Buah Delima

Assalamualaikum...


Kembali aku untuk memastikan blog ini masih ada pengisiannya.hohoho.Macam biasa aku punya entry blog kalau tak merepek mesti pasal makan. Lagipon aku rasa topik makan ni jela yang tak pernah habis isunya. ^^ Beberapa hari sahaja lagi dah nak Ramadhan. Sebelum terliur macam-macam baik aku cerita pasal makan-makan ni sebelum puasa.

Buah Delima.
Sebelum ni ada baca pasal khasiat Buah Delima. Khasiat Buah Delima ni sangat banyak samada untuk kesihatan luaran mahupun dalaman. Apa yang aku pernah dengar, salah satu khasiat Buah Delima ni adalah mengelakkan diri daripada terkena gangguan syaitan. Pernah dengar? Lagipon, Buah Delima ini adalah salah satu buah yang Nabi makan selain daripada Kurma. Lagi khasiat Buah Delima ni dikatakan dapat mencuci darah. Apa yang pasti jika Nabi juga makan pastinya banyak kelebihan buah delima ni. ^^

Ini kisah Buah Delima aku.huhuhu. Nak dijadikan cerita, suami tersayang aku ni beria suruh mencari Buah Delima. Pada awalnya sebab mak mertua yang mencari. Aku pon sebenarnya tak pernanh makan Buah Delima. Bentuk Buah Delima ni pon tahu dalam google je ^^ Rumah sewa aku ni dekatla dengan Pasaraya Nirwana. Tengah jalan-jalan tu terpandang buah. Tengok dekat sikit,'Ehhh!!Buah Delima la...!' Terus amik satu, bayar bawak balik rumah. Harganya jangan ceritala tapi biar gambar yang berbicara.


Isi Buah Delima ni pon pertama kali tengok. Ni pon biar gambar yang berbicara.



Rasa Buah Delima ni sedap.Kecik-kecik macam tu memang macam makan jajan ok.Sedap je masuk mulut. Orang cakap makan Buah Delima ni tak boleh kongsi sebab khasiat Buah Delima ni adalah 1 biji tu.Kalau kongsi nanti khasiatnya dah kurang.Gitu pulak...Ye ke??Pernah dengar? *Sekarang ni rumors bertebaran.Sesah nak percaya mana betul mana tak.mmmmm..

Apa pon khasiat Buah Delima memang banyak.Nak tahu lebih banyak boleh google lagi ^^ Aku bagi sikit jela. Sekarang ni pon ramai je yang dah jual Jus Buah Delima. Jadinya siapa yang nak cepat lagi mudah bolehla beli yang dibuat minuman jus tu.Siap tinggal minum je ^^ Korang pernah makan Buah Delima? teruja tak tengok dalam Buah Delima yang ketul-ketul kecik macam tu? Aku is sangat teruja ok.hahaha.

Ramadhan 1435H

Assalamualaikum. ..


Bulan Ramadhan bakal muncul kembali. Tadi dengar pengisytiharan Bulan Ramadhan kat TV3. Seronok je dengar. Hihihi. Walaupun Pemegang Mohor Raja-Raja tu cakap tak sampai pon 5 minit kan. 

Ya Allah...Panjangkanlah usia kami untuk menjalani ibadah puasa dengan sihat dan penuh keberkatan daripadaMu.Amin.

Ahlan wasahlan ya Ramadhan!
Tarikh telah ditetapkan untuk bermulanya Malaysia berpuasa.
1 Ramadhan 1435H
Bersamaan dengan 29 Jun 2014.


Selamat melakukan ibadah puasa buat semua umat Islam khasnya dan buat semua yang meraikannya di seluruh dunia. ^^


CPUV Bulan June 2014

Assalamualaikum....


Ohhhhoooiii Nuffnang! ^^

Setelah sekian lama menyepi daripada tengok akaun Nuffnang dan juga blog, masih ada rezeki bersama rupanya.Alhamdulillah. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia Allah je yang tahu. Nuffnang masih memberi peluang jadi tempat untuk meletakkan iklan para pengiklan kat blog aku ni. Bulan June 2014. Ada 3 CPUV yang tengah running rupanya. Terima kasih pihak Nuffnang. Terima aksih semua. ^^

Jumlah CPUV yang pernah diterima sepanjang berblog baru 58 je. Dulu selalu tertanya-tanya kenapa la kau tak dapat lagi CPUV walaupun blog berupdate je selalu.hihihi. Tips yang selalu digunakan kenala selalu update akaun kat Nuffnang tu selain naikkan trafik dan juga blog berupdate. Ada rezeki pasti tak ke mana.

Okla. Haritu baru beberapa blog je sempat balas jejak. Harini akan disambung semula jejak anda semua. Walaupun lambat akan ku jejaki jua kamu semua ^^ Sebelum terlupa, kalau terjumpa iklan 3 atas tu bolehla klik untuk tahu lebih lanjutnya. Sepanjang aku membalas jejak pastinya akan ku klik juga iklan yang ada. Pengetahuan Am katanya.hihihi ^^

Jomla kita berblogwalking!!





GA Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui

Assalamualaikum. ..



Saya nak Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui kerana saya sangat menyukainya dan bila satu dah masuk mulut pasti akan ada popia seterusnya yang akan masuk mulut. Tambahan pula popia ikan bilis ni adalah 100% handmade daripada keluarga yui. Memang terbaikkk! ! Keasliannya terserlah. ;)

Ada sesiapa lagi nak Mini Popia percuma bolehla cuba nasib klik banner atas tu. Ada rezeki pasti merasa keaslian mini popia ikan bilis ni.



Nak jual: Dress Chiffon full Lining

Assalamualaikum. ...



Size : L
Ukuran: panjang-142cm, bahu-38cm, punggung-98cm.
Harga: RM70 termasuk pos.
Kondisi baju: Tak pernah lagi dipakai cuma pakai untuk testing saiz je.
Warna: Pink


Sesiapa berminat please email ke noorhidayah.khamis@gmail.com. 

Sebarang persoalan akan dijawab sebaiknya.


Tempat tempah Cop di Batu Pahat

Assalamualaikum. ...

Entry ni aku pernah janji nak keluarkan. Alahai...sampai ke sudah aku tak keluarkan. Baru-baru ni aku dapat soalan kat email tanya kat mana tempah cop kertas goodies bag aku dulu. Siapa bertanya bolehlah baca entry ni ye. :)


Bukan yang signboard kuning tu ye tapi sebelah dia. Kecik je signboard ye.huhu.


Kedudukan: Depan Pasar Pagi Batu Pahat.
Laluan: Bermula simpang 4 Jalan Rahmat. Jumpa Maybank belah kanan terus. Jalan sehala jumpa Maybank lagi belah kiri. Jumpa lampu isyarat terus lagi dan jumpa lagi 1 lampu isyarat lagi sekali baru belok kiri. Nampak pasar pagi belok kanan. Kedainya terletak deretan kedai-kedai belah kanan jalan.

Cara dikenakan harga:
1. Saiz
2. Bentuk cop. Samada nak yang terus lekat dengan ink ataupun sekadar cop tu sahaja.
3. Design. Lagi senang korang dah design siap-siap nanti bagi dia untuk copy.


Sebesar cop aku tu total cas yang aku kena RM40+. Servis pada aku ok je. Menepati masa untuk siap tempahan. Bila dah siap pon dia akan call :)

Harap info ni membantu ye buat semua B2B Batu Pahat. Dulu pon memang aku tak tahu jugak kat mana nak buat cop. Bila dah tahu aku share info ye.





WW#90: Cenderahati daripada Shida!

Assalamualaikum. ..


Terima kasih daun keladi!!




Ayat kat badges tu bila difikir boleh jadi macam..errr..apa la nak jadi dengan blog aku ni.hihihi.

Sayang Shida.
Nanti bagi banyak lagi ea ;)


Indomie Mi Goreng Cili Hijau

Assalamualaikum. ..


Siapa pernah makan mi goreng Indo Mie ni? Aku baru je mencuba makan mi goreng ni. Dulu selalunya beli maggi ayam je. Tak pernah merasa instant noodles yang lain sebab tak suka mencuba sangat aku ni.

Komen aku mi goreng ni sedap. Pedasnya pon terasa walaupun cuma gaul macam tu je. Setahu aku ikut pengalaman anak sedara aku yang suka makan mi goreng yang ekspress punya, indo mie adalah memang pilihan yang terbaik. Betul ke? Aku baru pertama kali je makan ni.

Mi goreng lebih sedap kalau ada sekali telur goreng ataupon ayam goreng. Bila makan takde tambahan macamtu aku rasa boleh muak kot. Kalau ada sesiapa pernah makan, meh kongsi sikit pengalaman makan mi goreng ekspress ni ;)



Alahai Si Ibu Kenit

Assalamualaikum...


Sekarang aku ada di kampung. Bila di kampung aktiviti pastinya bersama kucing. Hahahaha. Kita ada kucing baru. Dah besar jugak sekarang ni. Suker! 


Asalnya Ibu Kenit ada 3 ekor anaknya tapi yang berjaya hidup akhirnya 2 ekor setakat harini. Sebelum ni Ibu Kenit bunting jugak tapi tak pernah hidup. Ni kali ketiga dan akhirnya dia berjaya. Tahniah buat Kenit sebab berjaya jugak akhirnya.hihihi.


See?? Comel....Geram tengok 2 ekor si toyen gan tuteh ni. :)


Tuteh buncittttt!!!
Alhamdulillah.. Moga kucing 2 ekor aku ni selamatlah membesarnya dengan anak-anak si Citam :)




Menghilang tanpa khabar...

Assalamualaikum. ..



Ya Allah....
Sepi...
Sedih...
Pedih...

Kadang-kadang rasa tu macam nak terjun dalam air dalam-dalam pastu menjerit sekuatnya.huh!

Dugaan dalam dunia.
Semua ini dunia.
Wahai hati
Bertabahlah...



Badan tak berapa sihat.
Tekanan kerja banyak.
Kesunyian.

Berbahagialah wahai hati.
Allah ada.