2012

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lg Maha Mengasihani

Tahun 2012 telah menjelma.Aku menjalani kehidupan seperti biasa.Melangkah dan terus melangkah melihat ke hadapan dengan lebih positif.Setiap perjalanan pasti ada onak dan duri yang perlu ditempuh.Tidak kurang juga dengan perjalanan aku.Aku hanya manusia biasa.Manusia yang sentiasa dahagakan ilmu dalam meniti perjalanan kehidupan.Manusia yang tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan.Manusia yang sentiasa berada dalam kelalaian.Aku hanya manusia biasa.....

Permulaan perjalanan aku tahun 2012 tidak kurang hebat cabarannya.Di samping kegembiraan pasti akan ada jua terselit kesedihan.Lumrah kehidupan.Bukan selamanya kita akan tersenyum.Pasti sampai hari dan waktunya kita akan menangis.Allah menjadikan manusia dengan pelbagai perasaan.Adakah kamu perasan??

Setiap yang hidup pasti ada yang mati.Yang masih hidup kenalah teruskan kehidupan dan tidak lupa mendoakan yang telah pergi.Namun kadang-kadang pemergian itu terlalu cepat.Pemergian itu memang bukan ditangan kita.Hanya Allah lebih mengetahui.Doaku kepadaMu,Ya Allah..
Berkatilah kedua ibubapaku..
Rahmatilah kedua ibubapaku....
Selamatkanlah mereka daripada seksaan api nerakaMu..
Tempatkanlah kedua ibubapaku di tempat yang mulia di sisiMu..
amin..
Almarhum Hj Khamis bin Hj Abdul Manan
Almarhumah Kastamah Binti Sumardi

Damailah ibubapaku di sana
Anakmu akan sentiasa mendoakan kalian..



1 comment :

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^