Assalamualaikum...
Sudah semakin dekat Ramdhan akan meninggalkan kita.Sedih pon ada.mmm...Rasa kejap je dah nak penghujung kan.Semua dah sibuk nak buat persiapan Syawal.Tahun ni aku punya mood raya memang ke lautlah.Satu persiapan untuk diri sendiri langsung takde.Bermula dari baju sampaila ke benda paling remeh.Sampai si En B kita tu pon pelik.'Tak nak raya ke?Tak dengar pon pergi beli baju ke hapa...' mmm...Kalau nak dengar ada beli baju meh la bagi support.Masa tu jugak aku beli terus story kat dia.Baru tahu ^^
Banyak kejadian terjadi semasa Ramadhan tahun ni.Aku pon kadang-kadang sampai down to the earth la.Eh?tu bukan maksudnya lain dah ker?hahaha ^^ Dahla,tak payah sedih sangat nada ye ayut!Kadang-kadang Allah nak uji kesabaran kita kan sewaktu Ramadhan.Takkanla semudah ABC kita mengaku kita hamba Allah tanpa diuji.Ye dak? ^^ Kisah dugaan aku bermula daripada dengan kereta MyB.See?MyB again. =.=" Kena mandi air Yassin lagi MyB ni nampaknya.
Ok.Tak payah cerita dah boleh nampak kan apa jadi?Petang tu jugak aku nangis-nangis.Cakap dengan EnB tak payah cite la.Malas nak cakap gan dia petang tu.Walaupun dia tak marah tapi malas nak cakap gan dia dah masa haritu.Aku langgar bucu pagar.Mungkin pagar tu kecik kot.Dah dekat baru sensor bunyi-bunyi.Aku pon.mmmm.Dah langar pon,tak payah bunyi sangatlah sensor! :p Mungkin aku akan kena buat la kereta MyB ni lepas raya.Sabar ea MyB.nanti aku cantikkan ko semula.Sabar tau.lepaskan raya dulu.(kopak aku!) Pengajaran yang aku dapat,jangan nak masuk parking sewaktu orang kerajaan sibuk balik kerja.Memang takkan selamat.Yela,aku kan duduk depan hospital.Sekali diorang balik,kereta tak putus.Aku yang dah langgar pagar ni pon diorang tak bagi jalan.Nak je aku bom kereta sorang-sorang tu.Tapi takpelah,Benda dah jadi pon kan ^^
Keduanya pulak,memang Jabatan Pengangkutan Jalan a.k.a JPJ memang sengaja carik pasal gan aku.hahahaha ^^ Ke aku yang salah ;p Paham-paham jela kan surat cinta kat atas tu.Siap dah tertulias terang-teang apa kesalahan aku.Macamana boleh dia tangkap aku sebab dia kata aku langgar lampu merah.Malas nak cakap banyak,bagi jela.Waktu ni pon memang waktu peak hour.Semua orang sibuk balik kerja dan aku masa ni nak balik ke Ayer Hitam.Tengah-tengah penat nak carik gaduh gan aku,Memang malaslah aku layan.Bagi je terus.
Ketiganya pulak,aku ni nak pergila bayar surat cinta yang aku dapat tu.Aku pergi la bagi nombor kereta semua.Sekali pergi periksa.Woiiii...ada tiga saman beb kereta MyB.Tepuk dahi aku kat situ jugak.Apehal ada 3 samapi ni??!!Emosi aku memang terganggu la waktu tu.Memang dugaan sungguhla aku rasa.
Semua duit.Aku rasa macam 'Ya Allah,limpah ruahkan rezeki buat aku atas segala dugaan yang Engkau berikan.' Mood aku ni sampai terbawa-bawa ke raya.Hilang semua apa yang sepatutnya aku buat waktu raya.Memang tak fikir diri sendiri dah raya ni.Fikir rumah,fikir orang lain,fikir kahwin je.Mungkin ada cakap tak la banyak mana kan?Tapi pada aku emosi aku sangat terganggu dengan apa yang terjadi.Hilang kesabaran memang meletop la kau jawab yer. ^^
Bila jadi macamni aku mesti teringat perkara-perkara jahat yang aku pernah buat.Mungkin Allah bayar 'cash' kat aku.Allah itu kan Maha Adil. ^^