Menu Kuih Koci

Assalamualaikum. ...

Selamat hujung minggu! Minum petang menu apa ye kawan-kawan? Mesti cari menu yang senang kan nak dibuat. Buat kunyah-kunyah dikala petang :) 


Harini aku lepak rumah kakak aku kat Simpang Renggam. Kat Parit Sonto adam takde jadi bosan. Pergilah merayap rumah kakak :) Sampai-sampai dia nak start buat kuih koci. Kuih Koci ni sejenis kuih yang dibalut dengan daun pisang tu. Lama aku tak makan . huhuhu. 

Cara adunan tepung tu guna tepung pulut dengan tepung gandum sikit. Nak lagi sedap campur dengan keledek. Lebih manis dan lembut je jadinya. Kalau tepung gandum, kuih koci ye akan kenyal sikit jadinya. Letak garam sikit dan uli jela dengan air sampai sebati dan boleh dikepal-kepal jadi bulat. Intinya pulak tu gaulkan kelapa dengan larutan gula melaka. Dimasak dalam kuali hingga kering dan boleh dikepal jadi bulat jugak.


Bungkusla dengan daun pisang cantik-cantik jadi 3 segi piramid. Daun pisang tu nak lembut lalukan kejap atas api. Nanti senang nak dilipat. Minyak pulak sapu kat daun pisang tu bagi elak melekat kat daun bila siap masak nanti :) Siap bungkus dah boleh kukus. Kukusla dalam masa 15-20minit. Akhirnya siap!Boleh dah makan :) 

Kuih tradisional yang makin jarang orang nak buat. Sekarang semua nak cupcake,macaron,crepe,kek...etc..kan?hihihi. Biasalah perubahan zaman. Tekak pon bertukar selera jugak. Apa kuih tradisional yang korang suka? Kalau aku karipap.  Tapi sampai sekarang aku tak pernah menjadi buat karipap =_="



8 comments :

  1. buat sendiri mmg xla...hehee..nak mkn selalu beli je..

    ReplyDelete
  2. suka makan..nak buat malas nyer

    ReplyDelete
  3. fevret cik...tp cik tak thu buat...huhuhuh

    ReplyDelete
  4. tak pernah buat sendiri la ayut.
    mkn pon boleh bilang je kot..

    ReplyDelete
  5. alaa cam teringin lah plak tgk kuih nie..tp cam leceh jgk kan nak buatnya..:)

    ReplyDelete
  6. sedapnya... akak suka kuih2 lama camgini.. sedap..!1

    ReplyDelete
  7. suka jugak.. tapi jarang makan. eh macam mana ni?..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^