The Liebster Award -Angel Love Soldier

Assalamualaikum. ..

Setelah puas aku baca orang kena jawab soalan sebab kena tag akhirnya aku sekali kena tag. Menangis jawab soalan. Hahaha. Takpela aku rela je nak jawab soalan yang dibagi. Mekaseh sis Hawa sebab nak tag kita. Sis Hawa a.k.a Owner Blog Angel Love Soldier. Jom kita tengok soalan yang aku kena jawab banyak tak banyak. :) Macam jawab periksa soalan esei dah aku rasa.hahaha.




01. Antara smartphone Samsung dengan Iphone jatuh dalam air nak selamat mana dulu.

Jawapan aku: Secara logik Iphone lagi mahal kan? Jadinya aku mesti sayang Iphone lagi. Mustahil aku rasa kalau aku beli Iphone lagi murah dari Samsung.Oppss!hahaha

02. Manusia jahat jadi baik. Manusia sedia ada baik. Mana cenderung pilih jadi teman hidup.

Jawapan aku: Logiknya aku pon bukannya tahu lelaki tu dulu macamana secara yang betul pon kan. Kalau dia cerita pon tak semestinya betul semua. Boleh jadi tolak tambahnya dalam cerita dia. Jadinya aku pilih siapa yang sayang aku seadanya. Kisah lampau seseorang pengajaran buat diri orang tu sendiri masa akan datang.

03. Cerita personaliti berdasarkan penulisan.

Jawapan aku: Realitinya kalau ikut penulisan tu aku tak berapa arif. Tapi berdasarkan apa yang dikongsi aku rasa macam seorang yang suka mencuba sesuatu contohnya produk la. Selebihnya tak pasti. Sebagai bloggers its fun to read your blog. ;)

04. Cerita ringkas pasal blog aku.

Jawapan aku: Blog personal yang cerita pasal kehidupan seharian yang berdepan dengan perkahwinan jarak jauh dengan suami, apa yang dimasak, duduk di kampung bersama kucing tersayang dan isu semasa yang menarik diri aku untuk dikongsikan bersama.

05. Entry yang best kat blog sis Hawa a.k.a Angel Love Soldier.

Jawapan aku: Suka cerita pasal produk. Sebabnya memang selalu buat review produk kot. Link mana memang tak ingat sebab banyak.hihihi. Review macam tu memang sedikit sebanyak memang berguna untuk pengguna nanti.

06. Suka kecantikan tak? Produk apa?

Jawapan aku: Tak terlalu obses tapi jaga supaya sentiasa bersih dan sedap mata memandang. Produk - takde. aekarang guna Garnier je sebab nak jadi macam Lisa Surihani.boleh?hahaha

07. TDM, TUDM,TLDM, PDRM etc mana paling smart.

Jawapan aku: Jujurnya semua badan beruniform kalau diorang dah start pakai uniform diorang semua smart.hahaha. Tapinya kalau dalam ramai-ramai tu mestila suami paling smart - TLDM. sekian. :)

08. Ciri lelaki idaman.

Jawapan aku: Handsome. Gagah perkasa. Penyayang. Beragama. Berada. Lebih kan?? Ingat dapat ke...hahaha. Takpelah yang penting dapat terima aku seadanya. Susah senang bersama. Itulah idaman aku selama ni buat suami yang telah aku pilih dalam beribu lelaki di luar sana. :)

09. Anak perempuan nak rambut ikal ke lurus.

Jawapan aku: Nak rambut ikal sorang. Rambut lurus sorang. Boleh?hahahaha. Tak cakap kan anak perempuan berapa orang. :)

10. Nama anak.

Jawapan aku: Kalau perempuan nak letak ada Humairah tapi tak tahula nanti terletak ke tak. Lelaki ada Muhammad. Selebihnya tunggu baby ye kuar la dulu kot.hihihi

11. Tempat unik yang tahu.

Jawapan aku: Tak tahu la sebab jalan tak banyak mana. Menangis!

Ok. Siap dah jawab soalan yan sis Hawa berikan. Jawapan ikut skema tak ni sis?? Hahaha. Okla tu kan. Terjawab la serba sedikit. Korang pon baca jela ea. Hihihi. :)



5 comments :

  1. actually tasha nk gak tahu Liebster award ni apa dia ea... hihihi...
    http://cercitertashaqisha.blogspot.com/2014/05/kisah-aku-dia-dan-mereka.html

    ReplyDelete
  2. hehe semestinya suami juga paling hensem gagah perkasa kan ayut..hehe

    ReplyDelete
  3. oh, selamat menjawab.. Ros pun ada jawab jugak rasanya ni.. Aik, TLDM?.. hihi.. Ros tahu kenapa. hahaha

    ReplyDelete
  4. Hahaha..ayut pun kena....skit otak nak jawabkan

    ReplyDelete
  5. rasanya ada hutang lai satu la.. huahua

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^