Followerku..

Pencarian Rumah/Bilik sewa!

Assalamualaikum...


Hari ni semua tempat aku geledah nak cari rumah/bilik sewa di Batu Pahat.Korang tahu tak maksud geledah tu??hahaha..cari makne ye.Aku kena memulakan proses itu sekarang,waktu ini dan ketika ini.Ha...tengok betapa perlunya aku nak cari rumah/bilik sewa tu sekarang.Haish~!

Sekarang aku nak mintak tolong kat kawan-kawan blog ni.Sesiapa boleh tolong sangat-sangat dihargai.

Area: Bandar Batu Pahat.
Bakal tempat kerja aku dekat area Jalan Tanjung Labuh,Batu Pahat.Jadinya,semua kawasan berdekatan area tu bolehlah aku nak sewa.
Budget: RM400 ke bawah.
Kalau ada lagi murah memang lagi bagus.huhuhu.
Keadaan: Kalau boleh nak fully furnished.



Harap adalah rezekinya.Amin.



Jom Merancang~! Cuti 2013..

Assalamualaikum...


Baru 3 hari masuk tahun 2013,aku dengan penuh semangat merancang segala cuti yang ada.hahaha.Sebenarnya, aku memang sangat-sangat kena tengok cuti-cuti ni bila.Antara sebab kenapa aku nak kena rancang awal:

1) Nak Kahwin - Nak siapkan dokumen, tarikh, tempah dll.
2) Tukar Kerja - Nak pindah,Nak sewa umah baru, Boss baru,Suasana baru dll.
3) Member Kahwin - Planning in-out money.
4) Abangku Kahwin - Nak bertandang,Nak balik kampung dll.

Ni la sebab besar yang kenapa aku kena tengok kelender hari-hari.Tengok akaun bank hari-hari.hahaha.Tak tension, cuma pening (bukan lebih kurang ke nanti??).Payah jugak kalau sesuatu tu melibatkan ramai orang sebenarnya.Kalau plan kita tak sama,meletop jawab yer.Tapi apa pon,kalau memang takde rezeki nak jadi seperti apa yang kita rancang, apa boleh buat.Dulukan mana yang patut,buat la untuk apa yang terbaik.Kan?? (nada kecewa cikit..huhu)



Jumpa kat SINI

Aku dah siap-siap highlight mana yang aku terlibat.Lepas ni aku dah tak terlibat dengan Selangor tapi terlibat dengan Negeri Johor pulak.Sekarang memang mood nak tukar keje jer.Yang lain aku memang out.Just fikir tarikh gan planning atas kertas jer.Buat apa-apa tak lagi.hahaha.

Semoga dengan perancangan cuti ini dapatlah membantu diriku untuk lebih berjaya dalam membuat perancangan yang lain.Amin.
Jom Merancang!


Anugerah Juara Lagu ke 27

Assalamualaikum...


Lagi 3 hari buat semua penggemar muzik tanahair pastinya menantikan kemunculan Anugerah Juara Lagu ke 27 kan?Aku kat rumah takde TV + internet.Kesimpulannya?Tunggu berita keluar esoknya.hihihi.Majlis Anugerah ini akan berlangsung pada 6 Januari 2013 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil (dekat dah ni) pada jam tepat 9.00 malam (takpelah..lupakan nak pergi).





Terdapat 12 lagu yang dipertandingkan pada malam tersebut. Lagu-lagu yang dipertandingkan:

1. Terukir di Bintang - Yuna
2. Ombak Rindu - Hafiz & Adira
3. Tanpamu - Amir Jahari
4. Anak Kampung - One Nation Emcees & Jimmy Palikat
5. Idola - Azlan & The Typewritter
6. Pelangi Senja - Stacy
7. Teman Pengganti - Black & Malique
8. Ku Akui - Hafiz Shuip
9. Simetri - Hazama & Amy Search
10. Andaiku Bercinta Lagi - Mojo
11. Patah Seribu - Shila Amzah
12. Lagu - Bedroom Sanctuary


Dalam banyak-banyak tu aku agak yang boleh dapat Terukir di Bintang dengan Patah Seribu.Lagu dia menarik perhatian.Tapi dalam pertandingan ni kadang-kadang tidak dapat di jangka keputusan juri.Ye dak?Siapalah yang bakal gantikan Yuna untuk nyanyi lagu Terukir di Bintang nanti kan.Yuna terpaksa menarik diri kerana komitmen pada penerbitan album terbarunya di LA.Terpaksalah lagu bertanding tanpa tuan.hihihi.Esok keputusan untuk pengganti Yuna akan keluar.Kita nantikan pembawa lagu ni yer....


Jadinya, kepada peminat muzik tanah air,jangan ketinggalan untuk menyaksikan Siaran Langsung di TV3 dan kalau rajin bolehlah tengok live di Stadium Putra Bukit Jalil.


kredit: TV3








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...