Apa bestye blog!

Assalamualaikum...

Harini bila tengok blog macam,ah....bestnya mengimbau kenangan lalu. Keaktifan aku dulu boleh dikaitkan dengan saat kegemilangan kisah percintaan. Wah gitu! Hahahaha. Lepas kahwin, semakin hari,semakin menghilang. Banyak memori yang tak dicoretkan.

Sebenarnya pada aku blog ni dah macam sesuatu yang sangat bermakna bila kita baca balik post-post yang kita tulis. Sebenarnya bukan untuk tatapan orang lain sangat pon. Yes..bagi yang bagi informasi pastilah. Kalau lebih pada personal life tu lebih untuk kenangan sendiri. Siapa setuju? Kita geng.Heeee...

I miss my MIL already!

Blog ni ikut kepada pemilik nak ditujukan sebagai apa. Sesetengah blog mampu menjadi popular sebab pastinya blog lebih kepada travelling,solekan,makanan dan lifestyle.Itu satu bonus bila blog popular! Site income pon mampu dapat ok.

Jadinya aku rasa apa bestnya blog adalah bila kita mengimbau balik penulisan yang lepas. Lebih-lebih lagi kenangan manis gitu katanya,pasti korang akan gembira semula. Itu pasallah blog best!

Jadinya,happy blogging all!!! 
Apa yang pasti aku menulos bukan kerana nama.
Aku menulis kerana itu aku.
Insya Allah.



4 comments :

  1. betul tu ayut...kita simpan kenangan kita dekat blog.hehehe~

    ReplyDelete
  2. betul! nak2 kisah personal kita..kdg2 lupa dek zaman..bila ada blog leh imbas kembali

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^