Kisah Sempena Hari Guru!

Assalamualaikum...

Tema Hari Guru 2014

"Guru Pencetus Kreativiti, Menjana Inovasi"

Ketika aku baru mendapat ingatan...
Rumah papan berbumbung rumbia di Parit Sonto.
Jangan duduk atas bantal nanti bisul.Aku pergi duduk atas tilam.Takla sakit bontot tengok TV.hihihi
Makan tu bersila.Aku duduk atas kerusi sebab makan asing-asing.Takla kena bersila :)
Aku nak pandai bawa basikal.Selagi tak luka berdarah,memang tak pandaila bawa basikal.

Dahulu...
Tabika (Taman Bimbingan Kanak-kanak) Kemas Parit Sonto.
Memori bermain tanah liat. (sekarang tak tahula budak-budak panggil apa) Aku buat bentuk lesung batu. Aku buat jugak bentuk kereta walaupun takde rupa bentuk pon. Buat bentuk cawanla. Selamat tak dimakan.hahaha. Memori buat lukisan. Kalau Cikgu Rosnani tu suruh lukis gambar pemandangan mesti tak lepas gambar rumah tepi sawah, belakang rumah ada bukit 2 bonjol pastu ada matahari tengah-tengah.

Sautu Masa 18 tahun yang lepas...
Sekolah Kebangsaan Kota Dalam (S.K.K.D) 
Darjah 1 - Cikgu suruh tulis A,B,C....aku pergi buat bentuk bulat plus segi-segi.hahaha.Memang kreatif!
Darjah 3 - Cikgu suruh buat soalan matematik tambah tolak.Aku pergi amik buah saga (warna merah tu) kira tambah tolak punya soalan.Barula faham!
Darjah 6 - Cikgu suruh hafal susunan planet dengan warna pelangi.Aku pergi buat ayat Bahasa Melayu sendiri bagi tersusun.Baru la senang!

Saat jiwa muda dahulu...
Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri (S.M.K.D.M)
Tingkatan 1 -  suruh pakai tudung kemas-kemas.Aku bagi letak lilin supaya keras depan tu.Baru la cantik!hahaha
Tingkatan 3 - Cikgu suruh buat karangan guna frasa hiperbola,metafora dan sebagainya.Aku pergi tulis surat cinta bagi ayat "power" punya :)
Tingkatan 5 - Cikgu suruh buat eksperimen sendiri.Selagi tak jadi buatlah korang sampai jadi.Selamat tak meletop.hihihi

Saat Mengenal kehidupan...
Universiti Malaysia Pahang (U.M.P)
Kalau nak berjaya,usaha kena lebih.Kalau nak berjaya,pandai-pandailah bawak diri.
Lecturer tu jadi kawan.
Kawan tu pon boleh jadi lecturer.

Bila kenang balik...banyak 'GURU' yang kita ada dalam sepanjang kehidupan ni.Bermula dari rumah,sekolah,pengajian tinggi dan sekarang alam dewasa.Alam sekeliling juga mampu jadi 'GURU' terbaik dalam mencari erti sebuah kehidupan.

Kreativiti dan Inovasi. Jalan seiring untuk menapak terus dalam kehidupan penuh cabaran.Bukan sekadar tema untuk Hari Guru sahaja,baiklah kita praktikkan juga untuk diri kita sendiri. :)

Selamat Hari Guru buat semua terutama buat Guru-guru di Malaysia!!

4 comments :

  1. budak baik dia nie masa zaman-zaman sekolah ritu haha

    ReplyDelete
  2. guru yg tak jemu2 mendidik kan..

    selamat hari guru utk semua guru2

    ReplyDelete
  3. ayut nanti bagi nama n alamat nak bagi hadiah :P

    ReplyDelete
  4. selamat hari guru buat semua warga pendidik :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^