Assalamualaikum...
Berita lanjut: KOSMO Online!
p/s: korang mampu tak 11 tahun?hohoho....BAM kenalah carik pelapis dengan segera pasni.. ^__^
Pagi ni dengar HOT FM topik Hot Chat diorang 'Cerita sebelum Kahwin'.
Siapa dengar mesti korang dapat dengar macam-macam cerita kan.
Ada kejap je kenal,dah boleh kahwin.
Ada lame kenal,baru boleh kawen.
Macam-macam.
Jadinya kat sini,
kisah Datuk Lee Chong Wei dan kekasih hatinya Wong Mew Choo memang happy ending la.
11 tahun kekasih hati menanti penuh sabar akhirnya mereka akan berkahwin pada bulan November nanti.
Tahniah buat mereka.
Tamatlah sebuah penantian.
^__^
Jaguh badminton China atau lebih mesra musuh utama, Lin Dan pon dah kahwin.
Sekarang giliran mereka pulak.
Semoga berbahagia selamanya buat mereka.
Jangan sia-siakan segala penantian yang telah dilakukan!
SELEPAS 11 tahun jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berpacaran dengan Wong Mew Choo, akhirnya kedua-dua pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan pada November depan.
Begitupun, tarikh rasmi perkahwinan tersebut masih belum dimaklumkan memandangkan Chong Wei masih berada di Odense dan baru mengakhiri misinya pada Kejohanan Badminton Siri Super Primer Terbuka Denmark kelmarin dengan muncul juara.
Sebaliknya, abang Chong Wei, Lee Chong Hoon sekadar memberitahu, majlis resepsi bagi meraikan perkahwinan tersebut akan diadakan selama dua hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 dan 10 November depan.
“Tarikh (pendaftaran perkahwinan) dan tempat perkahwinan tersebut akan dimaklumkan sendiri oleh Datuk Lee Chong Wei dan Mew Choo pada sidang akhbar akan datang,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat syarikat Chong Wei Binajaya Sdn. Bhd. di Bandar Puteri, Puchong semalam.
Chong Hoon yang mengakui gembira dengan keputusan adiknya untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini berkata, seluruh ahli keluarganya tidak sabar menunggu majlis gilang-gemilang tersebut.
“Ibu saya sangat gembira dan seluruh keluarga juga gembira dengan perkahwinan ini kerana setelah sekian lama mereka akan disatukan.
“Walaupun kami hanya ada masa selama 43 hari untuk membantu persediaan majlis perkahwinan ini tetapi kami akan cuba untuk melangsungkannya dengan sempurna.
Berita lanjut: KOSMO Online!
p/s: korang mampu tak 11 tahun?hohoho....BAM kenalah carik pelapis dengan segera pasni.. ^__^
fuhh..11 tahun tu kan..memang sangat lama...apa pun happy untuk mereka..:)
ReplyDeleteabis kuat 8 tahun ja..hahaha..tahniah!!..org kg ni...>_<
ReplyDeletetahniah buat mereka berdua ye
ReplyDeleteorg cina kebanyakan nya bercinta lama2 sbb nk kumpul duit,harta..biasa la tu :)) akak yg 6thn ni pun dh rasa xsabar2nya..hahaha..
ReplyDeletepape pun semoga diorg terus success,wedding diorg sm dgn akak la ayut heeee :D
Sweet kan dorang nie. Yang menariknya, lindan dan Chong wei kedua-duanya berkahwin dengan pemain badminton negara masing2.
ReplyDelete11 tahun tu..
ReplyDeletetahniah buat mereka berdua.. :)
lamakan.. tbah sgguh mereka..
ReplyDeletealaa ..kalau dah jodoh sebenarnya takler mengambil ms yg lama sgt...apa ditnggu....
ReplyDeletetahniah utk mereka..lama jugak kan diorang berkawan...11 tahun....
ReplyDelete@Cik Saila hahaha...nnt smbut anniversary leh skali gan Chong Wei kak... ;)
ReplyDelete@hazwan hairy tu dia pemgakuan Hairy..kehkehekeh.. :p
ReplyDeleteBila dah sibuk mcm LCW, 11 thn mungkin tak terasa sgt.
ReplyDeleteBtw..tahniah utk mereka.
lamanya tue..jujur btl diorg
ReplyDeletetahniah untuk mereka berdua
ReplyDelete@Ujie haah..btul jgk tu ujie..tp LCW yg cbuk..kekasihnya takla sbuk mne..hihi..seksa gak tunggu.,.
ReplyDeleteWaw lamanya 11 tahun tue . Bersatu jugak akhirnya . Jodoh kan :D
ReplyDelete11 tahun lama tu...semoga mereka berbahagia
ReplyDeletemang lama lah...kita setia hingga ke akhirnya la...
ReplyDeleteperghh..lama tp xleh lawan kak shida lbh 11 tahun..tp xsmpai lg seru dorg nk dsatukan huhu..
ReplyDelete@shidaR wahhhhhhh...lg lame ke.mudah-mudahan akak shida pon cepat-cepat disatukn... :)
ReplyDeletefuhh,,11thn..lama tu...eca 11bulan belum tentu dpt..apa lagi 11hari.cepat bosan...haahaahaa..
ReplyDeleteso,elakkan bosan...jrg berhubung je dgn dia....PJJ la katakan.
insyallah ayut kalo ade jodoh huhuhu^^
ReplyDeletehoho mmg tak la kot. eh nk mampu apa nya smpai skng takde sesape pn. muahaha.
ReplyDeletejijah 10tahun! hehe Alhamdulilah kalau dah jodoh memang bersama hingga akhirnya.. ayut mampu tapi banyakkan bersabar,bertoleransi, n berkorban..
ReplyDeletetahniah Datuk n pasangan!
xtaulah.. macam tak mampu. baek kawen... hehe.. apepun tahniah buat mereka.. selesai sudah wedding of the year tahun ini. hehe~
ReplyDelete