-Kawan Aku-

Cerita dr Sabah: Navy dan Pelayaran

Assalamualaikum...

Salam sihat semua!! Setakat harini masih belom lagi nak bercerita pasal produk shaklee. Sampai masa nanti ada la 2 atau 3 kali aku akan post entri pasal produk shaklee ea. Orang cakap,tak kenal maka tak cinta. :)


Bercerita pasal tak kenal maka tak cinta ni,aku nak kongsikanla sikit cerita dari Sabah yang terbaru. Seingatnya,macam takde dah aku update kan pasal suamiku yang nun jauh di Sabah tu. Heeee... Baikla. En B aku sekarang duduk kapal dan tak duduk dekat base dah. Alhamdulillah. Nama pon navy mestila kena duduk kapal.Kalau tak,tak navy la.hehehe. 

Untuk aku,ini pengalaman pertama. Yes,aku rindu! Hahaha. Pengalaman pertama dia berlayar selama 9 hari. Ala...tak lama pon.hahaha. Saje kan aku ni ( ok tak nak kawan korang). Sewaktu aku tulis entri ni pulak pengalaman kedua dia belayar. 7 hari. Masih belom balik lagi.Errr...masih rinduuuuu!!! Hahahaha.


Waktu pengalaman pertama benda pertama dia kongsi masa balik adalah, "sayang!!!dapat ikan besar!!!" Hahahaha...ok.suami saya pemancing tegar.( tepuk dahi! ) Benda kedua yang dia kongsi,"sayang!!!muka dah gelap!!. Hahahaha.ok..suami saya masih handsome. (Siapa lagi nak puji kan) :p


Okla. Perasaan bila suami jauh memang bercampur baur. Risau ada. Sunyi ada. Bosan ada. Semuala ada. Tapinyaaaaaa.....masa ni la kita muhasabah diri. Ingat tujuan berkahwin. Ingat siapa kita. Ingat pesan dia. Semua kena ingat. Bila ingat semua tu secara automatik,"aku redha,ini pilihan aku dan pastinya ini yang terbaik.insya Allah".

Apa pon moga Allah merahmati kami dan kalian semua pembaca blog ni. Tetiba rasa penghujung entri sayu pulak.hahaha. okla ye. Itu je yang aku nak kongsi dengan korang. Kehidupan seorang isteri navy. Berdikari itu pasti. 

See ya!!




Pengedar Sah Shaklee Batu Pahat

Assalamualaikum...

Ramadhan tiba.alhamdulillah.

Salam Ramadhan dan salam kemaafan kepada semua pembaca blog akuayut ye.Salah silap harap dimaafkan. Jangan simpan dalam hati. Tak baik untuk kesihatan diri. Heee  :)

Sempena Ramadhan ni juga nak bagitahu la kat sini, yang secara rasmi aku selamat menjadi pengedar sah shaklee area Batu Pahat.


Sebarang pertanyaan dan pesanan bolehla berhubung dengan aku ye. Shaklee menggunakan bahan semulajadi dan insya Allah makanan tambahan terbaik buat diri kita. Lepasni adala slot untuk produk yang aku guna.hehe.

The more we do,the more we get!

Berusahalah untuk apa yang kita ingin di dunia mahupun di akhirat. Allah suka kepada orang yang berusaha.  :)

Jadinya,marilah sihat bersama-sama dengan shaklee. Moga rezeki kita semua melimpah ruah selalu dengan keberkatanNya.





Gunung Lambak,Kluang

Assalamualaikum...

Sekarang dah bulan Jun 2015. Cuti sekolah pon habis dah. Maknanya dah habis jugakla separuh daripada tahun 2015. Sangat cepat masa berlalu sekarang. Tanpa sedar rasanya masih belom apa-apa pon hasrat awal tahun dulu dapat dilaksanakan.mmm......

Tak mau la fikirkan sangat sebab nanti kecewa. Macam tak redha la pulak nanti. Allah marah.huhuhu. Baikla....daripada tekanan perasaan sesorang meh aku nak bagitahu kat semua tempat menarik yang boleh sekeluarga pergi. Gunung Lambak,Kluang, Johor.


Gunung Lambak ni macam terbahagi kepada dua. Ada bahagian water park gunung lambak dan ada juga tempat rekreasi gunung lambak.


Gambar atas tu adalah water park gunung lambak. Sangat sesuai untuk bawa budak-budak main air. Kawasan ala kolam besar pastu mandi beramai-ramai. Bayaran untuk masuk kanak-kanak rm3.00 dan dewasa rm5.00. Bawah setahun tak payah bayar. PERCUMA.



Bahagian rekreasi gunung lambak pula lebih kepada aktiviti mendaki dan jogging. Serius korang sangat puas hati jogging kat sini.hahaha. Kenapa?? Sebab bentuk muka bumi dia berbukit. Terasa peluh keluar habis. Lepas tu kat hujung ada macam air pancut. Sejukkkk!!


Sesiapa yang suka mendaki,tempat ni pon sesuai sangat. Takdela tinggi tapi laluannya boleh tahan. Curam! Penat sangat kalau korang mendaki. Nak mendaki kat sini tak kena bayar. PERCUMA. Ikutla nak mendaki macamana yang pasti kena pandai jaga diri.


Tak payah risau sebab kat sini sentiasa ada group hiking yang akan buat aktiviti. Sebarang masalah pasti akan diketahui. :) Orang awam selalu ada di Gunung Lambak ni. Seronok untuk bagi badan keluar peluh hujung minggu.

Perjalanannya kalau dari pusat bandar lebih kurang setengah jam. Kalau dari Ayer Hitam dalam 1jam suku. Papan tanda disediakan kalau dari arah bandar. Ikut je papan tanda Gunung Lambak. Pasti akan jumpa. :)

So,selamat beriadah!!



Pejabat LHDN Batu Pahat

Assalamualaikum...

Lama take update sebab macam rasa takde apa nak dikongsikan. Sekarang ni update bermakna adalah tu benda nak kongsi. Haritu aku ada bagitahu kat mana Jalan Rahmat,Batu Pahat. Beria sanggup ambil gambar tengah jalan ko. :)


Harini nak bagitahu pulak Pejabat LHDN,Batu Pahat terletak kat mana. Ramai tak jumpa sebab pejabat LHDN ni memang sangat tersembunyi. Aku pergi pusing dekat 3 kali baru jumpa.haish!

Batu Pahat banyak jalan sehala. Jadinya agak payah bila korang dah tersalah jalan. Bawah ni aku lukis pelan. Ikut je anak panah tu mesti korang boleh jumpa. Aku siap buat landmark bagi senang korang untuk buat anggaran arah mana pejabat LHDN ni.


Jalan keluar Dari laluan pejabat LHDN tu adalah Jalan Zabedah. Dekat jalan Zabedah ni ada Restoran Nikmat Tandoori yang sebelum ni aku tunjuk. Sebelum nampak bangunan ni la korang kena belok masuk laluan ke Hotel 55 tu. Laluan aku buat tu sepatutnya bersambung.heeee.

Harapnya sesiapa mencari pejabat LHDN ni mampula untuk jumpa lepas aku huraikan cikit-cikit landmark yang ada. Marilah kita mengisytiharkan pendapatan kita ye. Harap-harap takdela kena bayar. Kalau kena nak kena siap-siap buat potongan zakat ni.heeee... ;)

Ok.See ya!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...