Teduhan Kasih - Fenomena atau Drama Semata?

Asssalamualaikum...


Siapa layan cerita ni?Haaa...mesti ramai tahu kan cerita ni.Aku yang tak layan tengok TV pon sekarang dah layan cerita ni.Fenomena tak fenomena namanya tu.huhuhu.Lepas drama Teduhan Kasih yang ala-ala menarik tak ingat,lagu tema untuk lagu ni selalu pulak bermain dibibir-bibir  anak muda sekarang.Lagila fenomena drama ni.Kalau orang tanya, 'Lagu apa tu?' Orang mesti akan jawab,'Ala....lagu tema cerita Teduhan Kasih pukul 7 kat TV3 tu la...'Teduhan kasih tu jugak disebutnya.Cian Hyper Act.hihihi ^^

Drama Teduhan Kasih adalah drama yang disiarkan oleh TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis.Masalah rancangan ni adalah masa siarannya pukul 7 malam sampai 8.Kurang tepat waktu siaran drama Teduhan Kasih ni.Tapi kalau namanya dah fenomena mesti akan ada membahagikan masa siap-siap kan?Pemegang watak utama dalam drama Teduhan Kasih ni Adi Putra dengan Sherry Ibrahim.Kisah mengenai persahabatan,cinta dan keluarga.Apakah kesudahan hubungan Ehsan (Adi Putra) dan Iffa (Sherry Ibrahim) sampai ke penghujungnya?Kita nantikan bersamalah yer.Sekrang ni ada kat tengah-tengah episod.Biasa kalau Teduhan Kasih ni dah jadi fenomena mesti semua akan ternanti-nanti apalah sudahnya cita ni.


Sinopsis:

Kisah cinta Iffa dengan kekasih hatinya Ryzal (Shah Iskandar) telah berakhir dengan perkahwinan walaupun sebenarnya mendapat tentangan ibu Ryzal.Seksaan Iffa makin bertamabah apabila kawannya sendiri Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal untuk menyakitinya.Ryzal akhirnya menjatuhkan talak satu kepada Iffa yang mana pada saat itu Ryzal tidak mengetahui yang Iffa mengandungkan anaknya.
Dalam kesusahan dan kepayahan yang menimpa Iffa, ditambah ibunya sendiri telah menghalau Iffa keluar daripada rumah,Ehsan hadir menyelamatkan Iffa daripada terus sengsara.Ehsan telah melayani Iffa seperti Isteri sendiri walaupun sebelum ini Ehsan sentiasa dikelilingi dengan perempuan cantik dan mewah.Ehsan menjaga Iffa dan anak Iffa,Adam seperti keluarga Ehsan sendiri.Apakah Iffa mampu bertahan dengan kisah silam Ehsan?Masih adakah bahagia buat Iffa?Nantikan kesudahan Drama Teduhan Kasih.


Pendapat aku,aku suka lakonan Nabila Huda.hahahahaha.Boleh gitu?^^




6 comments :

  1. Tak tau nak cakap pa sebab owg sekeliling saya tak pernah mengalami benda macam tu.. Hihi..

    ReplyDelete
  2. Bab masa tu mmg silapkan..sbb lepas tu mmg gegas lari nak mgrib..

    Nur pun entah cemana boleh sangkut dgn draman ni...

    ReplyDelete
  3. nabila giler jahat dlm cite nih...

    ReplyDelete
  4. meletop sangat cite ne...cik dah tertinggal bape episod,jadi malas nak tonton..kene tonton kat utube baru terase kawwwww2 ...hahhaa

    ReplyDelete
  5. best yer citer ni.. jijah xtengok pon..selalu bila nk hbs2 baru tengok.. mcm citer setia hujung nyawa..heee

    ReplyDelete
  6. baru start tengok semalam =___= lambat betul hahahhaa

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^