Assalamualaikum...
Hujung minggu yang sangat penat.Bangun seawal 5.30 pagi.Menanti lebih kurang setengah jam.Berjalan sejauh lebih 5km.Cukup penat rupanya.hahaha.Aku pergi Bukit Cahaya Shah Alam.Kat situ ada nama tempat dia Bukit Cerakah.Ala-ala Taman Pertanian gitu.Hutan yang dikomersilkan menjadi tempat beriadah.Hutan ke?Lebih kuranglah..hihi :p
Aku pergi dengan member-member ex-U membuat planning untuk beriadah.Memang beriadah sangat dah kitorang hujung minggu tu.Planning ye kitorang memang nak kuar awal.Then ingat dalam 4 orang pompuan yang pergi ye.Last-last peginya 3 orang pompuan 6 lelaki.Pastu baik-baik dah siap pkul 6.30 pagi,budak ni boleh amek pukul 7.10 pagi.Sabar jela.
Okla.Layankan jela kan sebab memang dah lama gak aku tak menjoinkan diri dalam perjumpaan dengan member ex-U ni.Memulakan perjalanan dengan bersarapan di Restoran Kayu, seksyen 7 Shah Alam (kedai mamak ok).Dekat sini lepak-lepak tunggu yang lain ada la jugak dalam another sejam.Sorang-sorang datang.Aku pon sepanjang tunggu sikit-sikit telan roti canai(sebenarnya tak minat sangat makan mamak).Tak jumpe plak kat google.Tapi areanya depan KFC dan Pizza Hut.Pastu dekat je dengan UiTM tu.Pastu ada pulak member sorang ni tak sampai-sampai.Kitorang pon jalan jela dulu sebab dia sendiri cakap suruh jalan dulu.Kitorang pon jalanla.hehehe.Tak baik tau lambat-lambat bila dah berjanji :p
Akhirnya sampai!Parking Free.Nak masuk je kena bayar.Dewasa RM6.00 sebab nak masuk untuk Rumah 4 iklim sekali.Kalau tak Dewasa RM3.00 je.Kanak-kanak RM 2.00 kalau tak salah.Dalam ni korang boleh choose.Nak sewa basikal, naik bas atau jalan kaki.Tempat ni Isnin tutup.So,pergilah sini selain dari hari Isnin.
Korang nak tau tak.Punya la adventure ye kitorang ni kan,boleh pulak budak-budak ni amek pilihan terakhir tu, Jalan Kaki!.Amek..sekali jalan memang best.Excited tahap gunung punyela kan.Aku pon excited la kan.Masih pagi lagipon.Pergi memang terbaik lah.Jalan punye jalan punye jalan.Dalam hati cakap dah "berapa jauh tampat ni sebenarnya?"Sampai hujung kot jalan.Gile terbaik engineer-engineer sekalian ni.hahaha.Tapi time nak patah balik,menangis!hahahaha.Dah la yang 1st jalan tu kitorang salah laluan kalau ikutkan.Memang menanges tak berlagu.Time balik separuh jalan tahan bas yang lalu.So,kitorang naik bas baliknya utk 1st laluan.Bijak-bijak! :)
Seterusnya punyalah tak puas ati budak-budak ni kan, nak jugak g carik mane umah 4 iklim ye ni.hahaha.Engineer never give up!walaupun dah menanges tak berlagu kan tadi :p Then, pergilah ke 2nd laluan.Yang ni kitorang tak mau amek risiko dah.Baik pergi naik bas jeperginya.Fine.Keputusan bersama telah dicapai maka beramai-ramailah naik bas.Akhirnya jumpa lah jalan yang sebenar.Tapi baliknya kitorang jalan beramai-ramai kerana maslah yang tak dapat dielakkan.Memang kitorang sangat beriadah!hahaha.
Nak tahu apa ada kat 1st laluan dengan 2nd laluan?Nanti buat entry lagi sekali la..hihi..
Untuk entry ni aku tepek dulu gambar-gambar dari google ea.Untuk gambar sendiri aku buat entry lain.hahaha.Motif sangat aku kan.Saje je... ^^
Hujung minggu korang ok ke?
Watpe ek?
Cer bagitau cikit..
wah2..beshnya jln2..
ReplyDeletetempat ni nampak cantik.. gambar last tu nampak bestnya... :-)
ReplyDeletepemndangan cantik! hijau jer.. nak pegi jugak..ngeee
ReplyDelete