KLIA 2 : New Development in Malaysia

Assalamualaikum. ...

Selepas kemelut MH370 melanda, MAS Airlines, Malaysia tetap perkukuhkan lagi agensi penerbangan negara dengan pembukaan lapangan terbang terbesar iaitu KLIA 2.Membuktikan kebolehan yang mereka ada pastinya sedikit sebanyak membantu menaikkan semula kepercayaan masyarakat terhadap penerbangan Malaysia.Insya Allah. Apa yang terjadi pada MH370 pastinya sentiasa dalam ingatan mereka.


Perjalanan aku bermula dengan ERL KLIA. Suara Ras Adiba Radzi dah takde tau korang.hehe.Kalau siapa yang selalu naik mesti perasanperubahan ni. Tambang daripada Bandar Tasik Selatan ke KLIA 2 adalah RM26.00. Dah macam tambang bas balik Johor ok!hohoho. Pastinya keadaan tren dan masa perjalanan adalah memuaskan setimpal dengan harga la gamaknya.


Setiap ceruk dekat KLIA 2 anda akan jumpa signage besar ASK ME yang dibawa oleh staf dan juga sukarelawan kat situ. Selamat untuk aku yang pertama kali jejak kaki kat KLIA 2 ni. Diberitahu benda ni akan terus berlangsung selama sebulan. :)


Ni jalan ke gateway domestik. International punya gateway aku tak lalu lagi tapi yang pasti kalau international korang akan lalu jambatan :) Sepanjang laluan ke gateway pon masih ada kedai untuk korang cucimata.huhuhu. Oleh kerana baru 3 ari pembukaan masa ni, jadinya masih banyak outlet yang tak bukak. Kena tunggu lama sikitla baru meriah :)


Papan tanda memang banyak. Belajarlah untuk melihat papan tanda di KLIA 2 ni. Surau jugak bersepah kat dalam KLIA 2 ni. Tak khuatir untuk solat. Pengambilan bagasi pula memang agak lambat pada aku. Ditambah pulak screen informasi pengambilan bagasi tu belah tepi. Susah cikit nak tahu line mana penerbangan kita untuk amik bagasi.mmm.


Jauh perjalanan tapi kapal terbang dekatje nanti nak masuk. Sebelah bangunan je diorang parking untuk depart. Korang tak sempatla nak berpeluh sebab semuanya aircond. Mengigil la korang nanti.

Kapal terbang nak berlepas memang perjalanannya ke trek agak jauh. Aku rasa makan masa 5minit plus jugak nak sampai ke trek sebenar. Aku pon sampai tertanya..eh..lamanya nak berlepas.hihihi. 

Ni pengalaman aku sepanjang aku kat KLIA 2. Masih baru beroperasi dan masih baru pengurusan mereka. Mudah-mudahan adalah manfaatnya kepada semua orang. InsyaAllah. 







4 comments :

  1. Kita pun baru je travel dari KLIA2..cantik tempat dia cuma tambang ERL tu memang super mahal tapi dah nak cepat redah jugaklah..Kalau tak kejar masa better naik bas je dari KL sentral.

    ReplyDelete
  2. ramai yang cakap suara Ras Adiba Radzi dah tak de... hew hew hew... Singgah sini sebab rindu Ayut...

    ReplyDelete
  3. masa pergi first day beroperasi, not bad la. rasa cam fuhhhh bestnya. ini airport ke shopping mall? haha

    ReplyDelete
  4. tak sempat nak amik gambar ari tu... nak dukung hakimi lagi menapak jauh tu..fuhh semangat!

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^