Assalamualaikum...
Woiii...dah habis la cabaran 10 hari!!Tepuk-tepuk tangan kegembiraan. hahahaha. Nampak kan bahagianya aku kalau dah siapkan cabaran. Kalau tak menangis hari-hari teringat blog. ;) Ok. Cerita nak real je aku ni. Menyampah diri sendiri! hoho. Akhirnya sampai la ke topik terakhir. Orang lain dah lama siap cabaran aku je baru nak habis. Nasib ko la blog. ^^
Hari ke 10 kena cerita pasal 10 rahsia. Banyak ye ko nak tahu rahsia aku. Lebih ni.haha. Errr....10 rahsia pasal aku. 10 rahsia pasal Ayut. Apakah?? 10 rahsia kot. Teruja tak nak tahu rahsia?? ;p Jom-jom kita bongkar rahsia bersama jom!
10 rahsia Ayut!
1) Dulu kecik-kecik pernah terhiris jari. Sampai sekarang ada bekas. Tak tahulah mak mertua aku tu perasan tak cacat dah jari menantu dia ni belah kiri sikit waktu sarung cincin tunang dulu tu. hihi. Arwah mak pon tak tahu dulu masa mula-mula kena pisau. Nampak kesan bila dah besar je baru tahu dulu anak dia ni pernah kena pisau. Hebat tak simpan rahsia? ;p
2) Dulu masa sekolah ada 4 orang geng. Mawar.Yana.Yus dan aku.Kitorang ada buku. Dalam buku tu kitorang buat lagu sendiri. Kalau tak lagu pon kitorang akan kutuk member takpon cikgu dalam tu.Ok.nakal. Last sekali aku nampak buku tu waktu sebelum aku pergi Universiti. Aku rasa sekarang kena bakar dah kot bukunya.hahaha.Korang ada tak buku geng korang??
3) Kisah silam dulu pernah 3 kali la kot putus cinta. Eh?Cinta ke? ala...cinta monyet la kan.Siapa tu tak payahla kan letak.hahaha.Lawak!Yang pasti sekarang semua budak-budak tu dah bahagia dengan kehidupan masing-masing termasuklah aku.Alhamdulillah.
4) Waktu sekolah menangah dulu budget ramai peminat. Tak sah kalau setiap malam aku tak kena marah dengan arwah mak abah sebab bergayut lama-lama kat telefon.paling lama pernah gayut mula pukul 8 malam sampai pukul 11 malam.Budak dulu curi line telefon. Tahu kan? I is hot la konon dulu ok. uwekkk!!
5) Saya adalah pelajar terbaik Biologi untuk SPM.ok sekian. Cikgu Kasim u are in my memory always. Selalu dengki kan kalau nak jawab soalan.ok.I paham -_-'
Alamak...apa lagi rahsia ni. sampai nombor 6 terus tak tahu rahsia apa lagi nak bagitahu.
6) Pernah pergi seorang diri ke Ipoh membawa diri tanpa mak abah aku tahu. Waktu ni aku rasa umur 18 tahun kot. Gila sungguh aku. Tapi aku tak ingat pulak aku balik hari kot waktu tu.hahaha. Sengal ko Ayut!
7) Pernah buat kerja bodoh suatu ketika dulu dengan makan panadol 10 biji sekali gus. Korang pernah? Ok.aku bodoh waktu tu. Jangan pernah buat ea. Kesannya korang kalau nampak panadol lepas tu akan rasa nak muntah.muhahaha.
8) Sangat fanatik dengan penyanyi Akim Ahmad dan sangat teruja dulu pernah pergi event dia. Sangat frust bila ada event dia dan aku tidak dibenarkan untuk pergi. Sakit hati!Oh man. Sekarang masih menyokong Akim Ahmad cuma tak la fanatik macam dulu ^^ Akan terus menyokong Akim!! Gafimmers Best! ^^
9) Kuat memberontak. Pernah ada kes permintaan aku orang tentang aku dengan perasaan tak puas hati mengamuk dan akhirnya menangis sendiri.wahahaha. Kenangan! Maafnya abangku sayang. Adikmu ini memang sangat degil Love u ketat-ketat! :)
10) Pernah demam panas waktu awal masuk Universiti dulu. Keluarga aku tak tahu pon aku kena tahan kat KKU waktu tu sehari lebih. Masuk air. Diorang semua tahu aku ok je. Malas nak menyusahkan orang kan. Tanggung jela sendiri.Selamat tak berlarutan.hihi.
Ok dah cukup 10. Rahsia gila yang dulu simpan sorang-sorang je. Sekarang takde dah buat benda gila semua tu. Takde dah sakit atau cari penyakit sendiri. Sekarang dah banyak nak kena fikir. Fikir panjang katanya. Apa pon kenangan itu tetap indahla kan. ^^ Rahsia yang memberi kenangan pahit manis sebuah kehidupan ^^ I Like!
ok dah baca secret ayut...wahhh cantik lah blog wajah baru...
ReplyDeleteHeader je kak..yg lain gitu jugak...xtau la bila nak maju blog ni..hihi
Deletepelajar terbaik biologi? fuhhh..hebat ni.. tu yg yui faileeeddd hahahah
ReplyDeleteHihi..cite dulu tu yui...skrg cube tanya balik...termenung la jgk nk jawab...
Deletehi ayut, lama xsinggah sini..tau2 je baca rahsia ayut hehehe!
ReplyDeleteKak saila sayang....!!!!! Anak sehat?hahahaha..jap lg terjah sana plak...
DeleteKak saila sayang....!!!!! Anak sehat?hahahaha..jap lg terjah sana plak...
Deletehebat ayut ni.. teror bio laa
ReplyDeleteTime kanak2x ribena hebat la jijah..skrg taye lupa dh...adehh
Deletebab makan panadol tu yang terkjeut tu.. jangan buat dah yer ..
ReplyDelete