Assalamualaikum...
Setiap ceruk aku pergi mesti ada cerita pasal kekejaman zionis terhadap penduduk Gaza di Palestine.Aku mencari-cari punca utama segala ini bermula.Bagaimanakah pencabulan hak asasi ini tercetus sehingga saat ini beribu-ribu telah terkorban.Sehingga saat ini terlampau ramai wanita dan kanak-kanak tidak berdosa menjadi mangsa.
Menyingkap mengenai bermulanya kekejaman zionis di bumi Palestine sebenarnya bukan pendek rentetan sejarahnya.Aku membaca.Aku terkesima dengan apa yang telah berlaku selama sejarah ini bermula.Kejam.Aku yang tidak berada di dalam suasana kekejaman zionis tetap merasa takut, inikan pula saudara kita yang berada di tempat kejadian.PrayForGaza!
Rentetan sejarah tercipta bermula 28 September 2000.Memikirkan bahawa Gaza adalah kubu kuat bagi kepimpinan HAMAS,rejim zionis mengisytiharkan untuk melakukan sekatan.Pergolakan FATAH (Mahmoud Abbas-dilihat banyak bersekongkol dengan zionis) dan HAMAS (pimpinan yang memperjuangkan hak Palestine) serta campur tangan negara seangkatan zionis telah mencetuskan pelbagai rancangan dan tindakan bagi menjatuhkan dan menghapuskan kerajaan HAMAS yang telah dipilih oleh Rakyat Palestine bagi mempertahankan hak serta mengembalikan tanah air mereka.Hak Mereka!
Kenapa FATAH-HAMAS? Pengiktirafan FATAH terhadap Israel dan HAMAS pula sama sekali tidak mengiktiraf kewujudan Israel.Fahami Mengapa!
Awal 2008 bermulalah segala serangan berdarah.Dengan rancangan yang direncana,tercetuslah rentetan peristiwa dengan melibatkan ramai orang yang tidak bersalah terkorban dan ramainya kehilangan ahli keluarga,tempat tinggal,makanan dan segala keperluan sehingga kini serangan besar-besaran terhadap Gaza.PrayForGaza!
Mungkin ada lagi informasi yang lebih tepat.Namun pada aku,aku mulai faham bagaimana ini semua bermula.Sebenarnya memang inilah yang zionis mahukan.Setelah dendam dan kuasa yang diinginkan tersimpan sekian lama.Keinginan membina "Haikal Sulaiman" di runtuhan Masjid Al-Aqsa dan membina pusat pimpinan zionis antarabangsa adalah yang seterusnya.Gaza adalah permulaan bagi mereka.Ya Allah, Selamatkanlah Bumi Palestine!
Kenyataan.Serangan berdarah sedang melanda di Bumi Gaza.Fakta.Mereka adalah saudara-saudara kita.Sedih.Doalah senjata kami buat saudara-saudara di sana.Kekuatan.Memohon perlindungan Allah buat saudarasaudara seagama kita di sana.Amin.
Walaupun informasi yang ada adalah isu lama,namun di situlah wujudnya pemahaman kenapa ini semua terjadi.Wujudnya pemahaman, apakah sebenarnya yang diperjuangkan.Fahami bukan mengadili.
p/s: Blog ni ada UPDATE mengenai Serangan Di Gaza.
bila semua ni nk berakhir :-(
ReplyDeletedoakan saje ye !
ReplyDeletesgt2 sedih...smpi x snggup tgk pic2 yg di upload
ReplyDeleteAmin.Semoga cepat semuanya berakhir.Sedih tengok kanak2 terkulai kena bom.Cuma mampu berdoa je.
ReplyDeletesedih le ayut.. negara2 islam di sekitar yang gah dan kaya langsung tutup mata dan takut nak membantu .. spt egypt, saudi arabia, turki, syria (dari bunuh membunuh sesama islam baik dtg palestin membantu) takut kena banned ngan amerika dan di kenakan sekatan ekonomi....
ReplyDeleteInfo yg baik ..
ReplyDeleteSemoga Allah lindungi mereka (Gaza)
israel nak semua tanah palestin tu....skang gaza dah jadi mcm pulau...kalau tgk kat google map sedih je...mcm terkepung...tu pasal israel teruskan buat setinggan nak kecikkan lg gaza...
ReplyDeletepray for Gaza,
ReplyDeletesetiap saat ade jea update sal gaza kat update.makin kerap lak diorg serang gaza :(
kerana dendam bila umat islam bersatu padu salah satu faktor zionis terus membedil serangan demi serangan.. kita sebagai seagama hanya mampu berdoa supaya Allah lindungi mereka di bumi Gaza! berikan keajaiban buat mereka Ya Allah.. Amin..
ReplyDeleteisrael ttp musuh utama islam ..kaum yg benci pada islam seperti yg tercatat dlm quran.. namun akan tiba 'janji akhir' untuk isreal ini ..inshaallah
ReplyDelete2 thun lepas klau tak silap kt kolej sy ni ada buat program yg bertemakan Save Palestine.. diorg jemput Aman Palestine buka booth pameran.. pastu diorg panggil satu family dr Palestine, student rasanya.. cerita ttg keadaan di sana.. sgt menyedihkan.. huhu..
ReplyDeletesaya pun sdg membaca buku mengenai Yahudi ni. bagaimana bermulanya kerajaan haram Israel di Palestin. Bila tau asal cerita, baru mudah faham dan isu ni jd lebih dekat di hati.
ReplyDeleteRealitinya, Palestin dah berpuluh tahun bermandi darah dlm usaha mempertahankan tanahair dan Masjidil Aqsa.
doakan semoga mereka semua dilindungi
ReplyDeleterancangan zionis begitu licik.. smoga umat Islam palestin dlm lindunganNya sentiasa.. aamiin...
ReplyDelete