Kecemerlangan yang tertangguh!

Assalamualaikum...


Alhamdulillah akhirnya hari ini semua calon-calon UPSR 2012 telah mengambil keputusan peperiksaan mereka.TAHNIAH kepada mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 5A dan kepada yang tidak mendapat 5A jangan terlalu bersedih.Itu adalah kecemerlangan yang tertangguh!

UPSR 5A [google]

Teringat kisah dulu,sewaktu diri ini mengambil keputusan dan melihat kertas slip keputusan peperiksaan....hanya satu perasaan..Nostalgik!

Aku juga ada anak sedara yang mengambil keputusan UPSR hari ini,Qistina.Seorang perempuan yang dipanggil Eby.Kuat bermain Facebook.Pantang kena tegur.hahaha.Bukan nak mengaibkan tetapi adalah satu kenyataan.Dengan nada yang sederhana aku bertanyakan keputusan dia.Dia memberitahu yang dia dapat 2A 3B.Aku terus mengatakan Tahniah kepadanya.Dia gelak.Dia bersuara.Macam tu pon boleh ke cik?Aku nyatakan.Sepatutnya tidak tapi itulah usaha Eby dan itulah keputusannya.



!!TAHNIAH!!



Satu ungkapan yang bukan hanya diungkap bila mencipta sebuah kejayaan.Kadang-kadang ucapan itu tanpa sedar telah memberikan semangat kepada sesiapa yang mendengar.Bukan menipu mereka untuk berasa gembira tapi sekadar mahu memberi sokongan atas setiap apa yang telah mereka lakukan.Aku yakin.Kerana aku juga pernah merasa.Memang benar 5A pastinya mereka berbangga.Namun bukan hanya hari ini sahaja penentuan sesebuah kejayaan.Budak-budak sekarang tidak sama seperti kanak-kanak dahulu.Lebih banyak lagi ilmu yang mereka pelajari sebenarnya secara tidak langsung bagi seseorang yang berfikir.Kecemerlangan yang tertangguh itu pasti berbayar satu hari nanti.Pasti.

Siapa kita untuk tidak pernah merasa sedih.Biarlah kesedihan itu berpada.Setiap keputusan adalah apa yang telah kamu usahakan.Jangan mengharap 'Flying colors' tapi usaha Colors Flying (tiada arah dan tujuan).Patutkah?!Jangan salahkan sesiapa,tapi lihat cermin pandang diri.Salah Sendiri!Apa yang pasti itulah keputusannya.Termaktub hanya atas kertas.Kenyataan.Namun,apakah yang termaktub dalam kehidupan sebenarnya.Rahsia.Hanya Allah sebaik perancang.Usaha.



Kepada calon UPSR yang telah berjaya dengan keputusan masing-masing.Teruskanlah berusahalah.Have another 5 years to go!




17 comments :

  1. tahniah..kena suruh dia usaha lagi lain kali

    ReplyDelete
  2. mm..betul. apa juga keputusan yg dapat adalah rezeki masing2.. tahniah juga kat dia.. ;)

    ReplyDelete
  3. tadi masa tunggu anak balik sekolah..ternampak pasangan ni..dah nampak dah bayang2 anaknya dlm kereta..ni mesti baru balik dr sekolah ambil keputusan upsr..dia pun tunggu anaknya juga tgh ambil exam spm.bila keluar aje anak yg hendak di jemputnya tadi..dgn senyum penuh bangga menunjukan lima jari.faham tak salah jangkaan saya si adik dpt lima A..Saya pun tumpang seronok tengok..patutlah senyum aje dr tadi..maknya pun tunjuklah kertas keputusan upsr..

    teringat masa anak2 kak mengambil keputusan upsr..macam tulah seronoknya..

    panjang pulak bebelan kak ye..

    ReplyDelete
  4. Xpe...mmg kecemerlangan trtangguh sbb upsr ni bkn penentu lg...yg penting masa spm nnti..

    Bak kata pkcik sy,"alah..pkcik dlu xdpt 5a pn,duk pn klas ujung,leh je msk u"...hehe..btl jgk kn...

    ReplyDelete
  5. betul tu... tahniah sebab dia dah buat yg terbaik....

    ReplyDelete
  6. sendiri yg jawab exam sendiri yg tahu resultnya kelak..hehe

    ape2 pon masih panjang lagi masa.. berusaha lagi yer..

    ReplyDelete
  7. adik sy pun lebih kurang je mcm tu.. main games memanjang, tgk kartun.. kite tegur dia melenting.. hmmm.. alhamdulillah, dpt juga 3A...

    ReplyDelete
  8. @Knor tu la..tgk2x bdk ni amek result..tkenang kisah lalu :)

    ReplyDelete
  9. @izzah yup btul..tp biasalah bdk2x mmg kena bg smgt slalu :)

    ReplyDelete
  10. tahniah...xpe...lpas nih kena usaha lbih kuat lg

    ReplyDelete
  11. tahniah tuk yg berjaya. yang tak berjaya pun tak yah risau. upsr bukan penentu kejayaan .kena usaha utk yg akan dtg nnt

    ReplyDelete
  12. takpe kan..lepas upsr macam2 lagi nak tempuh, pejalanan jauhhhh lagi. kann kannn ? hikhik

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah..
    lpas ni kene kurangkan fb ler..

    ada lagi ;D

    ReplyDelete
  14. eh, sepupu kak ina pun ada ambik upsr, lupa nak tanya... adehhh

    ReplyDelete
  15. student shida 3orang 5A 2orang 7A alhamdllah :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^