Cerita makan tetamu - Catering vs Orang Kampung

Assalamualaikum...


Salam sayang buat semua yang datang ke blog tak comel aku ni ^^ Semua sihat harini?Bila dah masuk hari bekerja aku pon dah jaranglah nak berBW.Maaf semua kawan-kawan.nanti hujung minggu aku datang ea ^^ Jangan merajuk tau.huhuhu.

Nak cerita pasal persiapan untuk wedding lagi ni.Suka je kan nak cerita-cerita.Sebenanrnya untuk aku baca balik je semuala nanti.Mengimbau kenangan susah payah nak kahwin kan.hahaha ^^ Susah la sangat.Padahal diri sendiri yang menyusahkan.Kahwin kan senang ^^ Jangan takut nak buat majlis yer B2B sekalian.Dugaan itu pasti ada.Tapi kesudahannya pasti ada sesuatu yang indah.Just percaya pada Dia ^^

Kisah makan-makan ni sebenanrnya jadi isu besar jugakla.Pada aku biarlah tetamu tu dapat makan yang terbaik dan sedap-sedap.Diorang datang mendoakan aku.Aku nak la bagi yang terbaik untuk diorang.Lagi satu,sebelum ni aku pon pernah cakap kan yang buat majlis takde orang tua ni agak rumit.Keputusan tu selalu sangat atas angin.Kalau dah buat keputusan nanti ada je yang tak kena.Banyak hati nak kena jaga kan waktu ni.Tu la dugaannya. T_T

Aku memang daripada awal nak buat catering sahaja.Maknanya catering tu just masak-masak lauk lepastu hantar kat rumah.Nanti orang kampung akan serve.Tu planning aku daripada aku planning nak kahwin awal-awal dulu.Aku tak nak la jugak nanti orang kampung cakap aku lupakan diorang.Semua nak catering.Dah duduk kampung kena la jugak jaga hati orang kampung.kan?Tapi dipertengahan cerita ada pulak itu ini banyak sangat.Aku terus diam dan serahkan kepada yang sepatutnya.Tapi last two weekend, abang aku cakap, "terpulanglah kat ko,kalau nak buat catering ikut jer." Jadinya aku pegang kata-kata tu dan terus cari catering yang memenuhi budget aku.Alhamdulillah aku jumpa last weekend.Syukur.Catering aku nak tu dari Ayer Hitam je jugak.Kalau ada papehal perkara berbangkit aku boleh terus pecut MyB jumpa face to face dengan orang catering tu.

Kelebihan ambil orang kampung:
-Jimat sangat-sangat (semua B2B nak yang jimat T_T)
-Mengeratkan hubungan silaturrahim

Kekurangan:
-Kena sediakan tempat
-Kena ada orang yang memantau
-Rumah akan berkecah
-Tuan rumah kena sediakan macam-macam

Sebab aku nak Catering:
-Rumah dah takde orang kuat
-Ahli keluarga jauh untuk memantau
-Memudahkan ramai orang
-Tak banyak kena fikir

Aku memang nak jimat (menangis jap) tapi keadaan tak mengizinkan untuk aku berjimat untuk yang ini.Tidak mengapalah aku keluar lebih untuk kali ni.Lagipon aku menjemput tetamu dan mereka mendoakan untuk aku.Aku tak mahu berkira dalam benda ni.Aku akan pastikan aku jimat pada tempat lain.Tetamu aku jemput pon tak ramai.Kalau ada yang tak terjemput maaf awal-awal aku ucapkan.Selagi kad yang aku target tu tak habis,aku akan edarkan ^^

Kepada B2B sekalian,Catering vs Orang kampung memang banyak bezanya.Korang boleh jimat beribu kalau ambil orang kampung.Percayalah.Tapi penat cikit jer ^^ Choose wisely.Korang yang menentukan perjalanan majlis korang tau.Bukan orang lain ^^ 


17 comments :

  1. buat persediaan apa salahnya..

    kenduri kampung elok le gotong royong..tapi org kmpg dah kaya2 skrg ni..besr2 rumah..katering pun ok je..akak suka katering..senang,taklah penat..boleh le habiskan masa berkualiti layan tetamu...

    tak ada le tapau2 bawa balik..heeh

    ReplyDelete
  2. masa akak dulu, mmg guna catering je sbb rumah parents akak kt rumah taman. mmg xbnyk dah amalkan masak2 ni. pastu kalau catering, kita xyah pening2 nak uruskan itu ini

    ReplyDelete
  3. Masa akak dulu mmg rewang je. Tapi lepas bapak meninggal, kami guna katering sepenuhnya utk mjlis dua adik. Sgt sng tapi byk abis duit kat situ.
    Kesimpulannya, ikut situasilah utk decide..

    ReplyDelete
  4. adik akak yg kawen pun gune khidmat catering ayut...senang dan menyenangkan semua org...xla penat sgt kan

    ReplyDelete
  5. penat manyak ooooo dear..mane da penat sikit...yang B@B pon penat jugak biar pon duduk jea...apetah lagi yang kat dapur...hahhhhhhh

    ReplyDelete
  6. xpe.. bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian..hihi.. nti lps settle smua gerenti ayut lega seleganya..mcm tu la deqla rasa dulu.. kawen deqla dulu x amek pun katering..sbb nk lagi jimat, penduduk taman gotong royong masakkan.. haha.. dorang x amek upah pun.. dah nama pun gotong royong.. cuma keluar duit beli bahan2 dan lauk je la.. =)

    ReplyDelete
  7. Catering lagi bagus...
    Kalau ramai tolong boleh masak sendiri....

    ReplyDelete
  8. ada kelebihan dan kekurangannya kan? =)

    ReplyDelete
  9. macam jijah dulu pon confuse katering o gotong royong.. mmg gtg royong jimat tapi kena pikir rumah berkecah,pastu nanti nak sediakan makan2 utk mereka pulak..kdg2 lom sampai petang mereka dah balik.. lagipon mak ayah tak kuat mane.. jadi pilihan jijah n family pilih katering..semuanya sudah sedia..rumah pon xberkecah lepas tu..huhuhu

    ReplyDelete
  10. mmg tak dinafikan bila gotong royong dgn org kampung ni kita boleh jimat, tapi itulah yg lecehnya, kena ada org kuat..pastu macam2 benda kita kena uruskan sendiri....

    macam katering pulak, mmg mudah, tapi itulah mahal sikit. pada nur, nur pun pilih katering...sbb xpayah pening2 dah...

    ReplyDelete
  11. Tak pe lah kak.. Sekali seumur hidup..

    ReplyDelete
  12. tak pe la... nak buat macam mana... bukan nak belakangkan org kampung... tp ada beberapa kekangan yang ayut dah ambil kira... kan?! moga majlis berjalan lancar dan segala urusan di permudahkan Allah...

    ReplyDelete
  13. buat kenduri ambik katering... sebab semue sedare-sedara dah tak larat nak gotong royong untuk 1.5k orang... mahal gile kot katering...

    ReplyDelete
  14. erm..betul tu ayut.. bab2 ni memang pening.. time kita nanti pun ambik catering je.. senang. umh tak selerak, then senang ada orng dh dipertanggungjawabkan untuk hal makan.

    ReplyDelete
  15. takpe ayut...pilih je yg mana dirasakan terbaik....

    ReplyDelete
  16. family ktorg ape2 majlis pun tak pernah lg ambik catering.. sume gtg royong sedara mara je.. huhu

    ReplyDelete
  17. remy prefer org kampung...masa nie lah nak kenal dgn semua saudara mara...... lagi pun gotong royong lebih meriah..... pagi ke ptg penuh jer rumah.....

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^