Ciri-Ciri Suami Yang Baik

Assalamualaikum...


[google]


Bila membuat keputusan berumahtangga, pastinya sebagai seorang perempuan mengidamkan ciri-ciri suami yang dapat membimbing kita dunia akhirat.Ciri-ciri suami yang baik pastinya membolehkan hati seorang isteri itu menjadi tenang dan bahagia bila berada di sisinya.

Kat sini aku nak kongsikanlah sedikit Ciri-ciri suami yang terbaik menurut Ustaz Azhar Idrus

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. Honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehem. Ramainya kawan laki kat opis. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam, tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain.
Kalau dia banyak bercakap pun takdelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Pergi ke masjid, paling kurang pun dalam sehari tu 2 kali pada waktu Maghrib dan Isyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)
16. Jenis senyum sokmo.



Yang last tu paling aku suka.Senyum itu boleh jadi ubat paling bagus tau.Cubalah praktikkan.Mesti segala masalah dapat diselesaikan bila kita boleh hadapinya dengan sebuah ketenangan.Sebagai seorang ketua keluarga ciri-ciri suami yang inilah paling utama.Jadi senyum selalu!
^____^








27 comments :

  1. wah banyak tul cirinya kan..susah jgk nak dpt yg sempurna namun alhamdulillah apa yg ada dah cukup sempurna sbg imam dlm keluarga..lg 1 yut, jgnlah kita ingat blh ubah lelaki ngan mudah lps kawen, pilihlah yg dah ade ciri2 baik tu drp cuba bersusah pyh kemudian hari yg blom tentu berjaya..:)

    ReplyDelete
  2. plus ag satu, yg selalu ringan tulang bantu isteri..kalo ada yg ini memg bagus

    ReplyDelete
  3. moga bakal suami yui ada ciri2 mcm ni.. terutama part senyum..comei..

    ReplyDelete
  4. @ummuaidan baik kak...ayut ingt pesan akak.ayut tgk lelaki skrg nk tau bek tak based on mcmne dia dgn family :)

    ReplyDelete
  5. wahhh..bnyknya ciri2. moga apa yg kita hajati dari bakal/suami kita akan dimakbulkan Allah SWT :D

    ReplyDelete
  6. terbaik lah ustaz azhar idrus..:)

    ReplyDelete
  7. pergh..byk ciri tu..huhu..insya-Allah smuge berhasil bertemu..hihi

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah :) harap2 ciri2 yg ada tu kekal sampai hujung nyawa kan :) suka sungguh baca,sampai senyum sorg2 akak kat sini kehkeh!

    ReplyDelete
  9. kalau tengok pada ciri2 yang UAI bagi nie tak berat sangat kan.. maksud aida sederhana dalam semua segi.. In Shaa Allah kalau ada rezeki dapat calon macam nie memang kurung terus.. hehe :P

    ReplyDelete
  10. Yang penting saling menerima setiap kekurangan dan kelebihan pasangan :D

    ReplyDelete
  11. harap-harap jumpa bakal suami macam nii.. hihi ouh yaa., tengok yang nii..

    http://lissa-lissalalissa.blogspot.com/2012/11/special-blog-review-3.html

    ReplyDelete
  12. Betul la tu..realistik.
    Kalo takde keta susah jugak zaman skrg ni.

    ReplyDelete
  13. byknye...yg penting saling ikhlas dan menyayangi antara satu sama lain dan dpt terima kekurangan masing2

    ReplyDelete
  14. @Aida Omar hihihi..mau kurung trus..adehhh.. :D

    ReplyDelete
  15. @Nursaila Norman msati teringat kat en gaban kan?hahahaha :p

    ReplyDelete
  16. ciri-ciri suami yang memang terbaik ni..
    moga2 ada pada bakal imamku.. :)

    ReplyDelete
  17. tp yg paling penting suami yg mampu bimbing kite dlm semua perkara.. =)

    *tu kalau sy lah.. hehe..

    ReplyDelete
  18. pesanan dituju buat encik tunang ayut..sekian :P


    ReplyDelete
  19. ingin buat yg terbaik....... sebagai suami...insyaAllah.....

    ReplyDelete
  20. byk ciri2nya.. tp mesti xdpt yg betul2 perfect kan..moga2 dapat suami yang boleh bimbing kita, syukur alhamdulillah ;)

    ReplyDelete
  21. terbaiklah.. sokong semua kata2 UIA ni! yang penting dapat terima kekurangan n kelebihan masing2.. baru bahagia rumahtangga :)

    ReplyDelete
  22. semuany trbaik.y utama selalu la berbalik pd niat tujuan asal perkahwinan n slalu mminta kekuatan dari Nya.InshaAllah

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^