Dokumentasi Pernikahan di Johor (2)

Assalamualaikum...

Ada kesempatan sekejap kesempatan bolehla update blog laju-laju.hihihi.Okla.As promise aku nak sambung sikit pasal dokumentasi pernikahan di Johor ni.Alhamdulillah aku dah selesai bab dokumen semua ni.Senang sebenarnya.Tak tipu :p



Sebelum ni aku keliru dengan senarai semak daripada jabatan agama kadi yang nombor 10 tu kan?? Okla untuk entry ni aku kongsi pengalaman aku ye.Sebenarnya surat nikah ibubapa kita tu diperlukan apabila anda mahu berkahwin dan wali anda adalah abang anda.Seterusnya kalau abang anda itu adalah anak sulung dalam keluarga mereka pasti mahukan surat nikah ibubapa.

Ini bertujuan untuk mengesahkan status wali perkahwinan anda itu benar-benar layak.Senang bahasa ye bukan anak luar nikahla.Kalau abang anda yang jadi wali itu bukan anak sulung dan anda juga bukan anak sulung,dokumen no 10 iaitu surat nikah ibubapa tidak perlu pon. ;)

Menjaga keturunan itu penting.Agama sangat menjaga kesucian keluarga yang akan dibina.Nanti kalau wali tu ada kemushkilan nikah kita boleh tak sah.Wali itu sangat penting yer.Ada dalam rukun nikah ;)

Kepada B2B Johor terutamanya,dan B2B negeri lain amnya,selamat membuat dokumen nikah anda!Saya dah selesai.Boleh dah kahwin!!! :P


12 comments :

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^