tindakan.Tak nak la orang awam menjadi mangsa lagi.Kalau betul semuanya ikut prosedur mesti kecelakaan dapat dielakkan.Ini masih lagi dalam pembinaan.Nanti kalau dah siap tolonglah periksa betul-betul sebelum diluluskan.Rakyat yang menjadi mangsa nanti.Kesian.

Kredit gambar: Kisahbest.my

Matlamat tidak menghalalkan cara.
Pastikan cara itu seiring dengan matlamat yang nak dicapai.Pasti kegunaannya dapat dirasakan bersama-sama.Moga menjadi iktibar buat semua kontraktor yang nak ambil apa-apa tender lepas ni yer.Jangan jadikan orang awam sebagai mangsa anda.Wah gitu.Sebelum ni pon dah ada jugak jalan yang ke arah Putrajaya tu runtuh kan?Tu selamat dah dapat tahu awal-awal.Takla sesiapa yang terlibat. ^^



Cerita Si Dia

Assalamualaikum...


Aku bersiaran kembali...! ^^

Memula menghadap blog ni memang just nak tebus Blogwalking (BW) jer.Bila dah 4 blog pergi terfikir macam tak best pulak jalan-jalan tempat orang dengan blog tak berupdate.Fikir-fikir jap carik idea.Tulis jela.Mana tahu boleh dijadikan kenangan kalau baca semula nanti.Perangai aku kalau lama-lama nanti mesti aku baca balik apa yang aku tulis.hihihi ^^

Semalam bersamaan 7 Jun 2013.Kalau sesiapa tengok side bar kanan tu mesti perasaan.Semalam genaplah 2 tahun 5 bulan aku gan En B berkenal-kenalan.Nak dijadikan cerita,sepatutnya dia tu naik flight semalam jugak.Tapi ntah macam mana boleh pulak dia terlepas flight.Dah sampai kat Ministry of Defence Malaysia (MINDEF) pukul 8,officer tu bagitau kat dia yang dia terlepas flight.Tiket pukul 10 sebenanrnya.Miscommunication kot kat situ.Tapi takpela.Last-last dia tukar flight hari Selasa.Berkampunglah dia kat Gombak tu lagi 4 hari.huhuhu.

Aku pon mesejla kat dia

Aku: Selamat Ulang  tahun untuk kita....
Dia: Patutla tak naik flight hari ni....hahahaha.Selamat ulang tahun jugak.Dah yang ke berapa ek? (dia tak ingat ok!)
Aku: Errr...(aku pon lupa gak sebenarnya)...Yang ke 2 tahun berapa bulan tak ingat. :p

Kalau berapa lama tu memang tak ingatlah.Tapi tarikh memang ingat.Tu la kitorang.Perangai kadang-kadang tu sama jer.Semalam bergayut jela kat tepon sambut ulang tahun.Mengimbau kenangan lalu sewaktu nak kenal gitu kan.hahaha.

Lepastu semalam jugak pertama kali aku bawak MyB kesayangan dia tu sorang-sorang.Sebelum ni kalau aku bawak mesti ada dia sekali.Sekarang MyB kesayangan dia tu dah di bawah jagaan aku.Memang kurang selamat sikit kalau aku yang menjaga yer.hahahaha.Nak tahu apa MyB tu?Tadaaaa....


Tu dia kesayangan dia.Tapi tak la sayang sangat sebab dia selalu cakap makan minyak.ahaks...Kenapa dia beli kete tu sebab aku yang suka je sebenarnya.See?Nak beli Myvi memula dulu tapi kurang kemampuan waktu tu.So,kete ni pon jadilah.Nak tengok apa yang jadi kat kete ni semalam aku bawak pergi kerja?

Photo: kotak kat mane,kete kat mane..failed.hehe :p

Hahahaha.Jatuh reputasi MyB kesayangan dia.Parking ke laut ok.Tunjuk kat dia memang mengeluh la dia.huhuhu.Selalu dia cakap bawak kete baik-baik ea.hihihi.Baik sayangku.Memula bawak kete memang macam ni kan kawan-kawan?kan3x???Kete besar ok.Berpusing-pusing kepala nak amik site untuk parking.Adehhh.Memula dia pon takut jugak nak bagi aku bawak.Yela aku memang tak pernah bawak kete pon sebelum ni.Tapi nak tak nak dia kena jugak bagi aku jaga.Dia pon selalu jugak cakap,sampai bila nak dia je bawak kete semua.Aku kena jugak belajar.Okla.Take his challenge untuk pikul tangungjawab.Duduk berjauhan nanti aku sendiri jugak kena jaga dia :)

Tu la dia.Sometimes dia sangat caring sampai aku rimas.Tapi  sometimes dia beri aku tangungjawab untuk bagi aku kesedaran,aku sedang bersama dengan seorang Navy.Seorang tentera.Sentiasa menuntut aku untuk lebih pandai menjaga diri kerana tugas dia.Jaga diri baik-baik ye bila berjauhan ^^


Ni lagu dia bagi jugak.
Layankan jela...hihihi ^^

Rezeki - Terima Kasih Nuffnang.

Assalamualaikum...

Akhirnya bertemu semula setelah dekat sebulan gak tak bukak blog ni.Banyak benda yang nak cite.*Minah kepoh memang gini* hahahaha.Tapi untuk setakat ni,haritu berkesempatanlah bersama dengan En B kita sebelum dia kena pergi ke Kuala Lumpur melapor diri sebelum ke Semporna,Sabah.Siap hantar sampai naik bas.huhuhu.Gigih tak gigih hati ni waktu tu.Nak nangis pon cover lagi sampai la bas jalan baru menangis.wahahaha :p Insya Allah doa aku pasti ada untuk tunang kesayangan kat sana. Jijah tolong tengokkan En B kita ea?hahaha :p Boleh gitu?

Sebelum tu jugak,Salam Isra' Mi'raj untuk semalam yer.Moga peristiwa perjalanan Nabi naik ke langit menjadi iktibar dan peringatan buat kita bersama.Memberitahu akan kekuasaan Maha Pencipta.Insya Allah.

Ha....yang paling tak percaya semalam bukak Nuffnang ada CPUV!



Ya Allah.Rezeki.Alhamdulillah.Tapi 13 May punya tu.Tak tahu la dia nak bertepek berapa lama.Harapnya dapatla dia menari-nari dalam blog ni lama cikit.Baru la best.hihihi.Tapi tu la...kengkangan masa nak update dan nak Blogwlking la sekarang.Alahai..Sedih tau rasa.Tapi dapat merasa ada CPUV tu pon dah best dah.Lepasni kena tunggu ada internet kat umah,baru boleh nak online selalu.Korang-korang jela nanti peneman aku time En B kita kesibukkan.huhuhu.Teman kita ea ^^

Lagi nak share pasal pergi kahwin-kahwin kawan.Nak share kat sini la gambar-gambar untuk dijadikan ilham.Tapi......tak berkesempatan lagi ni.Adehhhh..Pastu nak share penglaaman pergi A Famosa Resort.Bercuti dengan family semua.Tu pon tak sempat lagi.Huwaaaaaa!!!Stress kejap.Banyak benda kena hold.Nanti ada masa mesti nak bagitahu jugak.Nanti aku cerita-cerita lagi dalam blog ni ea. :) Sayang korang.Terima kasih kepada sesiapa yang singgah yer.Nanti hujung minggu aku balas jejak.Insya Allah.