Followerku..

Pengalaman Bayi Berak Berdarah

Assalamualaikum...

Maaf kalau rasa entry buat korang tak senang!

Lama tak bersiaran akhirnya ada sesuatu yang nak dijadikan penulisan. Sebenarnya kenangan. Kenangan dalam membesarkan seorang anak bernama Muhammad Wafiy. ^^ Lagipon nak sharing la apa yang aku alami mungkin dapat membantu sesiapa yang nak info pasal bayi berak berdarah ni kan. Siapa ibubapa yang pernah mengalamai bayi berak berdarah?? Dengar pon seram kan??


Aku alami. Baru alami kejadian bayi berak berdarah ni minggu lepas dan siap kena tahan wad lagi. Memang pengalaman yang sangat berharga.Aku google jugak pasal bayi berak berdarah ni tapi masalahnya kebanyakkan sebab sembelit. Kes aku pulak berbeza. Bayi berak berdarah sebab CIRIT-BIRIT. Pelik ke tak pelik?Pada aku awalnya memang pelik sampai kena tahan wad doktor bagitahu memang ada kes macam ni. Momentum bayi mengeluarkan najis itu secara tekanan yang tinggi juga boleh menyebabkan luka pada bayi walaupun najis bayi itu cair :)

Kisahnya bermula bila Muhammad Wafiy nak tukar bulan masuk 4 bulan. Dia selalu cirit-birit. Ramaila orang cakapkan NAK TUKAR BULAN tu.okla.Aku pon haahkan la jugak sebab bayi pertama kan. Orang pengalaman cakap kenala jugak kita dengar. Aku monitor lagi. Eh...dah masuk 4 bulan lebih masih lagi ciri-birit.Pelik???Sampaila satu tahap mana,malam-malam pukul 3 pagi Muhammad Wafiy berak. Aku tengok najis dia ada darah. Ahhh...sudah! Ni la permulaannya...

Aku bawak la anak aku ni pergi swasta dulu. 1st time pergi Klinik Dr Ismail Jalan Rahmat,Batu Pahat. Tanya doktor..bla..bla..bla..dan bla.. Doktor cek Muhammad Wafiy. Tekan-tekan perut. Main-main lagi dengan anak aku tu ha...Padahal ummi dia ni dah nerves! Doktor cakap bukan sebab USUS sebab BAYI MASIH AKTIF. Lega kat situ! Doktor bagi susu SIMILAC (ni aku cerita lain) dengan ubat cirit-birit (Fotagel). Aku balik. Sehari Muhammad Wafiy ok. Keesokkan hari pulak jadi balik. Cirit-birit tak berhenti dan masih ada darah cikit. Tunggu lagi dan hari Isnin 31 Oktober 2016,aku hantar rumah pengasuh macam biasa. Tapi pagi tu aku bersiap pergi kerja nampak dah lain dah Muhammad Wafiy.Merengek je dia. Tepat pukul 10, pengasuh call inform Muhammad Wafiy muntah. Ok. Stop kerja.Balik. Bawakla lagi Muhammad Wafiy pergi klinik swasta Klinik Zabedah namanya. Kat sini memang cek demam,suhu 39. Aku beria tanya pasal cirit-birit ni. Doktor suggest teruskan susu SIMILAC tu dengan bagi ubat cirit-birit (Smecta) dan air garam.


Balik kampung, aku pergi urutkan badan Muhammad Wafiy. 2 hari dia demam dan cirit birit masih ada tapi darah takde. Setiap masa aku check suhu badan bagi dia tak tinggi. Hari Khamis 03 November 2016 mula dah balik drama, ada darah semula pada najis Muhammad Wafiy.Masa ni demam Muhammad Wafiy dah reda. Aku pening! Terus aku cakap kat kakak aku nak bawak dia pergi Klinik Kesihatan. Sampai KK doktor tak cek pon weiiii....amik darah,tengok result,terus dia cakap, 'saya refer awak ke Hospital ye.Balik ni amik baju siap-siap takut awak kena tahan wad. Selalunya memang kena tahan wad.' Ah...sudah! Sampai hospital,macam biasalah 3-4jam tunggu jumpa doktor. Doktor main-main dengan Muhammad Wafiy(boleh lagi main ek??hahaha) sambil soal siasat ummi Wafiy ni. Tunjuk gambar cikit,pastu doktor cakap "Masuk wad ye..Kita nak pantau.Boleh?" aku siap balas.."Boleh ke tak payah masuk wad?" Doktor tu balas, "Kejap ye..saya double confirm dengan kawan saya nak admit ke tak." Hahahaha..lastnya masuk jugak.No excuse anymore!

Sampai hospital:
Khamis malam - Admit wad. Mohammad wafiy tido dengan lenanya. Doktor 2 Chinese 9lupa namanya) orang dengan pelatih-pelatihnya datang round. borak-borak (soal siasat benarnya). Dia cek montot Muhamamd Wafiy CONFIRM ADA LUKA. 3 luka koyakan cikit macam tu. Tapi dia tak bagi apa-apa ubat.Suruh rehat dan nanti mereka monitor.
Jumaat pagi - Ummi Wafiy blur! doktor perempuan Melayu. Cek lagi Muhammad Wafiy.Tekan perut.Tanya aku history kejadian.Pastu dia cakap,ok..teruskan menyusu dan bagi minum air garam yang awak dapat tu ye. Just nak amik darah cikit untuk confirmkan everything ok.
Jumaat malam - Doktor round lagi bersama pelatih-pelatihnya.hihi. Tanya baby aktif tak.Tanya minum ok tak.Pastu dah.Dia bersoal jawab dengan pelatih-pelatihnya je.Aku duk termangu dengar je diorang diskus :)
Sabtu pagi - Ummi dah start bosan! Doktor perempuan melayu tu lagi dia check.Dia tanya ok dah ke beraknya?aku dengan happynya cakap,'Dah doktor.dia dah tak berak-berak lepas minum susu' doktor balas,'ok...good!'Dia cek montot cikit,pastu dia cakap,'saya takde bagi awak cream ye? aku cakapla...takde doktor,saya cuma sapu HERBAL BLEND SHAKLEE tu ha..Doktor balas...ok..xpe..ok jer. Tapi saya bagi jela ea ubat sapu untuk awak.Pastu arini dah boleh discharge.Aku dengan happy ye..ok doktor! :)

                   

Bila Bayi Berak Berdarah ada beberapa kemungkinan yang kita kena tahu:
1) Sebab USUS LUKA
2) Sebab LUKA KECIL DI BAHAGIAN BAWAH BAYI

Penting kena perhatikan bila bayi berak berdarah:
Adakah BAYI masih AKTIF ataupon SUDAH TAK AKTIF?
Semasa BAYI membuang air besar MENANGIS/TUNJUKKAN GAYA MENERAN.
PERUT bayi LEMBUT atau KERAS.

Ni semua doktor-doktor yang aku jumpa atas tu bagitahu ea.
Sebab berlakunya CIRIT-BIRIT:
1) Kebersihan (kuman)
2) Jangkitan virus daripada sekeliling yang tak sihat

Kesimpulannya,kalau dah rasa tak confident bawak jela ke Hospital. Perasaannya tu lain sikit sebab kalau apa-apa jadi senang nak mintak tolong. Lagi kalau anda adalah seorang yang PJJ bersama suami dan ahli keluarga yang lain.ok...tak nak buat ayat sedih kat sini. 

Sekian...
Panjang dah ni menaip. ^^

32 pesanan buat ayut :

WebiProg said... Reply To This Comment
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said... Reply To This Comment

Salam puan ayu.. terima kasih atas perkongsian.. anak saya pon tgh mengalami benda yg sama.. skrg umur dah 9 bulan... pg ni (4.20am) tgk najis dia berdarah lebih dr semalam... tp so far alhamdulilah dia masih aktif... apa nasihat puan ayu yer.... klu x keberatan, watsapp saya bleh x? 0193184870 iena.. tksh

Unknown said... Reply To This Comment

sis iena...anak sy pn kne cirit birit..hari ni dh masuk 5hari..ade sikit najis berdarah..tp dia xkerap buang...sis iena dh bw jumpa doctor??n snap pic yg bby sis popoo tu...sbb haritu doc ade mention sy klu teruk najis berdarahnye refer hospital...maybe ubt antibiotik xberkesan..kne drip antibiotik kat hospital...ank sis iena aktif x?

Unknown said... Reply To This Comment

Sis eina..cmne ye kes anak sis dulu..bwk g spital ke?kne tahan brp hari?

Unknown said... Reply To This Comment

tq puan kongsi pengalaman ..sy sedang alami nya skrng nie....ibu mana tak risau kalau baby berak darah..sy tahu je anak berak darah terus refer ke hosp sg.buloh malam td....bila dah jumpa doc dan dah tahu sebab ape lega sy...puncanya sama macam puan td...

Unknown said... Reply To This Comment

Anak sy bru td berak meneran.cuci berak die tengok2 dekt najis ade darah cmpur lendir.hati dh start xtenteram.pantau smpai esok.xok jgk nk bwk g kk terus.

Unknown said... Reply To This Comment

saya baby bru berusia 7 ari.smlm ptg bru kuar hsptl.admit 3 ari bab deman.ok lah dh blik.ingat xde mslhh lg.sbb kuning xde.mlm td dia brak..kuar drh.ckit lah.sye tentrm kn hati..tgk arini mcm mana still ada drah lg..tpi ckit lah.cm ne ye.perlu ke sye refer hsptl atau klnk swsta..bingung saya..

Unknown said... Reply To This Comment

Kene tahan wad x puan norfatihah

Kelabantik said... Reply To This Comment

Anak sy dah nak masuk 9 bulan mengalami cirit berdarah mcmana nak buat ye bole tak wasap sy bagi pandangan 0149353012

Unknown said... Reply To This Comment

Anak sy 10 bulan.. Ms nk mandi.. Buka pampers tgk pampers ade darah.. Tapi xberak.. Camner ek

Unknown said... Reply To This Comment

Anak sy 10 bulan.. Ms nk mandi.. Buka pampers tgk pampers ade darah.. Tapi xberak.. Camner ek 0137334348..tuk share pendapat

Unknown said... Reply To This Comment

anak sy 1 thun 4 bulan cirit birit berdarah mcm mana ye nak hentikan semua dah buat check x de ape. dah seminggu.lepas susu mesti kuar.
wassup mintak pendapat 0146069122

Wawa said... Reply To This Comment

Salam...anak saya baru hari ni kena takut gak tengok ade mcm darah pekat dia x cair...ni saya tggu dia buang lagi nk tgk msh ade darah x...klu ada bru bwk gi hospital

Unknown said... Reply To This Comment

Anak sy baru keluar wad... Kalau darah berlanjutan elok la ke hosptal. Takut jangkitan pada usus..

Unknown said... Reply To This Comment

Assalmmualaikum,, ank saya smlm berak brdarah lendir, ,dmm tp aktif x ngs, ,tp tdo lme x bgun saya risau,, dia baik jew ni x ngs pon.. Ape saya patut buat

Unknown said... Reply To This Comment

assalammualaikum..anak saya 1 thn 5 bln pn ade kena mcm tu..arini 6 ari dah..smlm follow up klinik swasta doc ckp luka..sebab setiap kali berak mesti ade darah sikit..alhamdulillah budak still aktif semua..cuma tu la.mcm mana saya nak hilangkn nye..sebab doc xde bg ubat..dalam sehari die kerap popo skrg..

Unknown said... Reply To This Comment

salam sy nk tnya....bahaya x bby berak berdarah....darahnya sikit saja....skrg nie umur dia dh sebln....apa ptot sy buat....boleh x bagi maklumat sikit kt sy....sy risau lah.....

77 said... Reply To This Comment

Puan..discharge tu da btl2 ok ke atau blom ok?maksud nye blom ok sbnr nye tp disbb kan bosan ckp je da ok kt doktor..

Unknown said... Reply To This Comment

Sy pon br mengalaminya..baby br 9 hari..nampak baby aktif jer..nok tgok mlm nanti..tp kita sebagai ibu ad jgok rasa risau..

Mira amira said... Reply To This Comment

Tengah alami jugak sekarang. Baby aktif je. Baru baik demam. Hari nie baru ad darah sikit. Kena hold dlu ke can ne.. Before tgis dah g swasta. Dia kata takde masalah sbb perut baby semua lembut je. Atau mungkin just luka dkat bontot baby?

Unknown said... Reply To This Comment

Ramai juga ada masalah mcm baby sy, berak berdarah.. Baby sy da masuk 2 bln. Dah kena warded seminggu. Dah ok. Pastu seminggu dok uma tuka susu lain jd blk.. Sy nk tnya korang bg susu apa ye?

Unknown said... Reply To This Comment

Susu Dutch lady

Unknown said... Reply To This Comment

Dia berak xberdarah..cuma ada ketul2 putih bersama lendir..buntut merah ..teriak ja...meneran bila nk cirit

Anonymous said... Reply To This Comment

salam..trm ksh atas perkongsian..sy nak tanya..anak sy pun mcm tu jg..skr br 3 bulan..rsau jg ..tp kdg2 je dtg ..on off berak becampur drh..lps tu x bnyk..mnta pndpt puan ayu..

Unknown said... Reply To This Comment

Saye tegah alaminya dekarang....baby 3bulan...2minggu lepas ade kluar berak bercampur darah dan lendir...lepas tu xada dh...ni pgi tdi berak ada lagi...risau sangat...ape perlu saya buat...mintak pendapat ya puan ayu

Cik Rus said... Reply To This Comment

Kes pn mcm sya.. Sya buntu.. Sya da jumpa pkar.. Skrg tgh tunggu keputusan darah. Taik.. N air kencing... Risaunya hnya Allah ja tau.. Dgn Musim2 covid cmni. Bby kecil lg. Doakan anak sya.
Kalo ada pendapat.. Minta whatsapp sya 0132881654

Unknown said... Reply To This Comment

Anak sy sudh 6bln 3 hr dh berak berdarah..saya cuba tukar susu hr ni.sy risau sgt.. Hri2 sy menangis fikir kan dia.. Sy binggung.. Perlu ke sy ke klnik atau tunggu dia isap susu baru tu?

Anonymous said... Reply To This Comment

Sis, doc ada bg ubt apa2 tak untuk ank sis yg cirit berdarah tu

Anonymous said... Reply To This Comment

anak saya pon alami macm nie baru hari nie berk dia macm ada darah sikit..umur anak saya 2 bulan lbih.. apa perlu saya buat

Anonymous said... Reply To This Comment

Anak sy umur 2 bulan lebih.dah masuk wad keluar wad dah abih mkan ubat kuman datang lagi berak berdarah.pergi pakar kanak2 klinik baya cek cakap sembelit siap Tuka susu lagi.pastu berak keluar darah lagi sikit.macam mana tu

Anonymous said... Reply To This Comment

Sis boleh share tak lepas tu ada bawak mana mana ke? Apa solusi doc bagi

Anonymous said... Reply To This Comment

Maaf mencelah ank sya 10 bln msok hrini 5 hri crit..msa hri k 4 dia crit ad drh skli..tp awl pg tu dh prgi ambk ubt ..ptg bru crit bdarh..hrini still crit..dia mnern mcm smblit prot keras.tp dia crit..sya xthu nk iktiar bg hlg crit tu mcm mna

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda!
Nanti kelapangan ayut balas komen ye ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...