Pesanan untuk Jodohku

Assalamualaikum...


Sungguh aku mengerti jodoh itu memang telah ditetapkan.Aku juga mengetahui tanpa usaha jua dan tawakkal,pasti jodoh takkan bertemu.Jangan pernah mencari yang terlalu sempurna.Apa yang perlu tahu carilah yang sedia menerima.Kelebihan dan kekurangan diri kerana memang tiada yang sempurna.




Seandainya ketika ini masih dalam pencarian,carilah calon:
seorang ibu/ayah buat anak-anak yang akan lahir kelak.

Dan bila telah ditemui,melamarlah dia:

dengan memintalah kepada Allah melalui orang tua/wali si dia.Kerana meminta hanya kepada Allah kalian akan redha atas segala kemungkinan.

Persetujuan diperolehi dengan pertolongan Allah,bernikahlah:

bukan bernikah di hadapan imam/penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah.


Sesudah perjanjian termetrai,hebahkanlah pernikahan:
catat dan hitunglah tetamu yang hadir kerana mereka mendoakan kalian.Sekali kalian terfikir untuk Bercerai,kalian harus mengundang dan meminta maaf kepada mereka kerana mensia-siakan doa yang diberi.





Akhirnya kalian telah bersama:

Bersabar serta bersyukurlah segala nikmat yang telah Allah berikan kerana kalian hanyalah sepasang anak manusia bukan sepasang malaikat.



Benar.
Tangungjawab kalian besar.


“Apabila seseorang itu telah berkahwin,sesungguhnya isterinya itu telah membantu menegakkan separuh agamanya,maka bertaqwalah kepada Allah pada yang separuh lagi”.
[Hadis Riwayat Tibrani]


Kerana terbinanya 'masjid' kalian.
telah sempurnalah sebahagian iman.
Insya Allah.


"Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui."
[Surah al-Nur, ayat 32]



Namun percayalah
pasti akan timbulnya rezeki buat kalian!











Bisikan:
Tengah mencari kekuatan buat diri!
Ya Allah,kuatkanlah hati dan iman kami dalam mencari redhaMu.amin

9 comments :

  1. InsyaAllah..dengan berkawin sebahagian imanmu telah terlaksana :)

    ReplyDelete
  2. @azizah :) ada mcm rse agak risau & tkut la dear..huhuhu..cane ni?oh tidak...

    ReplyDelete
  3. insyaALLAH,moga sama2 mendapat jodoh yangb baik

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah.. moga bertemu jodoh yg sesuai.. :-)

    ReplyDelete
  5. hehe.. bila berbicara tentang jodoh, rasa mcm takut nk kawen :D tanggujawab y besar :D

    ReplyDelete
  6. Semoga sentiasa tabah ! Ingatlah Allah sentiasa ada dekat dengan kita . Mintalah apa saja, InsyaALLAH dia bagi kalau kita terus berusaha dan berusaha :)

    ReplyDelete
  7. smoga si solehah ketemu si soleh ^^

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^