Cerita dr Sabah: Memancing!

Assalamualaikum. ..

Semua ok untuk permulaan minggu ni?? Nak cerita yang dikhabarkan daripada Sabah walaupun baru seminggu yang lepas pulang daripada Semporna, Sabah.

Lelaki kalau dah minat sesuatu tu memang dahsyat kan. Sama jugak macam perempuan. Jadinya untuk golongan pertengahan macam aku ni memang rasa terancam. hahaha. Maksud aku kat sini golongan yang takde benda yang boleh membuat dia terlalu obses pada sesuatu. Contohnya lelaki kalau minat kereta sanggup perabis duit make up kereta. Sama jugak kalau perempuan sangat suka nampak cantik dan bersolek memang abis duit beli barang make up jela. Golongan pertengahan melihat dan terus melihat. Haaa...macam tu. :)



Suami aku ni a.k.a Mohamad Hafizal tengah gian memancing. Habis duty mancing. Duty pon mancing tapi tengok jela. Tak boleh tido mancing. Bosan mancing. Kalau tak memancing masa waktu malam tu memang pelik. Sekarang mood dia ke arah memancing sememangnya. Haritu dia mancing dapat ikan kerapu!!! I is jelous sebab I tak dapat makan ikan itu. Oh kerapu!!


Jeles yer tengok kerapu 3 pinggan atas tu!!!
Terliur..huhuhu


Bila ada geng memancing lagi seronokla suamiku ini. Selamat memancing kalau make up kereta menangis sayang ok!huhuhu. Modal untuk memancing tak sehebat mana. Yang penting ada joran ataupun tali tangsi dan umpan. 

Selagi namanya Sabah, nak dapat umpan ikan, udang atau sotong itu tak susah. RM2.00 je pon dah boleh guna untuk semalaman selama mana nak memancing. Selagi namanya pon Sabah pasti tak susah jugak nak cari lubuk ikan. Bila dapat hasil besar macam ni diorang hantar kedai suruh masak. Takda masalah punya. Bayar upah jela. Haaa...kan sedap tu!


Siapa satu geng dengan suami kesayangan aku ni yang suka memancing?? Silalah berkenalan. Nanti nak pergi mancing senang nak cari team.hahaha. Haila suamiku. :) Selalu tanya suami... 'Apa best ye memancing??'

Itulah yang suami kongsikan aktiviti dia. Aktiviti aku memang tak ekstrem macam gitu la. Bukan tak reti ataupon tak minat tapi MALAS. Sekian! Hihihi.






12 comments :

  1. Shakira since preegy ni suami dah kurang menjalankan hobi memancingnya.. hehe eloklah tu, Shakira tak minat pun.. :)

    ReplyDelete
  2. untunglahh pndai memancing.. sapik kalau belayar mmg bw ikan besar2 .. pastu suh kedai masakkn.. sampai org kedai pelik sebab dapat ikan besar2...hehe

    ReplyDelete
  3. bestnyer. Saya dtg singgah bila cuti2 sekolah !

    ReplyDelete
  4. Sama la suami akak ayut suka memancing

    ReplyDelete
  5. best dpt ikan pancing... pastu masak sendiri ... mkn

    My recent post : Apa Menarik Tentang KLIA2 - Infografik

    ReplyDelete
  6. ok tu Ayut minat memancing.. tak melencong. hihi.. Husband Ros memang suka mancing.. kalau hujung minggu dan ada masa je, pergi ngan kawan2 dia. Ros pun pernah ikut jugak mancing.. memang ada yang kata bosan sebab dok menunggu lama.. tapi, kalau dah minat, hilang semua bosan tu.. jadi seronok :)

    ReplyDelete
  7. kalau dia memancing ikan di laut biorkan aje takpe.. jgn die memancing ke lain udah le.. hehe

    "lelaki kaki pancing ni penyabar"

    pernah dgr x kata2 tu ayut? hehe

    ReplyDelete
  8. suami cik su pon minat mancing.
    mmg bosan kalau ikut sbb ciksu x minat mancing.tapi kalau mncing udang best gak..

    org minat mancing ni penyabar, cool, relax je..
    cer tgk gaya dorng saat menanti ikan mengena umpan..

    tapi kan respect dgn mmber ciksu, org kuantan laki bini minat mancing.. yg pling minat binik dia la.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^