Peperiksaan dan Penerang Hati..

Assalamualaikum...


[google]

Hahaha..jangan buat macam gamabar kat atas tu yer.Tulisan jawi hanya untuk kertas Agama Islam tau.Tu pon kalau nak (betul tak?).Nak praktik buat tulisan jawi pon biarlah kena tempat.Salah tempat lain jadinya.hihihi.



Sekarang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih berjalan kan?Buat semua calon-calon SPM,teruskan usaha anda untuk masa depan.Jangan pernah putus asa.

Apa agaknya yang selalu kita buat bila hadapi peperiksaan?Nak buat macam mana agaknya periksa ni.Taku nak periksa memang jangan cakap la.Lagi-lagi SPM kan.Kat sini tiga je nak bagitau kat semua yang mengambil peperiksaan yang patut dilakukan bila hadapi peperiksaan.Tidak kirala peperiksaan akhir tahun (ada lagi ke?),SPM,STPM,Final exam,Test ke dan apa-apa yang menjawab soalanlah yang lagi-lagi korang ada banyak paper nak kena hadapi.


1) Dah siap 1 hari tu,terus campak buku subjek hari tu dalam almari.

Kenapa? Sebab nak menggelakkan korang semua rasa kecewa.Benda dah lepas tak payah fikir.Tunggu je keputusan nanti ea.Tak payah nak selak-selak lagi ok cari jawapan.Kalau boleh kertas periksa tu pon campak sekali.hihihi.Tips yang ni aku memang buat.Berkesan untuk mengelakkan diri hilang fokus.

2) Bertenang dan Banyakkan berdoa/baca ayat-ayat Quran.

Kenapa? Sebab kalau korang gigil dalam dewan nanti nak pegang pensil pon dah tak mampu ok.Korang kan dah belajar.Sekarang masa korang nak kuarkan je segala ilmu yang ada.Bacalah segala ayat yang korang ingat/terlintas.Ni gambar bawah ni ayat penerang hati ok.Mudah-mudahan senang nak jawab periksa.Tips ni memang patut dibuat ok.

[google]

3) Jangan biarkan kertas kosong.

Kenapa? Sebab itu adalah lebih baik.Tips ni aku lebihkan untuk pelajar-pelajar Universiti.Aku kalau tak tahu sangat memang aku taram je apa yang aku ingat masa aku belajar/ulangkaji.Rugi kot tak kuarkan ilmu yang korang dah baca tu.Penat tau nak simpan lama-lama.Baik korang penuhkan je kertas tu.


Ha..cukup dah.
Apa pon buatlah yang sehabis baik.Berusaha!
All the best buat semua!
^_____^



p/s: Lama gak kot tak baca ayat penerang hati..Last Form 5,2005.Cane tu?Patut sekarang nak menghafal payah bebenor.huhu.Jom amalkan.










17 comments :

  1. gud luck buat semua candidate spm.. anak sedara akak hr ni last paper

    ReplyDelete
  2. bagus tips tuh..kalau akak tambah, masa minggu exam tuh, rajin2lah buat solat sunnat..mintak2 doa..juga slps exam

    ReplyDelete
  3. pesanan terbaik. nasib baik dh ambik spm dulu :)

    ReplyDelete
  4. sblm baca al quran hari2, boleh amalkan jgk doa penerang hati tue..

    ReplyDelete
  5. tips ke-3 tu sgt setuju...rugi biar kertas jawapan tu kosong...taram je..huhu :)

    nice entri (",)

    ReplyDelete
  6. teringat masa ambil spm masaa zaman dolo2..

    ReplyDelete
  7. kan...mmg da lame tglkn ayt tu....tringat zmn seklh suke bce kuat2 doa tu..hihi

    ReplyDelete
  8. dulu mak sellau ingatkan suh baca doa penerang hati ni

    ReplyDelete
  9. dah lama tak exam last pergi KPSL april 2011

    ReplyDelete
  10. bleh la panggil kak ayut plak lepas ni.. hehe.. =P

    ReplyDelete
  11. kene ingat nasihat tu dik...baca penerang hati...agar mudah laluannya nanti.....

    ReplyDelete
  12. betul tu...jgn biarkan kertas jawapan kosong kalau tak tau...sebab yg cek ni manusia jadi ada peluang lg utk markah kesian...

    ReplyDelete
  13. teringat final exam kat uni, doa penerang hati lah sebelum bukak paper soklan. rindu pulak nak exam2 ni. hihi gedik tetiba..

    ReplyDelete
  14. iya jijah suka tips nombor 1.. kita selalu macam tu bila habis exem nak buka buku balik tengok jawapan.. bila salah mulalah kecewa.. so better simpan buku dlm almari..hahaha

    ReplyDelete
  15. ayut, sy pun buat macam ayut buat tu...
    tulis aje apa yang kita baca dan ingat... jangan biar kertas kosong...
    sy memang akan karang ayat sendirilah untuk hentam...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^