Bakso Sabahan

Assalamualaikum...


Entri keluar lagi. Yesszaa. Nampak tak bertapa manfaatnya aku bercuti. Blog sentiasa berupdate. Jadinya tak tipu la kan kalau cakap aku tak update blog sebab kesibukan kerja.hahaha :p Nampak kan hala tujunya tu aku nak cakap macamana ;) Apa pon aku akan sedaya upaya untuk update kan blog yang tak seberapa ni ye.

Harini nak cerita pasal makanan. Haaa...sepanjang aku bercuti kat Semporna ni aku kurang sikit makan. Bukan sebab makanan tak sedap tapinya tak lapar. Tido je keje ye mana nak lapar. kan??hahaha. Tapinya suami tersayang si Mohamad Hafizal tu tak boleh tengok isteri dia ni tak makan. Setakat 3 hari aku kat sini 3 kali jugak aku dibelikannya Bakso. Apa itu Bakso?


Bakso adalah suatu jenis masakan yang diletakkan beberapa ketul bebola daging. Ala-ala Sup Ayam macam tu tapinya Bakso adalah menggunakan daging lembu. Bebola besar tu sebenarnya telur. Bakso yang aku makan kat Sabah ni serius sedap. Pernah makan Bakso kat Parit Raja tapi aku lagi suka yang suami aku belikan ni. Rasa lembu yang tak kuat dan sup dia sedap. Lagipon Bakso ni dia kena perah limau sikit nak makan bagi hilang rasa lembu tu. Aku rasa boleh dikomersilkan Bakso dalam kem ni la.hohoho ^^

Bakso yang aku makan ni sebenarnya bukanla Bakso orang Sabah sebab setahu aku yang masak ni orang semenanjung jugak. Oleh kerana aku je yang makan Bakso ni kat Sabah dan isteri staf dalam kem ni jugak yang masak, aku bagi jela nama Bakso Sabahan. heee ^^ Orang Sabah ada menu Bakso tak ek? Macam takde kot. kan?? Setahunya popular kat Sabah adalah Nasi Lalap.


13 comments :

  1. nad tak biasa makan bakso..hahaa..tak tau kenapa

    ReplyDelete
  2. selain bakso, mee ayam pon sedap. ada jugak letak bebola daging..hehe..tak tanye pun kan..uhuk

    ReplyDelete
  3. sabahan pon sabahan la kan janji sedap. krna cuti sokmo le gini.hihi.bru terupdate blog kan ^_~

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi makan Bakso yang betul2 sedap..

    ReplyDelete
  5. so far tak oernah rasa bakso yg betul2 sedap kat sabah ni ayut..mgkin org sabah yg buat kot..hahahhaa dlm kem kan org semenanjung ramai

    ReplyDelete
  6. Sekali jak saya pernah makan bakso. Tu pun makan daging jak. Yang lain2, bf yang habiskan. Heheh.

    ReplyDelete
  7. TU LE KEKDG BAKSO NI ADA BAU LEMBU SKET... HAMBOI KEMAIN BESAR BEBOLA TU..

    ReplyDelete
  8. Nasi Lalap ye? 1st time dengar..hhehee

    Tapi Bakso tu.. huwaaaa sedapnya..
    dah lama tak makan :D

    ReplyDelete
  9. bakso adalah bahasa indonesia utk bebola daging..hehehe..akak suka sup bakso..sedap..nak2 makan time hujan, sgtlah best! bebola yg besar tu dalam dia ade telur kan?

    ReplyDelete
  10. Bakso ni asal dari indonesia. Sejak kebanjiran org sana, bakso pun ikut popular.

    Syok le Ayut..betul2 cuti ni. :)

    ReplyDelete
  11. wahh Ayut ke Sabah ye bertemu suami.. Ros jarang makan bakso..

    ReplyDelete
  12. sedapnye..besar betul bebola daging tuh..yummeh! hehe..blogwalking dari blog arepnakbebel.com ..salam kenal..follow sini :)

    ReplyDelete
  13. haha...baru perasan dah lama follow..hehe :) happy blogging.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^