-Kawan Aku-

Set Buasir Shaklee

Assalamualaikum...

Harini memang nak sangat cerita pasal buasir? 2 orang keliling aku mengalami masalah buasir. Macamana buasir terjadi?

Buasir terjadi bila terjadinya bengkak pada vena yang terletak pada dubur dan rektum. Vena ini boleh membonjol keluar dan menyebabkan perit,sakit,gatal dan berdarah. Adoiii...mesti sakit.

Kenapa boleh terkeluar?

Tekanan yang terlalu banyak pada bahagian rektum menyebabkan dinding vena teregang dan membonjol. Jika kritikal boleh menyebabkan pecah.

Nampak menyakitkan. Adoiii.

Ok. Shaklee ada set bagi membantu masalah buasir! *tepuk tangan ramai-ramai*

Kenapa kena set?
Mestilah dia set sebab permasalahan buasir bukan kerana kesilapan satu je. Kita boleh tahu berdasarkan keterangan permasalahan buasir terjadi sebab:
✔ Masalah otot pada bahagian dubur.
✔ Masalah luka yang tidak baik dan menjadi berlarutan.
✔ Masalah proses pencernaan (usus)

Set Buasir Shaklee 

  • OSTEMATRIX:  MEMBANTU MENGURANGKAN SEMBELIT DAN MELANCARKAN PEMBUANGAN AIR BESAR SERTA MEMBERI KESELESAAN KEPADA ANDA APABILA MENGALAMI LUKA DI BAHAGIAN DUBUR.

  • OMEGA GUARD: BAIK UNTUK SENDI DAN OTOT.APABILA MENGALAMI BUASIR,KESAKITAN AKIBAT TEKANAN OTOT DUBUR KE ATAS BENGKAK YANG MENYEBABKAN KESAKITAN DAN OMEGA AKAN MEMBANTU UNTUK MENGECUTKAN OTOT YANG BENGKAK ITU.

  • ZINC COMPLEX: FUNGSI UTAMA ADALAH UNTUK MEMBANTU MENYEMBUHKAN LUKA DI BAHAGIAN DALAM DUBUR. JADI,LUKA YANG TERJADI AKAN LEBIH CEPAT SEMBUH DAN MEMBERI KESELESAAN PADA PESAKIT.
Jadinya, itu sebab Shaklee memberikan set pada setiap permasalahan. Kesan lebih spesifik dan berkesan. Nak cuba?

Boleh order dengan saya.
PM / email / Whatsap
0193627388
noorhidayah.khamis@gmail.com







Kepentingan kalsium pada Tulang

Assalamualaikum...

Hidup sihat,hidup bahagia!
Siapa setuju?
Pernahkah anda rasa seronok bila anda demam?
Ketawakah anda bila saat nak bangun dari duduk tapi rasa tulang macam nak patah?

Mesti rasa stress,sedih lepastu fikir apala nak jadi dengan aku ni. Kecewa dengan diri sendiri. PLEASE....STOP!

Ubah cara hidup anda.
Anda malas? Anda berkira? Anda yang rugi...  :)

******

Ostematrix bekalan kalsium tulang anda!


Eh...minum jela susu.Kan lagi baik.
Ya..itu betul.
Berapa ramai yang ada masalah untuk minum susu? Ostematrix memudahkan kerja anda seharian. Tak perlu nak menyudu bagai. Tinggal buka botol,telan. Minum air masak 3 liter sehari. WAJIB.

Anda MALAS,anda RUGI.

Semakin lama tulang akan semakin mereput. Terutama selepas ibu bersalin. Segala nutrien dalam badan anda berpindah pada anak yang anda kandung. Bekalan kalsium yang tinggi perlu buat para ibu. Jangan ambil mudah. Tulang adalah komponen penting dalam badan anda. Di situlah terdapatnya saraf,salur darah dan sum sum dengan sel darah merah dihasilkan.

*****

Menurut kajian, kalsium sangat bagus penyerapannya dalam badan jika diambil bersama dengan magnesium. 

Ostematrik telah dirumus bagi menghasilkan supplement yang mengandungi dua bahan penting ini. KALSIUM DAN MAGNESIUM. Menggunakan bahan semulajadi dan dipercayai tiada sebarang campuran bahan kimia.

Nak order dan khidmat nasihat boleh tanya lanjut ye. 

HIDAYAH
0193627388





Vitamin E Complex dan Zinc Complex

Assalamualaikum...

Lelaki selalu menganggap yang mereka tidak memerlukan sebarang makanan tambahan bagi menjaga kesihatan mereka. Tapi percayalah,setiap manusia akan semakin berkurangan vitamin apabila umur meningkat.


Shaklee ada rumusan khas dibuat untuk lelaki punya kebaikan. Insya Allah.

Vitamin E Complex 
✔ antioksidan badan
✔ pencegahan kanser & penyakit kardiovaskular (jantung)
✔ melancarkan peredaran darah
✔ mencegah kanser prostat

Zinc Complex 
✔ membantu dalam mengekalkan kecergasan
✔ membekalkan zinc yang cukup bagi keperluan sistem reproduktif lelaki
✔ baik untuk menguatkan rambut dan kuku

Pengetahuan am:
Sistem reproduktif lelaki sangat memerlukan zinc 15mg setiap hari. Kekurangan zinc akan boleh mengakibatkan masalah prostat.

Jangan anggap remeh kesihatan anda wahai sekalian lelaki. Kehidupan pasti lebih bahagia dengan adanya kesihatan yang terbaik!! Boleh Whatsaap atau Mesej untuk order ye. Harga dan khidmat nasihat akan diberikan terbaik untuk anda! 



Kebaikan Garlic Shaklee.

Assalamualaikum...

Garlic shaklee.
Pernah dengar?
Pernah nampak?
Pernah guna?

Aku kat sini nak bercerita sikit kebaikan Garlic Shaklee ni. Sebagai pengetahuan am,semua orang tahu garlic atau bahasa orang melayu ye bawang putih banyak digunakan oleh masyarakat cina dan juga luar negara. KENAPA??  Sesuatu yang baik itu biasanya kebanyakan orang Melayu kita sering ketinggalan. Jarang nak ambil tahu. Sebenanrnya nenek-nenek kita dulu pon ada bagitahu KEBAIKAN GARLIC ATAU BAWANG PUTIH.

1) Antibakteria semulajadi
2) Merawat jangkitan kulit
3) Melawan alergi
4) Petua bagi masalah pernafasan (selesema/demam)
5) Meningkatkan fungsi iron
6) Merendahkan tahap kolestrol
7) Petua bagi membuang masalah angin dalam badan

Khasiat bawang putih sangat banyak dan Shaklee telah mengambil langkah membentuk kapsul bawang putih bagi mudah pengguna menikmati kelebihannya! Tahniah buat Shaklee!!  :)


Aku sangat recommendkan kepada sesiapa yang ada masalah kulit berjerawat ambil lah juga Garlic Complex Shaklee ni sebab dia bertindak sebagai anti kulat dan antibiotik semulajadi pada badan. Penambahan antibiotik dalam badan membolehkan badan melawan bakteria yang mengganggu kulit kita.

Bila antibiotik dalam badan tinggi,jadinya kulit terhindar daripada sebarang rensangan yang boleh mewujudkan jerawat berkampung di muka. Lepas tu,bolehla makan VITAMIN C pula. Makin berseri la muka nanti. Yeay!!

Sesiapa nak order supplement shaklee boleh berhubung dengan aku ye. Aku akan bagi khidmat nasihat dan cadangan supplement yang baik buat muka bermasalah.

HIDAYAH
0193627388
SID:1195856


Penantian seorang Isteri Navy

Assalamualaikum...

Tajuk tak menahan kot!!!!hahahaha. Tak kisahla tu yang penting korang nak datang jugak kan.hihihi.muahhh..Sayang korang lebih.

Masa aku menaip entri ni si Mohamad Hafizal ye baru 2 hari jumpa daratan. Seronok bukan main dia. Seminggu la katakan tak pijak tanah.hahaha. Kelakar je kalau fikir. Masalahnya pada dia itu memang realiti. Tak jumpa tanah boleh tekanan jiwa.  :p

Genap 10 kali En B aku belayar. Puas aku tonggang terbalik kat rumah sewa tu tunggu dia. Jenuh dah game aku main sampai dah stage 500+. Ko mampu??? Hahahaha. Kalau cerita kat En B, 'ini rupanya isteri aku buat...'hahahaha. Sayangla kamu En B. Layan je gila isteri dia ni kalau dah mula buka cerita sepanjang dia takde kat darat. Alhamdulillah. Walaupun penantian tu macam rasa korang nak je pergi terjun laut,tapi bila dia balik tu perasaan ye sangat indah. 


Bila kita menerima seseorang itu dengan sebenar-benar penerimaan, perasaan walaupun terseksa tapi pasti akhirnya tetap bahagia. Mana ada orang kahwin nak berjauhan. Hargailah pasangan anda. Bila dia jauh,doakan. Bila dia dekat,layankan. Penantian dan pengorbanan seorang isteri itu besar pahalanya...tak kira la pasangan anda itu bukan seorang navy pon.  :)

Jadinya lepasni teruskan lagi menghitung hari. Kalau seorang isteri navy macam aku ni,memang setiap masa tanya,hari ni hari apa??  :p Nombor dan aku tak boleh dipisahkan. Cewahhh! Jom teruskan kebahagiaan dalam sebuah penantian. Insya Allah,anda tak rugi wahai isteri. 



RAYA 2015.

Assalamualaikum....

Wah....tahun ni aku pecah rekod sebab update entri raya lepas habis raya.hahaha. Hebat betul penangan sibuk ko ye ayut!  :p  Jangan jemu ye datang melawat blog yang best nk.hehehe.

Alhamdulillah. Raya tahun ni Allah bagi peluang lagi untuk suami balik walaupun saat akhir bertukar ye. Biasalah. Bila berkahwin dengan tentera ni kita kena kahwin dengan kerja dia sekali. :) Dipendekkan cerita tahun ni beraya kat JOHOR!! Biasala bila dah ada dua keluarga kenala bergilir. Ikut giliran ye semua.  ;)


Complete set of KK family members.
Alhamdulillah.


Lepas bermaafan semua,kami lakukanlah sesi bergambar. Kuih tahun ni pon aku buat apa yang terdaya jela. Kuih wajib ALMOND LONDON aku mesti ada.

Nak jemput datang rumah dah habis raya la pulak.hahaha. Apa pon,aku susun sepuluh jari pada semua pembaca blog akuayut ni memohon banyak-banyak kemaafan. Tak melawat korang. Tak balas jejak. Maaf sangat. Jangan serik ye kawan.Kad raya pon tak memberi. Maaf lagi sekali. Moga ukhwah yang terjalin berkekalan ye.

Keluarga.
Baik buruk tetap bersama.
Bila bersama,
Itulah sebenarnya
BAHAGIA.




ESP SHAKLEE dan Kesannya pada aku!

Assalamualaikum...

Ada kelapangan nak cerita sikit kebaikan aku perolehi dengan ESP Shaklee ni. Aku consume ESP Shaklee start awal bulan 7 haritu. Tapi masa tu aku minum ESP Shaklee tak konsisten. 

Bermulanya pertengahan bulan 7 aku dah start minum ESP Shaklee secara konsisten. Tak pernah tinggal setiap pagi. Aku kerja masuk pukul 7. Jadinya aku jarang sarapan. Jadinya ESP Shaklee sekarang adalah sarapan aku.

Kesan pada aku:



- Perut rasa selesa
- Rasa kenyang berpanjangan
- Pembuangan semakin lawas
- Jerawat kat muka tak seteruk bulan sebelumnya. Gambar atas tu kanan bulan sebelum,kiri selepas minum esp shaklee.

Alhamdulillah.

Aku memang jarang ambil berat pasal kesihatan. Sejak ambil ESP Shaklee ni aku dapat rasa beza perut aku. Selalu sebelum ni cepat rasa pedih semua tapi sekarang aku boleh kerja tanpa risau. Sangat seronok!

Pada aku,kalau korang nak cuba makan supplement shaklee,cuba dulu ESP Shaklee ni. Korang akan dapat rasa bezanya. Aku tak nakla kebaikan ni rasa sorang-sorang. Korang cuba lepas tu korang rasa perbezaannya.

Kalau nak order boleh wassap dengan aku tau. Aku pengedar sah shaklee area batu pahat.  Sesiapa luar Batu Pahat, aku pon boleh buat penghantaran satu Malaysia. Jangan malu nak bertanya. Shaklee menawarkan pelbagai makanan tambahan untuk seisi keluarga. 

HIDAYAH
0193627388


Shaklee dan Aku.

Assalamualaikum...

Eh??! Macam rajin pula aku nak update 2 entri dalam 1 hari kan.hahahaha. Macam biasala aku nak borak santai la pula pasal Shaklee.

Macamana aku terlibat dengan Shaklee?

Secara kebetulan kakak memberi peluang kat aku. Eh...ko nak buat site income tak? Sambil tu ko gunala produk Shaklee ni. Macam biasa la orang MLM nak cari anak kan.heeee ;) Yes. Shaklee adalah perniagaan MLM. Aku boleh dikategorikan di bawah bumbung SPECTACULAR GROUP. Master aku Nana (pangkat aku dengan dia nanny). Kakak aku downline Master Nana. Aku pula downline Kakak aku, Umi. 

MLM kan tak bagus....

Ok. Bagi jawab persoalan ni aku rasa bergantung pada diri sendiri. Kau ada Master untuk rujukan dan juga selalu memberi bantuan yang diperlukan. Masih tak bagus ke? MLM jadi tak bagus bila upline korang mengabaikan korang. Apa yang pasti ini adalah MLM yang korang nampak kebaikan barang dan barang tu depan mata ko. Haaa...jual beli sah kan?


Best ke Shaklee?

Pada aku Shaklee bagi aku peluang untuk buktikan aku ni rajin ke malas. PSIKOLOGI aku ni sihat ke tak sihat. Nak berjaya dalam perniagaan atau apa bidang pon kerja keras dan pengorbanan tu perlu!  ;)

Apa aku lakukan?

Sekarang memang aku fokus untuk menjual barangan keluaran Shaklee. Terlalu banyakkk kebaikan Shaklee produk. Korang nak dengan tak nak je untuk mencuba. Cari anak? Pada aku,rezeki aku akan sampai untuk ada downline. Semua ni aku kena yakinkan orang dulu. Kalau kita sendiri tak yakin,macamana nak yakinkan orang lain kan? Upgrade dulu diri sendiri,tapi sesiapa nak aku pandu dalam Shaklee,aku sedia membantu. :)


Apa yang aku tahu,ESP SHAKLEE sangat best! Dulu konon aku tak nakla minum yang pure punya. Sekarang.....setiap hari aku bancuh tak payah dah campur perisa lain. SEDAPPPPP!!! Korang try la. Nak try pon boleh contact aku tau.

Ok.time's up! 
Nak tahu apa-apa whatssap ye....


Apa bestye blog!

Assalamualaikum...

Harini bila tengok blog macam,ah....bestnya mengimbau kenangan lalu. Keaktifan aku dulu boleh dikaitkan dengan saat kegemilangan kisah percintaan. Wah gitu! Hahahaha. Lepas kahwin, semakin hari,semakin menghilang. Banyak memori yang tak dicoretkan.

Sebenarnya pada aku blog ni dah macam sesuatu yang sangat bermakna bila kita baca balik post-post yang kita tulis. Sebenarnya bukan untuk tatapan orang lain sangat pon. Yes..bagi yang bagi informasi pastilah. Kalau lebih pada personal life tu lebih untuk kenangan sendiri. Siapa setuju? Kita geng.Heeee...

I miss my MIL already!

Blog ni ikut kepada pemilik nak ditujukan sebagai apa. Sesetengah blog mampu menjadi popular sebab pastinya blog lebih kepada travelling,solekan,makanan dan lifestyle.Itu satu bonus bila blog popular! Site income pon mampu dapat ok.

Jadinya aku rasa apa bestnya blog adalah bila kita mengimbau balik penulisan yang lepas. Lebih-lebih lagi kenangan manis gitu katanya,pasti korang akan gembira semula. Itu pasallah blog best!

Jadinya,happy blogging all!!! 
Apa yang pasti aku menulos bukan kerana nama.
Aku menulis kerana itu aku.
Insya Allah.



GiveAway Sketch Picture By Eintan Nurfuzie

Assalamualaikum...


Oleh kerana #giveawaysketchpicturebyeitannurfuzie sangat menarik-narik aku,maka terjadah entri ni. Lama sebenarnya follow cik en ni tapi lepas tu aku ye pon tenggelam timbul,maka follow sekadar hanya follow. Aiyooo...

Dulu pernahbada rezeki dengan cik en dapat key chain. Cantik taa. Kucing. Sampau sekarang akubpakai walaupun ekor dia patah dah.adehh.. mekaseh cik en. Moga kali ni bertuah la lagi.amin...

Gambar yang nak di sketch adalah yang bawah ni.


Haa...okla kot yang tu kan cik en??
Entri kat blog cik en kalau nak letak sini mestilah berkaitan dengan kesukaan kita yang sama. Berkaitan dengan haiwan! 


Senang kalau ada veterinar yang dekat dengan perumahan. Tapi kalau aku ni memang kena tawakal dulu baru boleh pergi veterinar sebab kucing kat kampung!

Okla. Rasa cukup dah syarat untuk melayakkan diri ni. Sesiapa nak join boleh teeus ke link gamabar atas tu ye.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...