Selamat Hari Ibu..!

Assalamualaikum...

Ujung minggu ni minggu kedua bulan Mei.Maknanya hari ahad tu adalah Hari Ibu untuk semua ibu-ibu di dunia.Wahhhh..sangat best kalau dapat bersama family kan time ni...Sempena nak sambut hari ibu ni nak la jugak buat entry hari ibu gitu..hahahaha..ok fine!Biarlah aku nak buat pon :p  Disamping bersuka ria,jangan lupakan ibubapa kat umah tu yer kawan-kawan.Tanpa mereka tiadalah kita.

Allah berfirman, "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah." (al-Ahqaf: 15)

Nabi saw. bersabda, " Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)

Allah berfirman, "Allah melarang kamu daripada menyembah selain kepadaNya dan menyuruh supaya kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu maka janganlah kamu mengatakan kepada keduanya "ahh" dan janganlah kamu membentak mereka tetapi ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia. (Al- Isra': Ayat 23)

(sumber rujukanku: di sini)

Nama samaranku di rumah Ayu.Ibuku jua memanggil diriku dengan panggilan Ayu(bila sampai ke kawan-kawan jadik ayut -_-") Aku memanggil ibuku dengan panggilan mak.'Mak,Ayu rindukan mak'.Setiap kali aku merindui mak,aku terlalu sedih.Semoga Mak ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Amin...

Tanpa aku sangka,aku sudah masuk 7 tahun ketiadaan mak.Bila aku keseorangan,sudut jauh dalam hati aku sebenarnya sangat sunyi.Sangat lain suasana bila ketiadaan seorang yang dipanggil mak dalam hidup ini.Ditambah dengan ketiadaan abah.Sies,aku terasa sayu...Hargailah selagi ada.Bermanjalah dengan mereka :) Janganlah baru menghargai bila mereka tiada di sisi.Kerana waktu itu,hanya doa mampu korang lakukan.Walaupun aku sayu,tapi sebenarnya terselit jugak kegembiraan.Mereka pergi setelah melihat aku mampu berdiri.Aku gembira dapat melihat mereka tersenyum kerana aku(walaupun tetap ada yg aku buat dyorang sedih..adehh).Terima kasih,mak.Terima kasih,abah.Ayu akan teruskan untuk menjadi lebih baik.Teruskanlah memerhati Ayu dari 'sana',kerana Ayu sentiasa memerlukan kalian :')

Ayu mintak maaf sepanjang kedewasaan ini kerana membebankan mak dengan dosa-dosa yang telah Ayu lakukan.Ayu akan lebih berusaha untuk menjadi anak yang solehah,mak.Selalu mendoakan mak,selalu membuat kebaikan sebagai bekalan mak di 'sana'.Insya Allah.Maafkn ayu,mak.

Selamat Hari Ibu

kepada ibu-ibu seluruh dunia...

Terima kasih

diatas segala kesusahan dan kesabaran kalian membesarkan kami...

Hanya Allah dapat membalas segala yang telah dilakukan kepada kami..
Doa kami semoga ibu sentiasa mendapat lindungan rahmat Allah...


mak dan abah..
maaf atas segala dosa yang kalian tanggung atas
kesilapan diri ini :'(

in advance jugak...

Selamat Hari Bapa

buat bapa-bapa seluruh dunia..!

We love both of you!!!!!



Mekaseh...!


1 comment :

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^