Raya Tahun 2016

Assalamualaikum...

Halamakkkk... Nak cerita pasal raya la pulak kan. Hahaha. Kenangan sebenarnya. Nanti bosan-bosan baca balik blog sendiri. Baca balik kenangan raya bersama-sama. Kenangan yang menggembirakan. Kalau ada yang baca mana tahu dapat tempias kegembiraan. Hihihi... 

Raya dalam berpantang! Yes... Raya 2016 aku adalah dalam pantang. Aku tengok je orang makan ayam, makan ketupat, makan lemang, makan kuih, makan kacang. Eh... Semua la yang sedap-sedap aku sekadar memerhati je. Hahaha. Sedih???! Takla sedih sangat sebab aku dapatla turunkan berat badan indirectly kan selain aku telan set shaklee tu bagi kurus balik. Nampak tak aku main psikologi dengan diri sendiri.


UNTUNG BILA AMBIL SUPPLEMENT SHAKLEE NI SEBAB DARI MENGANDUNG SAMPAI KE BERSALIN BOLEH MAKAN.. Baguskan? 

Raya 2016 aku turn rumah mertua. Hohoho. Tahun ni lagi sekali takde beli baju raya. Yes.. Suami kesayanganku juga berjangkit tak beli baju raya. Wafiy pon tak berbaju cantik mana pagi raya tu.  Pakai baju dia selalu pakai je. Adehhh. Suami cakap takde mood sebab aku tak beli baju. Jadinya pakaila baju yang ada. Aku pakai baju masa mengandung, suami pakai baju adik dia. Simple.


Gambar??? 
Ala.... Tak banyak pon. Tak macam kat keluarga sendiri kan. Ipar duai semua kepenatan masak. Aku tak boleh banyak gerak pulak tu. Takdela bergambar mana. Tapi gambar dengan mak WAJIB ADA. hihihi. We love our mak!


Raya 2016 walaupon macam tak menarik mana, tapi tetap bahagia dapat berkumpul bersama-sama semua. Alhamdulillah. Itu yang paling utamakan sebenarnya. Berkumpul. Bermaaf-maafan. 


Moga silaturrahim keluarga terus berkekalan selamanya. Aminnnn... Eh... Haaa... Raya 2016 ni jugak kakakku sayang bertunang. Korang doakan jodoh dia berpanjangan ye. Insya allah panjang jodohnya bersatulah mereka dengan lafaz akad nanti. 



Milk booster shaklee dan Kejutan Budaya

Assalamualaikum...

Siapa rasa benda ni dan membuatkan rasa diri sangat stress??????  Aku!! (Gelak jahat) 


Seminggu awal selepas bersalin... Ya aku alami benda ni. 3 hari kat wad bersalin, aku takde pape masalah kecuali Muhammad wafiy menangis nak susu. Uwarghhhhh... Dengan aku-aku sekali nangis. Susu tak mahu kuar hari pertama. My mistake lagi tak bawak siap-siap milk booster shaklee. *menangis*

Hari kedua suami dah datang tengahari baru aku pulun telan segala benda bagi keluarkan susu sambil urut-urut. Maaf Muhammad wafiy, ummi takde pengalaman. *menangis lagi* Susu keluar. Yessss... Tapi tak banyak. Allah... Aku bagi je jugak apa yang ada ke mulut Muhammad wafiy yang comel tu. Itu yang ummi mampu sayang. 

Hari ketiga balik!! Sangat heaven! Masa ni aku macam tak leh terima pulak nak jaga lagi seorang budak kecil yang comel dengan aku yang perut kena belah ni. *menangis lagi dan lagi* Ummi sayang awak Muhammad wafiy. Ummi cuma terkejut sebab Muhammad wafiy comel sangat. Huhuhu. 


Set berpantang shaklee banyak membantu. Aku stress aku pergi telan b complex tu ha. Aku telan vitalea. Aku telan vitamin c. Aku ada tenaga. Aku jadi semangat. Aku telan alfalfa nak bagi Muhammad wafiy susu. Aku merasa breastfeed sebulan walaupon awak mengamuk je selalu sayang. Susu ada tapi awak selalu gaduh dengan ummi kalau nak breastfeed. Ummi perah. Bila perah tak dihisap, jadi kering.. Ummi bahagia walaupon kenangan itu sekejap. Nanti ummi usahakan lagi untuk adik Muhammad wafiy ye sayang. *now dah boleh tersenyum*

Sehari lepas telan alfalfa. 
Now, botol ni dah jadi fevret wafiy walaupon susu takde. Huhuhu. 


Alhamdulillah. 
Perjalanan seorang ummi masih lagi berjalan dan still counting. Moga dipermudahkan segalanya. Aminnn... 


Muhammad Wafiy Anakku

Assalamualaikum...

Nak jadikan juga kenangan dan pembacaan masa akan datang, jangan kecam sis ya!  Hahaha. 

Bulan Ramadhan... 
Bulan penuh kenangan.. 
19 June 2016.


Muhammad Wafiy lahir ke dunia dengan seberat 3.08kg pada pukul 7.04pagi. Alhamdulillah. Ummi tido waktu awak lahir sayang. Huhuhu. Ummi mengantuk dan penat. Nurse kejut, tengok jantina awak dan cium awak. Lepas tu ummi sambung tido. Adehhh... 

Macamtu rupanya sakit nak bersalin. Besar pengorbanan mak aku dulu.  Ya allah, ampunilah dosa kedua ibubapaku. Aminnnn. Alhamdulillah merasa juga menjadi seorang ibu. Yeayyy!! Hahaha. 

               

Bersalin ceaser sebab ctg ( bacaan jantung baby) tak cantik. Muhammad wafiy takut lemas kat dalam tu. Teran-teran tak mau keluar dengan laluan 8cm bukaan. Ummi takde tenaga. Ummi tak makan. My mistake. Allah...... Kalaulah abah ada waktu tu Muhammad wafiy. Kalaulah....... Takpelah.. Sudah tertulis. Percaturan dan undang-undang Allah. Ummi tetap bahagia. Alhamdulillah. 



Aku berpantang makan set berpantang shaklee. Nanti aku review satu-satu set berpantang shaklee ye. Alhamdulillah takde masalah.  Just badan tetap kena makan jamu atau lebihkan makan lada hitam untuk bagi panas badan. Buang angin. Set berpantang shaklee sangat best. 

Nanti cerita lagi. Sekarang macam rasa nak menulis dan menaip.  Tu blog update ni. Teruskan menyokong blog sis ya!  Hahaha. 


Taman Tema Air Batu Pahat

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama entri dah terperap,meh la nak kuarkan juga sebagai rujukan untuk sesiapa nak berjalan kat Batu Pahat ni.

Taman Tema Air Batu Pahat atau dikenali juga sebagai Wet World Batu Pahat. Serius untuk pengetahuan korang walaupun aku ni orang Batu Pahat, lepas habis belajar 4tahun dekat UMP baru aku tahu kewujudan Taman Tema Air di batu Pahat ni.Teruk tak?huhuhu.

Wet World Batu Pahat.

Wet world Batu Pahat ni tak besar mana. Kedudukan Wet World Batu Pahat ni terletak di Jalan Bukit Pasir. Berhadapan dengan sebuah sekolah rendah.Masa aku pernah pergi dulu masuk baru RM10/person untuk dewasa dan RM5/person untuk kanak-kanak. Sekarang aku tak pasti berapa kadar bayaran yang dikenakan kepada pengunjung. Kat dalam Wet World Batu Pahat ni yang pastinya ada gelongsor air, sungai, funfair, kolam kanak-kanak.Kiranya memang tak besar macam yang kat Perak tu la. sekarang taman Tema Wet World ni dah makin maju sebab dah ada ICT Batu Pahat pada sebelah malam ye. Memang maju dah sekarang Batu Pahat ni. Bayaran masuk ICT tu adalah RM5 seorang. Parking pula untuk masuk tempat ni adalah RM2.00.




Suasana kat sini pastinya meriah untuk kanak-kanak la.Kalau untuk yang dewasa mungkin kurang.Budak-budak kalau jumpa air memang la suka je kan.Kita yang dah besar ni jela yang macam serba tak kena nak tunggunya kalau suasana kurang memberansangkan.Sekadar untuk hiburan hujung minggu boleh dijadikan tempat beriadah. Kalau tak main air dalam pool buatan sendiri pon best jugak rasanya ^^

Jadinya ni la salah satu tempat yang boleh ditinjau kalau datang ke Batu Pahat. Sekurangnya tak la nak ke shopping mall je kalau berjalan ke satu-satu tempat tu ^^