Anugerah Juara Lagu ke 27

Assalamualaikum...


Lagi 3 hari buat semua penggemar muzik tanahair pastinya menantikan kemunculan Anugerah Juara Lagu ke 27 kan?Aku kat rumah takde TV + internet.Kesimpulannya?Tunggu berita keluar esoknya.hihihi.Majlis Anugerah ini akan berlangsung pada 6 Januari 2013 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil (dekat dah ni) pada jam tepat 9.00 malam (takpelah..lupakan nak pergi).





Terdapat 12 lagu yang dipertandingkan pada malam tersebut. Lagu-lagu yang dipertandingkan:

1. Terukir di Bintang - Yuna
2. Ombak Rindu - Hafiz & Adira
3. Tanpamu - Amir Jahari
4. Anak Kampung - One Nation Emcees & Jimmy Palikat
5. Idola - Azlan & The Typewritter
6. Pelangi Senja - Stacy
7. Teman Pengganti - Black & Malique
8. Ku Akui - Hafiz Shuip
9. Simetri - Hazama & Amy Search
10. Andaiku Bercinta Lagi - Mojo
11. Patah Seribu - Shila Amzah
12. Lagu - Bedroom Sanctuary


Dalam banyak-banyak tu aku agak yang boleh dapat Terukir di Bintang dengan Patah Seribu.Lagu dia menarik perhatian.Tapi dalam pertandingan ni kadang-kadang tidak dapat di jangka keputusan juri.Ye dak?Siapalah yang bakal gantikan Yuna untuk nyanyi lagu Terukir di Bintang nanti kan.Yuna terpaksa menarik diri kerana komitmen pada penerbitan album terbarunya di LA.Terpaksalah lagu bertanding tanpa tuan.hihihi.Esok keputusan untuk pengganti Yuna akan keluar.Kita nantikan pembawa lagu ni yer....


Jadinya, kepada peminat muzik tanah air,jangan ketinggalan untuk menyaksikan Siaran Langsung di TV3 dan kalau rajin bolehlah tengok live di Stadium Putra Bukit Jalil.


kredit: TV3








23 comments :

  1. mmg dok tunggu je ble AJL nie..tak sbr..hee~~ patah seribu. :)

    ReplyDelete
  2. x sabarrrr nk tggu AJL hihih
    anywy ayut hpy new yearrrrrrrrr yeyy!

    ReplyDelete
  3. Kna save date ni...lagu ombak rindu tercalon jgk...best2...hrp2 lagu tu menang nnti....

    ReplyDelete
  4. suka lagu hafiz, ku akui tu
    pastu lagu Mojo dan Black

    ReplyDelete
  5. teringin nak pi...tapi takde ticket.......

    ReplyDelete
  6. kalau ikut sejarah lagu yg dinyanyikan org lain susah nak menang...

    tapi rasanya tv3 akan ikut apa yg penonton mahukan, iaitu lagu Shila Amzah utk menang...

    kalau secara peribadi, sy suka lagu audi mok, azlan dgn hazama dan amy tu...tapi harapan utk beliau menang adalah tipis dalam muzik2...

    ReplyDelete
  7. tak sabar nak tahu siapa juaranya...

    ReplyDelete
  8. ohh yuna takde ke. baru tau. ala mesti x best sape yg ganti dy nanti.

    ReplyDelete
  9. Dulu memangt selalu tertunggu2 AJL ni.. Skang ni macam endah tak endah je.. Huhu~~

    ReplyDelete
  10. ermm..shila hamzah berpontensi juara malam tu...

    ReplyDelete
  11. xpe la... tengok kat rumah pun best apa :)

    ReplyDelete
  12. nasib baik ayut senaraikan dkt sini, akak xtau pun lagu apa yg masuk lol

    ReplyDelete
  13. emm tak dapat nak tengok..takde tv gak..huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^