Assalamualaikum...
Salam hujung minggu semua..Sekejap je dah Sabtu semula.Sabtu ni aku kerja setengahari.Alternate Sabtu aku sekarang.Seminggu kerja Sabtu, seminggu tak.Layankan je kerja hujung minggu ni.Kalau dah ada anak tu,lain sikit kot cerita ye. :)
Okla.Mengenai majlis aku.Semasa Majlis Perkahwinan aku haritu,aku menggunakan khidmat Catering.Aha...yes.No rewang-rewang yer (rewang apa ek bahasa standard yer?tak ingat.hahaha). Aku guna Catering area Batu Pahat atau lebih tepat Ayer Hitam.Rumah tukang masak ni 10minit je daripada rumah aku.
Tanjak Service Catering
Based: Taman Suria Ayer Hitam,Batu Pahat.
Facebook: Tanjak Service & Kanopi
Pengelola: Azrul
Feedback tetamu dan keluarga:
1) Menu Daging masak hitam sangat sedap.
2) Nasi memang peroi.Sedap.
3) Makanan mencukupi.
4) Servis ok.1 hari sebelum majlis tukang masak datang rumah nak survey tempat dengan pesan untuk masak air.
Masa majlis,tinggal sorang kakitangan sampai siap hidang semua dan ada datang tengok-tengok makanan.Dipantau.
Aku dengan Tanjak Service Catering ni memang hanya amik tempahan makanan.Tak amik sekali pelayan tetamu sebab tak nakla pulak menyisihkan orang kampung.Dulu mak kita dengan orang kampung rapat,kenala kekalkan silarurrahim yang terbina.kan?Tu sebab Catering ni tinggal sorang je untuk memantau.
Masalah timbul:
Tersalah komunikasi.Lagi 5hari majlis,aku double confirm menu aku.Ada perubahan yang mana nasi putih tak supply.Dalam perjanjian asal dia nak supply.Petang tu jugak aku pergi direct ke tukang masak.Selamat rumah dekat.Tukang masak bagitahu dia tetap akan masakkan.Settle.
Masa majlis,makanan sampai lambat.Panik.hahaha.Telefon pengelola catering dia suruh tanya tukang masak sebab dia ada majlis kat Johor.Telefon tukang masak dia cakap nak hantar dah.huhu.Lambat setengah jam.Janji pukul 10.30pg tapi datang dekat pukul 11.00pg.Selamat memang mula jemputan pukul 11.00pg.Takut kita tau.hohoho.
Nasihat ikhlas:
Pastikan anda ambil Catering yang berdekatan dengan rumah.Ini bagi memudahkan urusan untuk berbincang face to face dengan pihak Catering.Terutama bila anda bergerak sorang untuk majlis anda! =_='
Pada aku sesiapa area Batu Pahat nak guna khidmat Catering aku recommended Tanjak Service Catering ni.Cuma kena pastikan sentiasa berkomunikasi dengan betul.Masakan Catering ni sedap!!! ;)
Yang penting semuanya berjalan lancar kan :)
ReplyDeleteHye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..berjalan lancar juga kan :0 masa Ros kahwin pun Ros ambil catering. Sebab Ros duduk taman perumahan, memang takdenya nak rewang-rewang.. Kang kita je yang merewang.. hihihi
ReplyDeleteHuhuhu...kalo akak pun cuak tau makanan tak sampai2 on time
ReplyDeletealhamdulillah, majlis ayut berjalan dengan lancar...
ReplyDeletesenang kan katering ni.. tak pening pale dah.. semu siap.. janji kena bincang baik2
ReplyDeletelhamdulillah..seb baik sattle jugak kan ayut..tu yang kite risau tu bile amik katering jejauh..
ReplyDeletebulan5 nnt rumah shida lak sibuk dgn itu ini hehee..
ReplyDeleterewang tu mcm gotong royong la.
ReplyDeletetmpat ciksu guna gotong royong lagi walaupon best tp tu la agak memenatkan .sian org kampung kan
haishh..kecut perut bila baca mkanan lambat sampai...
ReplyDeletetapi apepun semuanya dah berjalan lancar..alhamdulilah. :)
Haaaaa???!!!! Excited2x...alhamdulillah..moga selamat ye shida.ayut doakan utk shida :)
ReplyDeletealhamdulillah kan tiada mslh besar berkaitan ngan jamuan..nasik lambat tuh nak uji tgk ayut gabra mcm mana kot..heheh
ReplyDeletelega.. semuanya berjln dgn lancar..
ReplyDelete