Followerku..

Tazkirah dan Motivasi Suami Isteri

Assalamualaikum. ..

Tengah-tengah malam pulak aku boleh up entry kan.Tak kisahla kan janji aku luangkan sedikit masa untuk berkongsi ilmu hari ni.Jadikan ceritanya pagi tadi dengar motivasi pagi daripada Ustaz Zamani Al Basuty di Ikim.fm.Perjalanan ke tempat kerja aku harini makan masa setengah jam.Sempatla aku ingat point penting yang Ustaz Zamani berikan sebagai panduan suami isteri.



Panduan untuk suami isteri supaya mendapat kasih sayang satu sama lain.

1. Jangan membandingkan suami/isteri kita dengan orang lain hatta jiran sebelah pon.

Tak payah cerita banyakla...memang pasti kita tak suka dibandingkan dengan sesiapa pon kan?Lagila kalau dibandingkan dengan ex kita yang dulu.Makan dalam gayanya tu.Betul kan?Jadi jangan buat ye.

2. Jangan ungkit/kenang kisah cinta lama.

Ustaz Zamani pesan kalau jalan mana-mana lepas tu tempat tu selalu kita pergi dulu dengan ex tak payah la nak bukak cerita tu depan suami/isteri kita.Remuk redam nanti tahan perasan.huhu.Simpanlah cerita tu sorang-sorang tak payah cerita kat siapa pon.

3. Jangan simpan barang kisah cinta lama.

Ustaz Zamani kongsi cerita yang dia pernah jumpa dengan pasangan yang dah anak 5 tapi sebab isteri dia terjumpa 1kotak khazanah cinta lama suami jadi bergaduh dan hampir bercerai.Jadinya janganlah simpan.Jadikanlah kisah silam itu kenangan.

Ada 3 point je yang dikongsikan sebab motivasi pagi daripada Ustaz Zamani ni episod last dan hanya 15minit tak salah.Episod sebelum ni banyak perkongsian nya tapi aku pon dapat dengar yang harini je :) Okla tu kan.Sikit tapi ingat itu lebih memadai daripada banyak tapi tak ingat apa.

Jom muhasabah diri kita..Sudahkah aku menjadi seorang isteri/suami yang terbaik dalam mencari redha Allah??

Pembaharuan Lesen Memandu

Assalamualaikum...

Akhirnya entry baru menjelma.Suka kita.hihihi.Lepas post entry ni bolehla melawat kawan-kawan. Alhamdulillah. Penyakit 3 serangkai yang datang baru ni dah kurang.Ubat yang aku guna adalah minum air mineral 2 liter sehari.Haaa...amik kau.hahaha.Itu je yang aku buat.Tapinya baik penyakit 3 serangkai datang pulak jerawat 3 ketol kat dahi.Sabar jela.hahaha.

Okla.Nak dijadikan ceritanya semalam borak-borak dengan suami tersayang kat telefon Tetiba tercerita pasal lesen.Aku pon terus keluar mentol dari kepala...eh....! Lesen aku.Haaa...bukak beg tengok lesen.Pergghhh.Sabar jela.


Nampak tak bila tamat tempoh lesen percubaan memandu aku tu.Haaa...kelam kabut aku fikir macamana aku nak ke JPJ.

Untuk pengetahuan semua, pertukaran lesen percubaan ke lesen betul hanya boleh dibuat di JPJ.Pejabat pos tu kalau dah memang dapat lesen betul bolehlah perbaharui tempoh lesen kat situ.Makna kat sini aku memang kena ke JPJ.

Sampai kat JPJ ramainya la orang.Aku buat kat JPJ Sri Gading, Batu Pahat, Johor.Waktu urusan mereka hari Khamis petang dari pukul 2 sampai 3.Untunglah sejam je kerja pastu dah boleh balik.hihihi.Johor sekarang kan kerajaan cuti Jumaat dan Sabtu. Aku anak Johor dah sekarang tapinya......


Perasan nak jadi orang Selangor.mmmm.Lupa la nak suruh tukar alamat tu.Adehhh.Lesen memandu sekarang dah keras macam kad pengenalan.Tak main dah laminate semua tu.huhu.Lepas tu lesen sekarang ni pon tarikh tamat adalah tarikh birthday kita.Jadinya ingat birthday ingatlah tamat tempoh lesen memandu anda semua.hihi :)

Bayaran:
1 tahun - RM30.00
2 tahun - RM60.00

+ RM15 cas perkhidmatan.

Pasal bayaran untuk Pembaharuan lesen ni memang semua macamtu.Tapinya....bab cas perkhidmatan tu memang ada ea?Hairan seketika.Sebab suami tersayang kata dia takde pon kena bayar cas perkhidmatan ke apa.mmmm..

Tak kisahla.Apa yang pasti aku punya lesen dah penuh lepas tu dah diperbaharui tempoh nya.Sukerrr!Apa kata korang periksa lesen memandu korang pulak.Dah tamat tempoh ke belom ek???! ;)





Rekod Demam 2014

Assalamualaikum. ..

Semua pembaca blog aku ni sihat ke?Tuan blog tak sihat.huhuhu.Sebelum ni pergi jengah blog kawan-kawan baca diorang tak sihat.Kali ni tuan blog sendiri yang tak sihatnya.Tak muncul dah kat blog kawan-kawan yang lain.

Maaf ye kawan-kawan. Tak berkesempatan menjengah 2 3 harini.Mampu buat entry untuk blog sendiri je ni . Siapa post entry ke Facebook mampu lagi la nak singgah kejap.Kalau tak malam terbaring, rehat.

Rekod demam aku untuk tahun 2014 ni bermakna 2x dah.Rasanya setiap bulan aku demam lepas tu datangla penyakit serangkai batuk dan selesema.Merosot sungguh rekod kesihatan aku sekarang ni.haish...Tahun 2013 sekali je demam.Tahun 2012 tak demam pon.Umur semakin meningkat rasanya.Antibodi dah tak kuat mana.Hormon pon berubah jugak dah kahwin.Perubahan cuaca lagi.Fuhhh....faktor-faktor yang mempengaruhi untuk demam la tu. :)

Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan terus kuat untuk menjalani kehidupan yang Allah ciptakan serba indah ini sebagai hambaNya.Amin..Insya Allah.Jaga kesihatan.Jaga diri.Jaga solat.Allah pasti jaga kita.Kan? ;)

Entry tak bergambar..huhu





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...