Assalamualaikum...
Akhirnya aku dapat masuk ke dalamblog kesayangan harini.Alhamdulillah sepanjang menjalani kursus aku dianugerahkan kesihatan yang baik.Alhamdulillah juga aku diberikankekuatan dalam menghadapi hari-hari yang sangat padat jadualnya serta sangat memenatkan.
Sungguh...
Aku tidak pernah terfikir akan menghadiri kursus yang mana akan menguji ketahanan fizikal dan mental.Walaupun hanya sekadar untuk menjaga sebuah station minyak!Sungguh!aku tak pernah terfikir.Aku di ajar tentang apa itu petrol.Apa itu pelincir.Apa itu Retailer.Apa itu bisnes.Apa itu Teamwork.Apa itu SHELL.SHELL bukan hanya sekadar Stesen yang menjual minyak.Anda tahu?Fuhhh!Sangat banyak.Harini aku telah selamat menjalani kursus selama 8 hari.Masih berbaki lagi 15 hari.Aku telah merasa lelah.Semput.Tekanan.Emosi terganggu.Sangat.
Sungguh...
Setiap kerja yang dilakukan bukanlah sesuatu yang mudah.Tiada satu kerja pon yang mudah.Setiap gaji yang diterima itu amanah.Amanah untuk menjalankan tugas.Amanah untuk merealisasikan kepercayaan seseorang kepada kita.Tersedar.Lamunan aku selama ini terlalu tinggi.Berpijaklah di bumi nyata.Andai anda baru mahu bertani,belajarlah daripada petani yang telah berjaya.Jika anda baru mahu mengenali,belajarlah daripada orang yang telah mengenali.Belajar.
Lusa,bermulanya debaran untuk diuji di alam nyata.Alam Stesen Minyak yang sebenar.Alam bertemu pelanggan yang pelbagai rupa dan kerenah.Alam yang pelbagai cabaran dan debaran.Sungguh.Aku takut.Semoga perjalanan aku dipermudahkan.amin.
Kawan-kawan....
Doakan diriku agar berjaya yer.^^
Sungguh aku rindu waktu senggang bersama kalian.
gambar byk...tapi takleh transfer =.=" Jadual padat....tak sempat nak buat pape T_T